Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tip Pembelajaran

Tip Pembelajaran

Bagaimanakah anda dapat menggunakan Panduan Penyelidikan Saksi-Saksi Yehuwa untuk lebih memahami ayat Bible?

Panduan Penyelidikan mengandungi banyak penerangan yang dapat membantu anda mendalami Bible. Penerangan ini menjelaskan latar belakang suatu ayat Bible, sebabnya ayat itu ditulis, kepada siapa ayat itu ditujukan, atau maksud bagi perkataan atau ungkapan tertentu.

Daripada PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower dan JW Library®, anda dapat melihat rujukan dalam Panduan Penyelidikan bagi suatu ayat Bible. Anda boleh membuka mana-mana versi Bible yang tersedia dan melihat rujukan itu di tetingkap pembelajaran.

Semasa menggunakan rujukan ini, sila perhatikan tarikh rencana. Rencana yang terkini akan disenaraikan dahulu, diikuti rencana yang lebih lama. Penjelasan dalam rencana yang lama mungkin sudah dikemaskinikan.

  • Rujukan bagi suatu ayat Bible dalam Panduan Penyelidikan akan muncul secara automatik dalam PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower.

  • Untuk melihat rujukan bagi suatu ayat Bible dalam JW Library, muat turun Panduan Penyelidikan dan pastikan anda mempunyai versi yang terkini. Anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan butang di bahagian atas tetingkap pembelajaran mana-mana bab dalam Bible.