Tirulah Sahabat Karib Yehuwa
‘Yehuwa ialah sahabat orang yang mentaati-Nya.’—MZM. 25:14.
LAGU: 106, 118
1-3. (a) Mengapakah kita juga boleh menjadi sahabat Tuhan? (b) Teladan siapakah yang akan dibincangkan dalam rencana ini?
ABRAHAM digelar sebagai sahabat Tuhan sebanyak tiga kali dalam Bible. (2 Taw. 20:7; Yes. 41:8; Yak. 2:23) Hanya Abraham yang secara khusus dipanggil seperti itu. Jadi, patutkah kita membuat kesimpulan bahawa hanya Abraham yang dapat menjadi sahabat Tuhan? Tidak. Bible menunjukkan bahawa kita semua boleh menikmati penghormatan untuk menjadi sahabat Tuhan.
2 Firman Tuhan mempunyai banyak kisah tentang hamba Tuhan yang setia, takut akan Yehuwa, beriman, dan menjadi sahabat karib-Nya. (Baca Mazmur 25:14.) Paulus mengatakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada “banyak saksi yang bagaikan awan.” Walaupun semua individu ini mempunyai latar belakang yang berbeza, mereka merupakan sahabat Tuhan.—Ibr. 12:1.
3 Mari kita lihat teladan tiga sahabat Tuhan yang disebut dalam Bible: (1) Rut, seorang balu yang setia dari Moab, (2) Hizkia, seorang raja Yehuda yang baik, dan (3) Maria, ibu Yesus yang rendah hati. Apakah yang boleh kita pelajari daripada tiga sahabat Tuhan ini?
RUT MENUNJUKKAN KASIH YANG SETIA
4, 5. Apakah keputusan yang harus dibuat oleh Rut, dan mengapa keputusan itu susah? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
4 Naomi bersama dengan menantunya, iaitu Rut dan Orpa, sedang mengadakan perjalanan yang jauh dari Moab ke Israel. Dalam perjalanan itu, Orpa membuat keputusan untuk pulang ke Moab. Namun, Naomi bertekad untuk pulang ke Israel, iaitu tanah airnya. Bagaimana pula dengan Rut? Dia harus membuat keputusan yang susah. Adakah dia akan kembali kepada keluarganya di Moab, atau menyertai Naomi, ibu mentuanya, ke Betlehem?—Rut 1:1-8, 14.
5 Keluarga Rut tinggal di Moab. Sebenarnya, dia boleh kembali kepada keluarganya yang dapat menjaganya. Dia sudah biasa dengan bangsa, bahasa, dan budaya Moab. Tetapi, Naomi tidak dapat menjanjikan perkara-perkara itu di Betlehem. Naomi berasa risau sekiranya dia tidak dapat mencari seorang suami atau tempat tinggal bagi Rut. Maka Naomi menyuruhnya untuk kembali ke Moab. Orpa telah “pulang kepada bangsanya dan dewa-dewanya.” (Rut 1:9-15) Tetapi Rut memutuskan untuk tidak pulang kepada bangsanya dan dewa dewi palsu.
6. (a) Bagaimanakah Rut membuat keputusan yang bijak? (b) Mengapakah Boas mengatakan bahawa Rut bernaung di bawah sayap Tuhan?
6 Nampaknya Rut belajar tentang Yehuwa daripada suaminya atau Naomi. Dia belajar bahawa Yehuwa bukan seperti dewa dewi di Moab. Dia tahu bahawa hanya Yehuwalah yang layak dikasihi dan disembah. Maka Rut membuat keputusan yang bijak. Dia memberitahu Naomi: ‘Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Tuhan yang disembah mak, akan saya sembah juga.’ (Rut 1:16) Hati kita tersentuh apabila memikirkan kasih Rut kepada Naomi. Namun, apa yang lebih mengagumkan kita ialah kasih Rut kepada Yehuwa. Hal ini juga mengagumkan Boas yang kemudiannya memuji Rut kerana ‘bernaung di bawah sayap Tuhan.’ (Baca Rut 2:12.) [1] Kata-kata Boas mungkin mengingatkan kita tentang cara anak burung mencari perlindungan di bawah sayap induknya. (Mzm. 36:8; 91:1-4) Dalam cara yang sama, Yehuwa melindungi Rut dan memberi dia ganjaran atas imannya. Rut tidak pernah menyesali keputusannya.
7. Apakah yang dapat membantu orang yang teragak-agak untuk membaktikan diri kepada Yehuwa?
7 Banyak orang belajar tentang Yehuwa tetapi tidak mahu berlindung kepada-Nya. Mereka teragak-agak untuk membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis. Jika anda berasa sedemikian, fikirkan apa sebabnya. Setiap orang menyembah satu tuhan. (Yos. 24:15) Pilihan yang bijak adalah menyembah Tuhan yang benar. Apabila anda membaktikan diri kepada Yehuwa, anda menunjukkan bahawa anda beriman kepada-Nya. Dia akan menjadi tempat naungan anda dan membantu anda untuk terus menyembah-Nya walaupun menghadapi masalah. Itulah yang dilakukan Tuhan bagi Rut.
