Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Cubalah mengetahui keperluan fizikal, emosi, dan rohani rakan seiman anda

Dapatkah Anda Membantu Sidang Anda?

Dapatkah Anda Membantu Sidang Anda?

SEBELUM Yesus naik ke syurga, dia memberitahu para pengikutnya: ‘Kamu akan menjadi saksi-saksiku sampai ke hujung bumi.’ (Kis. 1:8) Bagaimanakah para pengikutnya dapat menginjil di seluruh bumi?

Martin Goodman, seorang profesor di Universiti Oxford, menyatakan bahawa “orang Kristian mempunyai tugas khas. Tugas itu membuat mereka berbeza daripada orang yang memeluk agama lain, termasuk orang Yahudi di empayar Roma.” Yesus pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menginjil. Orang Kristian sejati mengikut teladannya dengan menyebarkan “berita baik tentang Kerajaan Tuhan” di mana-mana sahaja. Mereka harus mencari orang yang menginginkan kebenaran. (Luk. 4:43) Itulah sebabnya pada abad pertama, terdapat “rasul-rasul.” Perkataan ini bermaksud mereka yang diutus untuk melakukan sesuatu. (Mrk. 3:14) Yesus memberikan perintah kepada para pengikutnya: “Pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pengikutku.”—Mat. 28:18-20.

Dua belas orang rasul Yesus tidak lagi berada di bumi. Namun ramai penyembah Yehuwa mengikut teladan baik mereka. Apabila dijemput untuk menginjil di tempat yang memerlukan bantuan, mereka berkata, “Inilah aku. Utuslah aku!” (Yes. 6:8) Beberapa orang telah berpindah ke negara yang jauh, seperti ribuan saudara saudari yang menghadiri Sekolah Gilead. Ada pula yang berpindah ke kawasan lain di negara sendiri. Ramai saudara saudari belajar bahasa baru untuk membantu dalam sidang atau kumpulan tertentu. Walaupun hal ini tidak senang, mereka rela membuat pengorbanan kerana mereka mengasihi Yehuwa dan orang lain. Maka mereka membuat rancangan yang teliti supaya dapat menggunakan masa, tenaga, dan wang untuk menginjil di tempat yang memerlukan bantuan. (Luk. 14:28-30) Kita sangat menghargai usaha saudara saudari ini.

Bukan semua orang dapat berpindah ke tempat lain atau belajar bahasa baru. Namun, kita semua boleh menjadi seperti mubaligh dalam sidang sendiri.

JADILAH MUBALIGH DALAM SIDANG ANDA

Bantulah rakan seiman di kawasan tempatan dengan

Pada abad pertama, kebanyakan orang Kristian tinggal di kampung halaman dan mereka bukannya mubaligh. Namun mereka bersemangat dalam kerja penyebaran. Paulus memberitahu Timotius: ‘Lakukan kerja seorang penginjil, dan laksanakan tugas kamu dengan sepenuhnya.’ (2 Tim. 4:5) Nasihat ini juga boleh diterapkan oleh orang Kristian hari ini. Semua orang Kristian harus mentaati perintah untuk menyebarkan berita Kerajaan Tuhan dan menjadikan orang murid Yesus. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk menjadi seperti seorang mubaligh dalam sidang sendiri.

Contohnya, apabila mubaligh berpindah ke negara lain, situasi mereka berubah. Mereka harus menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baru. Walaupun kita tidak dapat berpindah ke tempat yang lebih memerlukan bantuan, dapatkah kita mencari cara baru untuk menginjil kepada orang lain? Pada tahun 1940, saudara saudari kita digalakkan untuk memberikan kesaksian di tempat awam sekali setiap minggu. Pernahkah anda mencuba cara ini? Pernahkah anda menggunakan rak mudah alih? Yang penting ialah: Adakah anda rela menggunakan cara baru untuk menyebarkan berita baik?

menggalakkan mereka “melakukan kerja seorang penginjil”

Jika anda mempunyai sikap yang positif, anda tentu akan bersemangat dalam kerja penyebaran. Biasanya para penyiar yang berpindah ke tempat yang memerlukan bantuan atau yang belajar bahasa baru memberikan banyak bantuan kepada sidang. Contohnya, mereka mengambil pimpinan dalam aktiviti penyebaran. Mubaligh juga sering mengambil pimpinan dalam sidang sehingga saudara tempatan layak untuk melakukannya. Jika anda seorang saudara yang dibaptis, adakah anda “sedang berusaha” untuk berkhidmat sebagai pembantu sidang atau penatua dalam sidang anda?—1 Tim. 3:1.

JADILAH “SUMBER KELEGAAN HATI”

memberikan bantuan praktikal

Kita juga boleh membantu sidang dalam cara yang lain. Tidak kira tua atau muda, saudara atau saudari, kita boleh “menjadi sumber kelegaan hati” kepada rakan seiman.—Kol. 4:11.

Untuk membantu rakan seiman, kita harus lebih mengenali mereka. Bible menggalakkan kita untuk “memperhatikan satu sama lain,” atau mengetahui keperluan rakan seiman. (Ibr. 10:24) Hal ini tidak bermaksud bahawa kita menjaga tepi kain orang. Sebaliknya, kita harus berusaha untuk memahami saudara saudari serta keperluan mereka. Mereka mungkin memerlukan bantuan praktikal, sokongan moral, atau galakan daripada Bible. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya hanya penatua atau pembantu sidang dapat membantu mereka. (Gal. 6:1) Namun, kita semua boleh membantu saudara saudari yang lebih tua, atau keluarga yang menghadapi masalah.

memberikan sokongan moral kepada mereka yang khuatir

Contohnya, Salvatore menghadapi masalah kewangan yang serius. Dia terpaksa menjual perniagaan, rumah, dan barang milik keluarganya. Dia sangat risau tentang keluarganya. Namun, sebuah keluarga di sidang mereka telah menawarkan bantuan. Mereka memberi Salvatore sedikit wang serta membantu dia dan isteri mencari kerja. Mereka juga meluangkan masa untuk mendengar dan menggalakkan keluarga Salvatore. Akhirnya mereka menjadi kawan rapat. Kedua-dua keluarga ini mempunyai kenangan manis tentang masa yang diluangkan bersama semasa menghadapi kesusahan.

Orang Kristian sejati tidak teragak-agak untuk mengongsi kepercayaan mereka dengan orang lain. Kita harus meniru teladan Yesus dan memberitahu semua orang tentang janji-janji Tuhan yang menakjubkan. Sama ada kita dapat berpindah atau tidak, kita semua boleh berusaha untuk membantu rakan seiman dalam sidang sendiri. (Gal. 6:10) Apabila kita membantu orang lain, kita akan menjadi lebih gembira dan “membuahkan hasil dalam setiap kerja baik.”—Kol. 1:10; Kis. 20:35.