Yehuwa Membimbing Umat-Nya ke Jalan Kehidupan
“Inilah jalannya, ikutlah jalan ini!”—YES. 30:21.
LAGU: 65, 48
1, 2. (a) Apakah amaran yang telah menyelamatkan nyawa banyak orang? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Apakah bimbingan yang dapat menyelamatkan nyawa umat Tuhan?
“BERHENTI, LIHAT, DENGAR.” Kata-kata ini muncul pada tanda isyarat di persimpangan landasan kereta api di Amerika Utara lebih daripada 100 tahun yang lalu. Mengapa? Hal ini adalah supaya kereta tidak dilanggar oleh kereta api yang melintasi landasan tersebut. Banyak nyawa terselamat kerana orang memberikan perhatian kepada amaran itu.
2 Yehuwa memberikan sesuatu yang lebih baik. Dia membimbing umat-Nya supaya menghindari bahaya dan menerima kehidupan kekal. Yehuwa bagaikan seorang gembala pengasih yang membimbing biri-biri-Nya agar mereka dapat mengelakkan bahaya.—Baca Yesaya 30:21.
YEHUWA SELALU MEMBIMBING UMAT-NYA
3. Mengapakah umat manusia terjerumus ke haluan maut?
3 Sejak permulaan sejarah manusia, Yehuwa telah memberikan Kej. 2:15-17) Tetapi Adam dan Hawa menolak bimbingan tersebut. Hawa telah mendengar nasihat seekor ular, dan Adam pula mendengar kata-kata Hawa. Apakah kesudahannya? Mereka berdua merana dan akhirnya mati tanpa memiliki harapan. Memandangkan mereka tidak patuh kepada Tuhan, seluruh umat manusia terjerumus ke haluan maut.
arahan atau bimbingan yang terperinci. Contohnya, Yehuwa memberikan bimbingan di Taman Eden supaya manusia dapat memperoleh kehidupan kekal dan kebahagiaan. (4. (a) Mengapakah perintah baru perlu diberikan selepas Banjir? (b) Bagaimanakah situasi yang baru membantu kita memahami pandangan Tuhan?
4 Pada zaman Nuh, Tuhan telah memberikan arahan yang dapat menyelamatkan nyawa. Selepas Banjir, Yehuwa melarang manusia untuk makan atau minum darah. Mengapa? Kerana situasi telah berubah. Yehuwa ingin membenarkan manusia makan daging. Oleh itu, Yehuwa memberikan perintah yang baru: “Hanya daging yang masih berdarah tidak boleh kamu makan, kerana nyawa itu terkandung di dalam darah.” (Kej. 9:1-4) Perintah ini membantu kita untuk memahami pandangan Tuhan mengenai nyawa. Semua nyawa ialah milik-Nya. Dia merupakan Pencipta yang memberi kita hidup, jadi Dia berhak membuat peraturan mengenai kehidupan. Contohnya, Dia memberikan perintah supaya manusia tidak membunuh orang lain. Tuhan memandang nyawa dan darah sesuatu yang suci, dan Dia akan menghukum sesiapa yang tidak menghormatinya.—Kej. 9:5, 6.
5. Apakah yang akan kita bincangkan, dan mengapa?
5 Selepas zaman Nuh, Tuhan terus membimbing umat-Nya. Rencana ini akan memberikan beberapa contoh tentang cara Tuhan membimbing mereka. Hal ini akan menguatkan tekad kita untuk mengikut bimbingan Yehuwa sehingga ke dunia baru.
BANGSA BARU, BIMBINGAN BARU
6. Mengapakah umat Tuhan memerlukan hukum yang diberikan melalui Musa? Apakah sikap yang harus ditunjukkan oleh orang Israel?
6 Pada zaman Musa, Yehuwa memberi umat-Nya bimbingan yang jelas mengenai kelakuan dan ibadat mereka. Mengapa? Kerana keadaan berubah lagi. Selama lebih daripada 200 tahun, orang Israel hidup sebagai hamba di Mesir. Di sana, mereka dikelilingi dengan orang yang menyembah arwah, berhala, dan melakukan perkara yang tidak menyenangkan hati Tuhan. Apabila mereka dibebaskan dari Mesir, mereka memerlukan bimbingan baru. Mereka akan menjadi sebuah bangsa yang hanya mengikut Hukum Yehuwa. Sesetengah rujukan menyatakan bahawa perkataan Ibrani bagi “hukum” bermaksud “mengarah, membimbing, mengajar.” Hukum Musa melindungi umat Israel daripada perbuatan yang tidak bermoral dan penyembahan palsu. Apabila orang Israel mentaati Tuhan, mereka meraih berkat-Nya. Namun, apabila mereka mengingkari-Nya, mereka mengalami akibat buruk.—Baca Ulangan 28:1, 2, 15.
7. (a) Mengapakah Yehuwa memberikan bimbingan kepada umat-Nya? (b) Mengapakah Hukum Musa disamakan seperti penjaga bagi orang Israel?