‘RAJA HIZKIA TAAT KEPADA YEHUWA’
8. Ceritakan latar belakang Hizkia.
8 Latar belakang Hizkia berbeza daripada Rut. Dia merupakan sebahagian daripada umat pilihan Tuhan. Namun, tidak semua orang Israel setia kepada Tuhan. Raja Ahas, iaitu bapa Hizkia, sangat jahat. Dia tidak menghormati Rumah Tuhan dan dia menggalakkan rakyat untuk menyembah tuhan-tuhan palsu. Ahas bahkan 2 Raj. 16:2-4, 10-17; 2 Taw. 28:1-3.
menjadikan beberapa orang adik-beradik Hizkia sebagai korban yang dibakar bagi tuhan palsu. Zaman kanak-kanak Hizkia memang teruk!—9, 10. (a) Mengapakah Hizkia mungkin berasa marah terhadap Yehuwa? (b) Mengapakah kita tidak patut menyalahkan Tuhan? (c) Mengapakah latar belakang kita tidak menentukan masa depan kita?
9 Teladan buruk Ahas dapat menyebabkan anaknya, Hizkia, berasa marah terhadap Yehuwa atau menjadi kejam seperti bapanya. Hari ini, pengalaman sesetengah orang tidak seteruk Hizkia. Tetapi mereka berasa bahawa mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk ‘menyalahkan Yehuwa’ atau organisasi-Nya. (Ams. 19:3) Ada pula yang berasa bahawa latar belakang keluarga menyebabkan mereka mengulangi kesilapan ibu bapa atau mempunyai kehidupan yang teruk. (Yeh. 18:2, 3) Adakah hal ini benar?
10 Kehidupan Hizkia membuktikan bahawa hal itu tidak benar! Kita tidak ada alasan yang munasabah untuk menyalahkan Yehuwa. Dia tidak menyebabkan perkara buruk berlaku kepada kita. (Ayb. 34:10) Tidak dinafikan bahawa ibu bapa dapat mempengaruhi anak untuk melakukan apa yang baik atau jahat. (Ams. 22:6; Kol. 3:21) Namun, hal ini tidak bererti bahawa latar belakang keluarga seseorang akan menentukan haluan hidupnya. Mengapa? Kerana Yehuwa telah memberi kita kebebasan untuk memilih, iaitu kebolehan untuk memilih sama ada kita ingin melakukan apa yang baik atau jahat. (Ul. 30:19) Bagaimanakah Hizkia menggunakan pemberian itu?
11. Apakah yang menjadikan Hizkia seorang raja yang baik di Yehuda?
11 Hizkia merupakan raja yang baik, walaupun bapanya merupakan salah seorang raja yang paling jahat di Yehuda. (Baca 2 Raja-Raja 18:5, 6.) Dia tidak mengikut teladan buruk bapanya. Sebaliknya, dia mendengar nasihat dan teguran nabi Yehuwa, seperti Yesaya, Mikha, dan Hosea. Hal ini mendorong dia untuk menyelesaikan masalah yang diakibatkan oleh bapanya. Dia membersihkan Rumah Tuhan, memohon Tuhan mengampunkan dosa umat-Nya, dan memusnahkan patung berhala di seluruh negeri. (2 Taw. 29:1-11, 18-24; 31:1) Apabila Raja Sanherib dari Asyur mengancam untuk menyerang kota Yerusalem, Hizkia menunjukkan keberanian dan iman. Dia yakin bahawa Yehuwa akan melindungi dan menguatkan umat-Nya. (2 Taw. 32:7, 8) Hizkia pernah menjadi angkuh. Namun, dia menerima teguran Yehuwa dengan rendah hati. (2 Taw. 32:24-26) Jelaslah, kita patut meniru teladan Hizkia. Dia tidak membenarkan latar belakang keluarganya untuk menghancurkan hidupnya. Sebaliknya, dia menunjukkan bahawa dia ialah sahabat Yehuwa.
12. Seperti Hizkia, bagaimanakah banyak orang membuktikan bahawa mereka merupakan sahabat Yehuwa?
12 Banyak orang hari ini kejam dan tidak mempunyai kasih. Maka, banyak anak membesar tanpa kasih sayang daripada ibu bapa. (2 Tim. 3:1-5) Walaupun banyak orang Kristian hari ini mempunyai latar belakang keluarga yang teruk, mereka memilih untuk memupuk persahabatan yang erat dengan Yehuwa. Seperti Hizkia, mereka menunjukkan bahawa latar belakang tidak menentukan masa depan mereka. Tuhan telah memberi kita kebebasan untuk memilih, dan kita boleh memilih untuk menyembah dan memuliakan-Nya seperti yang dilakukan Hizkia.
“AKU HAMBA PEREMPUAN YEHUWA!”
