Pertanyaan Pembaca
Jika seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan suami isteri berdua-duaan semalaman tanpa sebab yang munasabah, adakah perbuatan mereka merupakan dosa yang memerlukan tindakan jawatankuasa pengadilan?
Ya. Jika mereka berdua-duaan semalaman tanpa sebab yang munasabah, jawatankuasa pengadilan akan dibentuk kerana situasi itu dapat dijadikan bukti bahawa mereka telah melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral.—1 Kor. 6:18.
Dalam setiap situasi, badan penatua akan meneliti faktor-faktor yang terlibat semasa menentukan sama ada jawatankuasa pengadilan perlu dibentuk atau tidak. Contohnya, adakah mereka sedang berdating? Pernahkah mereka ditegur berkenaan cara mereka memperlakukan satu sama lain? Mengapakah mereka bermalam bersama? Adakah hal itu dirancang? Di manakah mereka tidur? Adakah mereka mempunyai pilihan lain, atau adakah mereka terpaksa bermalam bersama-sama kerana kecemasan, perkara yang tidak diduga, atau situasi yang di luar kawalan mereka? (Pkh. 9:11) Oleh sebab setiap situasi berbeza, mungkin terdapat perkara lain yang perlu dipertimbangkan oleh para penatua.
Setelah mengenal pasti semua maklumat yang terlibat, badan penatua akan memutuskan sama ada jawatankuasa pengadilan perlu dibentuk atau tidak.