7 Ada sebab lain mengapa bimbingan baru diperlukan. Hukum Musa menyediakan umat Israel untuk suatu peristiwa yang penting, iaitu kedatangan Mesias, Yesus Kristus. Hukum Musa mengingatkan umat Israel bahawa mereka tidak sempurna. Hukum itu juga membantu mereka untuk memahami bahawa mereka Gal. 3:19; Ibr. 10:1-10) Tambahan lagi, Hukum Musa melindungi salasilah Mesias dan membantu orang Israel untuk mengenal pasti Mesias apabila dia tiba. Ya, Hukum Musa adalah seperti “penjaga” atau pembimbing sementara yang memimpin mereka kepada Kristus.—Gal. 3:23, 24.
memerlukan tebusan, iaitu korban sempurna yang dapat menyingkirkan dosa mereka dengan sepenuhnya. (8. Mengapakah kita perlu mendapat bimbingan daripada prinsip di sebalik Hukum Musa?
8 Sebagai orang Kristian, kita juga boleh mendapat manfaat daripada bimbingan yang terdapat dalam Hukum Musa. Bagaimana? Kita boleh berhenti dan melihat prinsip di sebalik Hukum itu. Walaupun kita tidak lagi perlu mengikut Hukum itu, kita masih boleh menggunakannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian dan ibadat kita. Yehuwa memastikan hukum-Nya itu dicatatkan dalam Bible supaya kita dapat belajar daripadanya, dibimbing oleh prinsipnya, dan menghargai ajaran Yesus yang mencerminkan piawaian moral yang lebih tinggi. Dengarlah apa yang dikatakan Yesus: “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Jangan berzina.’ Tetapi aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang terus memandang seorang wanita dengan perasaan berahi sudah berzina dengannya dalam hati.” Maka, kita bukan hanya mengelakkan perzinaan tetapi juga menolak fikiran dan keinginan yang tidak bermoral.—Mat. 5:27, 28.
9. Apakah keadaan baru yang menyebabkan umat Tuhan memerlukan arahan baru?
9 Selepas Yesus datang sebagai Mesias, Yehuwa harus memberikan arahan baru dan lebih banyak maklumat tentang tujuan-Nya. Mengapa? Pada tahun 33 M, Yehuwa telah menolak bangsa Israel dan memilih sidang Kristian sebagai umat-Nya. Maka keadaan umat Tuhan berubah lagi.
BIMBINGAN UNTUK ISRAEL ROHANI
10. Mengapakah hukum baru diberikan kepada sidang Kristian? Mengapakah hukum tersebut berbeza daripada hukum yang diberikan kepada orang Israel?
10 Yehuwa telah memberikan Hukum Musa kepada orang Israel untuk mengajar mereka tentang kelakuan dan ibadat mereka. Bermula pada abad pertama, umat Tuhan tidak lagi terdiri daripada satu bangsa, melainkan datang daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Mereka dikenali sebagai Israel rohani. Mereka membentuk sidang Kristian dan terikat dengan perjanjian baru. Yehuwa memberi mereka bimbingan baru atau bimbingan tambahan tentang kelakuan dan cara untuk menyembah-Nya. Sememangnya, “Tuhan tidak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada-Nya dan berbuat benar diperkenankan-Nya.” (Kis. 10:34, 35) Mereka mengikut “hukum Kristus” yang berdasarkan prinsip yang ditulis pada hati, bukan pada batu. Hukum ini akan membimbing dan memberikan manfaat kepada orang Kristian tidak kira di mana mereka berada.—Gal. 6:2.
11. Apakah dua aspek kehidupan orang Kristian yang dipengaruhi oleh “hukum Kristus”?
11 Israel rohani mendapat banyak manfaat daripada bimbingan yang diberikan Yehuwa melalui Yesus. Sebelum memperkenalkan perjanjian baru, Yesus memberikan dua perintah yang penting. Salah satu mengenai aktiviti penyebaran. Perintah yang satu lagi mengenai kelakuan dan cara orang Kristian patut memperlakukan satu sama lain. Perintah ini ditujukan kepada semua orang Kristian. Maka, kita juga patut mentaati perintah ini tidak kira kita
berharap untuk hidup selama-lamanya di syurga atau di bumi.12. Apakah perintah baru mengenai aktiviti penyebaran?
12 Pada masa lalu, orang daripada pelbagai bangsa harus datang ke Israel untuk menyembah Yehuwa. (1 Raj. 8:41-43) Tetapi, Yesus memberikan perintah yang terdapat di Matius 28:19, 20. (Baca.) Yesus memberitahu para pengikutnya untuk ‘pergi kepada semua bangsa.’ Pada Pentakosta 33 M, Yehuwa menunjukkan bahawa Dia ingin berita baik dikhabarkan ke seluruh bumi. Kira-kira 120 orang dalam sidang baru itu dipenuhi daya aktif dan mula bercakap dalam pelbagai bahasa kepada orang Yahudi dan pemeluk agama Yahudi. (Kis. 2:4-11) Kemudian, mereka juga perlu menyebar kepada orang Samaria. Pada tahun 36 M, kawasan penyebaran mereka merangkumi orang bukan Yahudi. Maka, orang Kristian perlu menyebar kepada orang di serata dunia!