13, 14. Mengapakah tugas Maria nampaknya suatu tanggungjawab yang susah? Apakah reaksinya terhadap Gabriel?
13 Bertahun-tahun selepas zaman Hizkia, seorang wanita yang rendah hati, Maria, telah menikmati persahabatan dengan Yehuwa serta memiliki tugas yang istimewa. Dia akan melahirkan dan membesarkan Anak Tuhan! Sudah tentu Yehuwa mengasihi dan mempercayai Maria kerana Dia rela memberikannya tugas yang penting ini. Tetapi apakah reaksi Maria?
14 Kita biasanya bertumpu kepada penghormatan besar yang diberikan kepada Maria. Namun, mungkinkah Maria berasa risau? Contohnya, malaikat Gabriel memberitahu Maria bahawa dia akan menjadi hamil tanpa melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki. Tetapi Gabriel tidak menjelaskan hal ini kepada keluarga atau jiran Maria. Apakah tanggapan mereka? Bagaimanakah Maria dapat meyakinkan Yusuf bahawa dia tidak curang kepadanya? Selain itu, dia mempunyai tanggungjawab yang berat untuk membesarkan Anak Tuhan yang akan menjadi manusia! Kita tidak tahu segala kerisauan Maria. Namun kita tahu apa yang dilakukannya selepas mendengar Luk. 1:26-38.
kata-kata Gabriel. Maria berkata, “Aku hamba perempuan Yehuwa! Semoga apa yang kamu isytiharkan berlaku ke atas diriku.”—15. Mengapakah iman Maria begitu luar biasa?
15 Maria memang mempunyai iman yang luar biasa! Seperti seorang hamba perempuan, dia rela melakukan apa sahaja yang diminta! Dia percaya bahawa Yehuwa akan menjaga dan melindunginya. Mengapakah iman Maria begitu kuat? Kita tidak dilahirkan dengan iman. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk memupuk iman dan meminta Yehuwa memberkati usaha kita. (Gal. 5:22; Ef. 2:8) Maria berusaha untuk menguatkan imannya. Bagaimanakah kita mengetahui hal ini? Mari kita tumpukan perhatian kepada cara Maria mendengar dan bercakap.
16. Apakah yang menunjukkan bahawa Maria mendengar dengan teliti?
16 Cara Maria mendengar. Bible memberitahu kita untuk “cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata.” (Yak. 1:19) Bible menyatakan bahawa Maria mendengar dengan teliti, terutamanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan Yehuwa. Dia juga merenungkan hal-hal yang penting ini. Contohnya, semasa Yesus dilahirkan, para gembala telah memberitahu Maria apa yang dikatakan oleh malaikat. Kemudian, semasa Yesus berumur 12 tahun, Yesus mengatakan sesuatu yang mengagumkan Maria. Dalam kedua-dua peristiwa ini, Maria mendengar, mengingati, dan merenungkan apa yang didengarinya.—Baca Lukas 2:16-19, 49, 51.
17. Apakah yang boleh kita pelajari mengenai Maria daripada percakapannya?
17 Percakapan Maria. Bible tidak memberitahu kita banyak tentang apa yang dikatakan oleh Maria. Percakapan Maria yang terpanjang terdapat di Lukas 1:46-55. Kata-katanya menunjukkan bahawa dia mengenal Ayat-Ayat Suci dengan baik. Bagaimanakah kita mengetahui hal ini? Kerana kata-katanya hampir sama dengan doa yang diucapkan oleh Hana, ibu nabi Samuel. (1 Sam. 2:1-10) Dianggarkan bahawa Maria memetik daripada Ayat-Ayat Suci sekitar 20 kali. Jelaslah bahawa dia suka bercakap tentang kebenaran yang dipelajari daripada Sahabatnya, Yehuwa.
18. Bagaimanakah kita boleh meniru iman Maria?
18 Seperti Maria, kadangkala kita juga mungkin menerima tugas daripada Yehuwa yang kita anggap susah. Marilah kita mengikut teladan Maria. Kita boleh menerima tugas itu dengan rendah hati dan percaya bahawa Yehuwa akan membantu kita. Jika kita mendengar firman Yehuwa dengan teliti, membuat perenungan tentang Yehuwa dan tujuan-Nya, dan mengongsi apa yang dipelajari dengan orang lain, kita sedang meniru iman Maria.—Mzm. 77:12, 13; Luk. 8:18; Rm. 10:15.
19. Apakah yang boleh kita nikmati jika kita meniru iman hamba Tuhan?
19 Jelaslah bahawa Rut, Hizkia, dan Maria juga merupakan sahabat Yehuwa, seperti Abraham. Mereka merupakan sebahagian daripada “banyak saksi yang bagaikan awan” yang menikmati persahabatan dengan Tuhan. Semoga kita terus meniru iman mereka. (Ibr. 6:11, 12) Dengan demikian, kita boleh menikmati persahabatan dengan Yehuwa buat selama-lamanya!