Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Bagaimanakah Bible menunjukkan bahawa Tuhan berasa empati terhadap kita?

Semasa orang Israel diperhamba di Mesir, Tuhan tahu akan kesusahan mereka dan merasai kepedihan mereka. (Kel. 3:7; Yes. 63:9) Kita diciptakan menurut gambaran Tuhan dan dapat menunjukkan empati. Tuhan berasa empati terhadap kita bahkan semasa kita berasa tidak layak dikasihi-Nya.​—wp18.3, ms. 8-9.

Bagaimanakah ajaran Yesus membantu orang menghakis sikap prasangka?

Ramai orang Yahudi pada zaman Yesus memiliki sikap prasangka. Kristus mengutuk sikap itu dan menekankan perlunya sikap rendah hati. Dia mengajar para pengikutnya bahawa mereka semua bersaudara.​—w18.06, ms. 9-10.

Tuhan tidak membenarkan Musa memasuki Tanah yang Dijanjikan. Apakah yang kita pelajari daripada hal ini?

Musa akrab dengan Yehuwa. (Ul. 34:10) Apabila perjalanan orang Israel di padang belantara hampir tamat, mereka merungut lagi kerana tiada air. Tuhan menyuruh Musa bercakap kepada bukit batu, tetapi Musa memukul bukit batu itu. Yehuwa mungkin murka kerana Musa tidak mengikut arahan-Nya atau kerana Musa tidak memberikan kemuliaan kepada-Nya. (Bil. 20:6-12) Pengajarannya: Kita harus mentaati Yehuwa dan memuliakan-Nya.​—w18.07, ms. 13-14.

Mengapakah kita mudah tersilap jika kita menghakimi menurut penampilan luar?

Terdapat tiga perkara yang dapat mempengaruhi pandangan kita: Bangsa atau kaum, kekayaan, dan usia. Tetapi kita harus berusaha meniru pandangan Yehuwa yang tidak berat sebelah! (Kis. 10:34, 35)​—w18.08, ms. 8-12.

Bagaimanakah orang Kristian yang berusia dapat membantu orang lain?

Meskipun tugas saudara-saudara ini berubah, mereka masih dihargai Tuhan dan dapat membantu orang lain. Mereka dapat membantu suami-suami yang tidak seiman, menolong orang yang tidak aktif, mengadakan pembelajaran Bible, dan meluaskan khidmat mereka.​—w18.09, ms. 8-11.

Apakah yang terdapat dalam Bahan Utama untuk Mengajar?

Terdapat kad jw.org, surat jemputan, lapan jenis risalah, majalah Menara Pengawal dan Sedarlah!, beberapa brosur, dua buku pembelajaran, dan empat video yang berguna, termasuk video Mengapa Belajar Bible?​—w18.10, ms. 16.

Bagaimanakah orang Kristian dapat ‘membeli kebenaran’ seperti yang disebut di Amsal 23:23?

Kita tidak perlu menggunakan wang untuk membeli kebenaran. Tetapi kita perlu meluangkan masa dan berusaha untuk memperoleh kebenaran.​—w18.11, ms. 4.

Apakah yang dapat kita pelajari daripada hubungan Hosea dengan isterinya Gomer?

Gomer berulang kali berzina, tetapi Hosea memaafkannya dan tidak menceraikannya. Jika teman hidup seorang Kristian melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral, pihak yang tidak bersalah boleh memaafkannya. Sekiranya pasangan itu mula mengadakan hubungan seks, perbuatan curang sebelumnya tidak boleh dijadikan alasan untuk bercerai lagi.​—w18.12, ms. 13.