Pertanyaan Pembaca
Apakah maksud dua batang kayu yang digabung menjadi satu seperti yang digambarkan di Yehezkiel bab 37?
Perkhabaran daripada Yehuwa kepada Yehezkiel menggambarkan bagaimana bangsa Israel akan disatukan setelah mereka kembali ke Tanah yang Dijanjikan. Nubuat itu juga menggambarkan penyatuan umat Tuhan yang bermula semasa hari-hari terakhir.
Yehuwa menyuruh nabi Yehezkiel mengambil dua batang kayu. Dia disuruh menulis, “Untuk Yehuda dan orang Israel yang ada bersamanya” pada satu batang kayu dan, “Untuk Yusuf, iaitu Efraim, dan seluruh bangsa Israel yang ada bersamanya” pada satu batang lagi. Kedua-dua batang kayu akan menjadi “sebatang kayu” dalam tangan Yehezkiel.—Yeh. 37:15-17, NW.
Ul. 33:13, 17; 1 Raj. 11:26) Anak Yusuf yang bernama Efraim ialah nenek moyang kepada suku itu. (Bil. 1:32, 33) Oleh itu, kayu ‘untuk Efraim’ amat sesuai untuk melambangkan kerajaan Israel di utara, iaitu kerajaan yang terdiri daripada 10 suku itu. Pada tahun 740 SM, tentera Assyria telah menawan kerajaan tersebut. (2 Raj. 17:6) Memandangkan nubuat Yehezkiel tentang dua batang kayu itu ditulis lama selepas peristiwa itu, kebanyakan orang Israel sudah tercerai-berai di merata kawasan jajahan Empayar Babilon, kuasa dunia yang mengalahkan Empayar Assyria.
Apakah yang dilambangkan oleh Efraim? Raja pertama yang memerintah 10 suku bangsa di utara, iaitu Yerobeam, berasal dari suku Efraim, suku yang terbesar dalam kalangan 10 suku itu. (Pada tahun 607 SM, kerajaan di selatan yang terdiri daripada dua suku bangsa telah dibuang ke Babilon. Kerajaan yang di selatan itu diperintah oleh raja-raja keturunan Yehuda, dan para imam yang berkhidmat di Yerusalem juga sebahagian daripada kerajaan itu. (2 Taw. 11:13, 14; 34:30) Maka, kayu yang melambangkan kerajaan itu boleh dipanggil kayu “untuk Yehuda.”
Bilakah kedua-dua batang “kayu” itu menjadi satu? Pada tahun 537 SM semasa orang Israel kembali ke Yerusalem untuk membina semula Rumah Tuhan. Orang Israel yang kembali daripada pembuangan terdiri daripada rakyat dari kerajaan di utara dan kerajaan di selatan. Namun, mereka tidak terpisah kepada dua kerajaan lagi. (Yeh. 37:21, 22) Sebaliknya orang Israel menyembah Yehuwa dengan bersatu padu, seperti yang dinubuatkan oleh nabi Yesaya dan Yeremia.—Yes. 11:12, 13; Yer. 31:1, 6, 31.
Apakah pengajaran penting tentang ibadat sejati yang ditonjolkan menerusi nubuat ini? Yehuwa akan menyatukan para penyembah-Nya. (Yeh. 37:18, 19) Adakah janji itu menjadi kenyataan pada masa ini? Ya. Nubuat itu mula menjadi kenyataan pada tahun 1919. Sejak tahun itu, umat Tuhan beransur-ansur diaturkan semula dan disatukan. Walaupun Syaitan mencuba memecahbelahkan mereka, muslihatnya gagal sama sekali.
Pada masa itu, kebanyakan daripada umat Tuhan yang disatukan mempunyai harapan untuk menjadi raja dan imam bersama Yesus di syurga. (Why. 20:6) Oleh itu, kayu untuk Yehuda amat sesuai untuk melambangkan mereka. Namun, seraya masa berlalu, semakin ramai orang mula menyertai orang Yahudi rohani. (Za. 8:23) Memandangkan harapan mereka adalah untuk hidup di bumi dan bukannya memerintah bersama Kristus, mereka digambarkan sebagai kayu untuk Yusuf.
Dua kumpulan ini berkhidmat bersama-sama sebagai umat Yehuwa. Mereka diperintah oleh satu Raja, iaitu Yesus, yang digambarkan sebagai ‘hamba-Ku Daud’ dalam nubuat Yehezkiel. (Yeh. 37:24, 25) Yesus pernah berdoa agar semua pengikutnya ‘menjadi satu, sebagaimana Bapanya bersatu dengannya dan dia bersatu dengan Bapanya.’ * (Yoh. 17:20, 21) Yesus juga bernubuat bahawa para pengikutnya yang terurap, iaitu kawanan kecil, akan bersatu dengan “biri-biri lain,” dan “menjadi satu kawanan di bawah satu gembala.” (Yoh. 10:16) Gambaran yang cukup indah! Biarpun terdapat perbezaan antara harapan masa depan, umat Yehuwa tetap bersatu padu.
^ per. 6 Perhatikan turutan peristiwa yang digambarkan oleh Yesus semasa dia menceritakan perumpamaan yang berkaitan dengan tanda kehadirannya. Mula-mulanya, dia menyebut tentang “hamba yang setia dan bijaksana,” iaitu kumpulan kecil saudara terurap yang mengambil pimpinan. (Mat. 24:45-47) Kemudian, dia menceritakan beberapa perumpamaan yang berkaitan khasnya dengan mereka yang akan pergi ke syurga. (Mat. 25:1-30) Akhirnya dia menyebut tentang kumpulan orang yang akan hidup di bumi. Mereka akan membantu saudara-saudara Kristus. (Mat. 25:31-46) Dalam cara yang sama, semasa nubuat Yehezkiel menjadi kenyataan pada zaman moden, kumpulan yang akan pergi ke syurga disebut dahulu. Walaupun kerajaan di utara yang terdiri daripada 10 suku biasanya tidak melambangkan mereka yang akan hidup di bumi, penyatuan yang digambarkan dalam nubuat itu mengingatkan kita akan perpaduan yang wujud antara mereka yang akan pergi ke syurga dan mereka yang akan hidup di bumi.