Pertanyaan Pembaca
Siapakah yang dilambangkan oleh orang yang membawa alat untuk menulis dan enam orang lelaki yang membawa senjata dalam penglihatan Yehezkiel?
Mereka ialah tentera di syurga yang telah membinasakan Yerusalem dan akan memusnahkan sistem Syaitan yang jahat semasa Armagedon. Mengapakah pemahaman ini dikemaskinikan?
Yehezkiel telah melihat perkara jahat yang dilakukan oleh umat Tuhan di Yerusalem. Selepas itu, dia diberikan penglihatan mengenai peristiwa yang akan berlaku sebelum pembinasaan Yerusalem pada 607 SM. Dia melihat enam orang lelaki membawa senjata. Dia juga melihat seorang lelaki yang “berpakaian linen dan membawa alat untuk menulis.” (Yeh. 8:6-12; 9:2, 3) Lelaki ini ditugaskan untuk pergi dan membubuh “tanda pada dahi setiap orang yang sedih dan susah kerana segala perbuatan yang menjijikkan yang dilakukan di kota itu.” Kemudian, lelaki yang membawa senjata ditugaskan untuk membunuh semua orang yang tidak memiliki tanda. (Yeh. 9:4-7) Jadi, apakah yang dapat kita pelajari? Siapakah lelaki yang “membawa alat untuk menulis”?
Yehezkiel bernubuat tentang hal ini pada tahun 612 SM. Lima tahun kemudian, nubuat ini menjadi kenyataan apabila Yehuwa menggunakan orang Babilonia untuk membinasakan umat-Nya di Yerusalem yang telah menjadi murtad. (Yer. 25:9, 15-18) Namun, pembinasaan itu tidak dilakukan secara sembarangan. Orang yang baik tidak dimusnahkan bersama orang yang jahat. Yehuwa telah menyelamatkan orang Yahudi yang tidak melakukan perkara yang menjijikkan di kota itu.
Yehezkiel tidak terlibat dalam kerja membubuh tanda mahupun pembinasaan Yerusalem kerana penghakiman tersebut diatur oleh para malaikat. Jadi melalui nubuat ini, kita seperti sedang melihat di sebalik tabir apa yang sedang berlaku di syurga. Yehuwa bukan sahaja menugaskan para malaikat untuk mengatur pembinasaan orang jahat, tetapi juga memastikan bahawa orang yang baik diselamatkan. *
Nubuat ini akan menjadi kenyataan pada zaman sekarang juga. Namun dahulu, kita telah menjelaskan bahawa lelaki yang “membawa alat untuk menulis” melambangkan baki kaum terurap. Kita juga percaya bahawa mereka yang menerima mesej yang disampaikan melalui kerja penyebaran akan memiliki tanda penyelamatan. Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut perlu diubah. Mengapa? Menurut apa yang dicatatkan di Matius 25:31-33, Yesus akan menghakimi orang semasa kesengsaraan besar. Dia akan memisahkan orang yang bersifat biri-biri daripada orang yang bersifat kambing. Mereka yang bersifat biri-biri akan meraih penyelamatan manakala yang lain akan dimusnahkan.
Memandangkan pemahaman ini telah dikemaskinikan, apakah yang boleh kita pelajari daripada penglihatan Yehezkiel? Terdapat lima pengajaran:
-
Sebelum pembinasaan Yerusalem, Yehezkiel, Yeremia, dan Yesaya telah memberikan amaran mengenai apa yang akan menimpa kota Yerusalem. Tugas mereka bagaikan pengawal. Hari ini, Yehuwa juga telah menggunakan sekumpulan kecil kaum terurap untuk mengajar umat-Nya serta memberikan amaran sebelum kesengsaraan besar tercetus. Sesungguhnya, semua hamba-hamba lain Kristus juga menyampaikan amaran ini.—Mat. 24:45-47.
-
Yehezkiel tidak membubuh tanda pada dahi orang yang akan diselamatkan. Begitu juga dengan umat Tuhan pada hari ini. Mereka hanya menyebarkan mesej Yehuwa melalui kerja penyebaran yang diawasi oleh para malaikat.—Why. 14:6.
-
Mat. 25:35-40) Orang yang melakukan semua perkara ini akan memiliki tanda penyelamatan apabila kesengsaraan besar berlaku.
Mereka yang diselamatkan pada zaman Yehezkiel tidak dibubuh tanda harfiah pada dahi mereka. Begitu juga dengan hari ini, mereka yang akan diselamatkan tidak dibubuh tanda harfiah. Jadi, apakah yang perlu dilakukan mereka agar dapat diselamatkan semasa kesengsaraan besar? Mereka harus menyambut mesej yang disebarkan melalui kerja menginjil, mengenakan keperibadian Kristian, membaktikan diri kepada Yehuwa, dan menyokong saudara-saudara Kristus. ( -
Lelaki yang “membawa alat untuk menulis” melambangkan Yesus Kristus. Dia membubuh tanda pada dahi orang yang akan diselamatkan. Kumpulan besar manusia akan memiliki tanda ini apabila dihakimi sebagai biri-biri semasa kesengsaraan besar. Dengan demikian, mereka berpeluang menerima kehidupan kekal di bumi.—Mat. 25:34, 46. *
-
Hari ini, enam orang lelaki yang membawa senjata melambangkan tentera yang diketuai Yesus di syurga. Mereka akan membinasakan semua bangsa dan kejahatan tidak lama lagi.—Yeh. 9:2, 6, 7; Why. 19:11-21.
Semua perkara ini menguatkan keyakinan kita bahawa Yehuwa tidak membinasakan orang yang baik bersama orang yang jahat. (2 Ptr. 2:9; 3:9) Kita juga sedar betapa pentingnya menjalankan kerja penyebaran hari ini. Semua orang perlu diberikan amaran sebelum akhir tiba!—Mat. 24:14.
^ per. 6 Walaupun individu seperti Barukh (setiausaha Yeremia), Ebed-Melekh (orang Etiopia), dan puak Rekhab tidak menerima tanda harfiah yang kelihatan di dahi, mereka terselamat. (Yer. 35:1-19; 39:15-18; 45:1-5) Mereka telah menerima tanda kiasan supaya diselamatkan.