13, 14. (a) Apakah yang terangkum dalam “perintah baru” yang diberikan Yesus? (b) Apakah yang kita pelajari daripada teladan Yesus?
13 Yesus juga memperkenalkan “satu perintah baru” mengenai cara untuk memperlakukan saudara saudari kita. (Baca Yohanes 13:34, 35.) Kita harus sentiasa menunjukkan kasih kepada mereka. Kita juga mesti rela mengorbankan nyawa demi mereka. Hal itu tidak dituntut dalam Hukum Musa.—Mat. 22:39; 1 Yoh. 3:16.
14 Yesus memberikan teladan yang agung tentang cara menunjukkan kasih yang tidak mementingkan diri. Dia sangat mengasihi para pengikutnya sehingga dia sanggup mati demi mereka. Dia berharap agar semua pengikutnya melakukan hal yang sama. Maka, kita harus rela menghadapi kesusahan bahkan mati demi saudara saudari.—1 Tes. 2:8.
BIMBINGAN BAGI MASA KINI DAN MASA DEPAN
15, 16. Apakah situasi baru yang kita alami sekarang, dan bagaimanakah Tuhan membimbing kita?
15 Yesus telah melantik “hamba yang setia dan bijaksana” untuk memberi pengikutnya “makanan pada masa yang sesuai.” (Mat. 24:45-47) Makanan ini juga merangkumi bimbingan bagi umat Tuhan yang menghadapi keadaan yang berubah. Bagaimanakah situasi kita berubah?
16 Kita sedang hidup pada “hari-hari terakhir” dan kesengsaraan yang tidak pernah berlaku akan melanda tidak lama lagi. (2 Tim. 3:1; Mrk. 13:19) Syaitan dan roh-roh jahat juga telah dibuang dari syurga ke bumi, dan menyebabkan banyak penderitaan. (Why. 12:9, 12) Selain itu, kita diperintahkan untuk menyebarkan berita baik kepada semua orang di serata dunia dalam pelbagai bahasa!
17, 18. Apakah sepatutnya reaksi kita apabila diberikan arahan?
17 Organisasi Tuhan menyediakan pelbagai alat yang boleh digunakan semasa menginjil. Adakah anda menggunakannya? Semasa perjumpaan, kita dibimbing tentang cara terbaik untuk menggunakan alat-alat ini. Adakah anda menganggap bahawa bimbingan ini datang daripada Tuhan?
18 Untuk menerima berkat daripada Yehuwa, kita harus memberikan perhatian kepada segala arahan yang diberikan melalui sidang Kristian. Jika kita mentaati arahan sekarang, kita akan berasa lebih mudah untuk mengikut arahan semasa “kesengsaraan besar.” Pada masa itu, seluruh dunia Syaitan akan dibinasakan. (Mat. 24:21) Selepas itu, kita akan memerlukan bimbingan baru tentang kehidupan kita di dunia yang bebas daripada pengaruh Syaitan.
19, 20. Apakah kitab-kitab yang akan dibuka? Apakah hasilnya?
Wahyu 20:12.) Kemungkinan besar, kitab-kitab ini menjelaskan apa yang dikehendaki Yehuwa daripada manusia pada masa itu. Dengan mempelajari kitab itu, semua orang, termasuk mereka yang dibangkitkan, akan mengetahui kehendak Tuhan. Kitab-kitab itu akan membantu kita untuk lebih memahami pemikiran Yehuwa. Kita juga akan memahami Bible dengan lebih mendalam. Maka, kita akan mengasihi dan menghormati satu sama lain di Firdaus. (Yes. 26:9) Bayangkan kerja pendidikan sedunia yang dijalankan di bawah bimbingan Raja Yesus!
19 Pada zaman Musa, orang Israel memerlukan bimbingan, jadi Tuhan memberi mereka Hukum Musa. Kemudian, sidang Kristian mentaati “hukum Kristus.” Di dunia baru pula, Bible memberitahu bahawa kita akan diberikan kitab-kitab yang mengandungi bimbingan baru. (Baca20 Jika kita mengikut arahan yang “tertulis dalam kitab-kitab” dan tetap setia kepada Yehuwa semasa ujian terakhir, Dia akan menulis nama kita dalam “kitab kehidupan.” Kita akan menerima kehidupan kekal! Maka, kita perlu BERHENTI untuk membaca Bible, MELIHAT untuk memahami maksudnya, dan MENDENGAR dengan mentaati bimbingan Tuhan. Dengan demikian, kita akan selamat melewati kesengsaraan besar dan terus belajar tentang Tuhan yang bijaksana dan pengasih, Yehuwa, buat selama-lamanya.—Pkh. 3:11; Rm. 11:33.