Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PROJEK PEMBELAJARAN

Bertabah Menghadapi Ketidakadilan

Bertabah Menghadapi Ketidakadilan

Baca Kejadian 37:​23-28; 39:​17-23 untuk belajar tentang cara Yusuf menangani ketidakadilan.

Kajilah konteksnya dengan lebih mendalam. Apakah yang menyebabkan Yusuf dilayan dengan tidak adil? (Kej. 37:​3-11; 39:​1, 6-10) Berapa lamakah Yusuf dilayan dengan tidak adil? (Kej. 37:2; 41:46) Sepanjang masa itu, apakah yang dilakukan oleh Yehuwa untuk Yusuf, dan apakah yang tidak dilakukan-Nya?—Kej. 39:​2, 21; w23.01 17 ¶13.

Kajilah butirannya dengan lebih mendalam. Bible tidak menyatakan bahawa semasa difitnah oleh isteri Potifar, Yusuf mengatakan sesuatu untuk membela diri. Bagaimanakah ayat-ayat berikut membantu kita memikirkan mengapa Yusuf mungkin memilih untuk berdiam diri, atau mengapa kita tidak mengharapkan semua butirannya untuk dicatatkan dalam Bible? (Ams. 20:2; Yoh. 21:25; Kis. 21:37) Apakah sifat-sifat yang membantu Yusuf bertabah semasa dilayan dengan tidak adil?—Mi. 7:7; Luk. 14:11; Yak. 1:​2, 3.

Kenal pasti pengajarannya. Tanyalah diri: