Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Apakah perkara-perkara penting yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk melatih anak remaja menyembah Yehuwa?

Adalah penting bagi ibu bapa untuk menunjukkan kasih kepada anak remaja mereka dan menunjukkan kerendahan hati melalui teladan mereka. Selain itu, mereka harus menunjukkan pengertian dan berusaha untuk memahami anak remaja mereka.​—w15 15/11, muka 9-11.

Apakah yang harus dipertimbangkan sebelum kita bercakap?

Untuk menggunakan lidah kita demi kebaikan, kita perlu tahu (1) bila kita patut bercakap (Pkh. 3:7), (2) apa yang patut dicakapkan (Ams. 12:18), dan (3) cara untuk bercakap (Ams. 25:15).​—w15 15/12, muka 19-22.

Apakah perkara-perkara tidak jujur yang harus dihindari oleh orang Kristian?

Orang Kristian sejati menghindari perbuatan menipu dan memfitnah. Mereka tidak menggunakan pernyataan palsu dengan niat jahat untuk merosakkan reputasi seseorang. Mereka juga tidak memperdaya atau mencuri.​—wp16.2, muka 5.

Siapakah “ketua imam” yang disebutkan dalam Bible?

Ungkapan “ketua imam” biasanya merujuk kepada para imam yang terkenal, termasuk mereka yang pernah berkhidmat sebagai imam agung.​—wp16.1, muka 10.

Bagaimanakah kita patut memperlakukan seseorang yang makan roti dan minum wain semasa Peringatan?

Kita tidak harus memuja seseorang yang makan roti dan minum wain. Orang yang benar-benar diurapi tidak ingin dipuja. Dia juga tidak ingin menunjuk-nunjuk bahawa dia diurapi. (Mat. 23:8-12)​—w16.01, muka 23-24.

Apakah yang dapat kita pelajari daripada cara Abraham menjadi sahabat Tuhan?

Abraham mungkin belajar tentang Yehuwa daripada Sem. Abraham memperoleh pengalaman daripada cara Tuhan memperlakukannya dan keluarganya. Kita juga boleh melakukan hal yang serupa.​—w16.02, muka 9-10.

Adakah Syaitan membawa Yesus ke Rumah Tuhan untuk menggodanya?

Kami tidak pasti. Matius 4:5 dan Lukas 4:9 boleh bermaksud bahawa Yesus benar-benar berdiri di atas Rumah Tuhan atau hal itu sekadar suatu penglihatan.​—w16.03, muka 31-32.

Bagaimanakah kerja penyebaran kita boleh disamakan seperti embun?

Embun itu menyegarkan dan penting bagi kehidupan. Embun merupakan berkat daripada Tuhan. (Ul. 33:13) Maka, gabungan usaha umat Tuhan dalam kerja penyebaran boleh diibaratkan seperti embun.​—w16.04, muka 4.