“Janganlah Membiarkan Tangan Kamu Menjadi Lenguh”
“Janganlah membiarkan tangan kamu menjadi lenguh.”—ZEF. 3:16, NW.
LAGU: 81, 32
1, 2. (a) Apakah masalah yang dihadapi oleh ramai orang hari ini, dan apakah akibatnya? (b) Apakah jaminan yang tercatat di Yesaya 41:10, 13?
SEORANG perintis biasa yang suaminya seorang penatua berkata, “Walaupun saya mempunyai rutin rohani yang baik, saya bergelut dengan kekhuatiran selama bertahun-tahun. Hal ini membuat saya susah tidur, menjejaskan kesihatan saya, mempengaruhi cara saya melayani orang lain, dan ada kalanya menyebabkan saya ingin putus asa serta menyembunyikan diri.”
2 Dapatkah anda memahami perasaan saudari itu? Sedihnya, dunia jahat Syaitan menyebabkan kita berasa tertekan dan hal ini membuat kita khuatir dan membebankan. Keadaan ini boleh disamakan seperti sebuah perahu yang diikat dengan sauh lalu tidak dapat maju ke depan. (Ams. 12:25) Apakah yang boleh menyebabkan anda berasa sedemikian? Anda mungkin kehilangan orang tersayang, menghidap penyakit serius, menyara keluarga semasa kegawatan kewangan, atau menghadapi tentangan. Oleh itu, anda mungkin menghadapi tekanan emosi yang menyebabkan anda berasa letih dan hilang sukacita. Tetapi, anda boleh yakin bahawa Tuhan bersedia menghulurkan tangan-Nya untuk membantu anda.—Baca Yesaya 41:10, 13.
3, 4. (a) Bagaimanakah Bible menggunakan perkataan “tangan”? (b) Apakah yang boleh menyebabkan tangan kita menjadi lenguh?
1 Samuel 23:16 dan perkataan “membantu” di Ezra 1:6 pada asalnya ditulis sebagai “menguatkan tangan.” Hal itu juga membawa maksud seseorang mempunyai pandangan yang positif dan harapan bagi masa depan.
3 Bible sering menggunakan bahagian tubuh badan untuk menggambarkan ciri-ciri atau tindakan tertentu. Contohnya, Bible menggunakan perkataan tangan sebanyak ratusan kali. Untuk menguatkan tangan seseorang boleh bermaksud menggalakkan atau menguatkan dia untuk melakukan sesuatu. Perkataan “meyakinkan” di4 Secara kiasan, ungkapan “tangan menjadi lenguh” ada kalanya digunakan untuk menggambarkan seseorang yang kecewa dan hilang harapan. (2 Taw. 15:7; Ibr. 12:12) Dalam situasi sedemikian, orang biasanya berputus asa. Jika anda menghadapi situasi yang tertekan atau membebankan anda secara fizikal, emosi, atau rohani, bagaimanakah anda boleh mendapat keberanian? Bagaimanakah anda dapat digalakkan atau dikuatkan untuk bertabah dan bersukacita?
YEHUWA TIDAK LEMAH UNTUK MENYELAMATKAN KAMU
5. (a) Apakah biasanya perasaan kita apabila menghadapi masalah, tetapi apakah yang harus kita ingat? (b) Apakah yang akan kita bincangkan?
5 Baca Zefanya 3:16, 17. * Kita tidak seharusnya menjadi takut atau tawar hati apabila menghadapi masalah. Bapa yang pengasih, Yehuwa, menjemput kita untuk ‘melemparkan segala kekhuatiran kita kepada-Nya.’ (1 Ptr. 5:7) Yehuwa telah berkata kepada orang Israel bahawa tangan-Nya tidak terlalu lemah untuk menyelamatkan umat-Nya yang setia. (Yes. 59:1) Kita akan membincangkan tiga contoh Bible yang menunjukkan keinginan dan kebolehan Yehuwa untuk menguatkan umat-Nya. Maka mereka masih dapat melakukan kehendak-Nya walaupun menghadapi situasi yang sukar. Lihatlah bagaimana contoh-contoh ini boleh menguatkan anda.
6, 7. Apakah pengajaran penting yang dapat kita pelajari daripada kemenangan orang Israel?
6 Selepas Yehuwa membebaskan orang Israel dari Mesir, orang Amalek menyerang mereka. Yosua mengikuti bimbingan Musa lalu memimpin orang Israel pergi berperang. Pada masa yang sama, Musa membawa Harun dan Hur ke lereng bukit yang berdekatan. Dari sana, mereka dapat melihat medan pertempuran. Adakah mereka melarikan diri kerana ketakutan? Tentunya tidak!
7 Musa telah menggunakan strategi yang membantu orang Israel untuk menang. Musa perlu mengangkat tangan dan tongkatnya. Dengan terus melakukan itu, Yehuwa membantu orang Israel mengalahkan orang Amalek. Namun, apabila tangan Musa mulai penat dan lenguh, orang Amalek pula yang menang. Dengan itu, Harun dan Hur “mengambil sebuah batu lalu menyuruh Musa duduk di atasnya, sementara mereka berdiri di sisinya untuk menunjang tangan Musa. Mereka menunjang tangan Musa sehingga matahari terbenam.” Ya, tangan Tuhan yang berkuasa telah membantu orang Israel menang dalam peperangan tersebut.—Kel. 17:8-13.
8. (a) Apakah reaksi Asa sewaktu askar Etiopia mengancam Yehuda? (b) Bagaimanakah kita boleh meniru cara Asa bergantung pada Yehuwa?
Mat. 19:26) Tuhan menunjukkan kuasa-Nya yang hebat dan “mengalahkan tentera orang Etiopia.” Raja Asa juga ‘tetap setia kepada Yehuwa seumur hidupnya.’—2 Taw. 14:8-13; 1 Raj. 15:14.
8 Pada zaman Raja Asa, Yehuwa juga membuktikan bahawa tangan-Nya berkuasa. Zerah telah memimpin 1,000,000 askar Etiopia untuk berperang dengan tentera Asa. Bilangan askar ini adalah yang terbanyak dalam catatan Bible. Jumlah askar Etiopia adalah dua kali ganda daripada tentera Asa. Bayangkan betapa senangnya bagi Raja Asa untuk menjadi cemas dan ketakutan. Namun, Raja Asa meminta bantuan Yehuwa. Dari sudut pandangan seorang askar, memang mustahil untuk mengalahkan tentera Etiopia. Tetapi, “tidak ada apa-apa yang mustahil bagi Tuhan.” (9. (a) Apakah yang dihadapi oleh Nehemia sewaktu pembinaan semula tembok Yerusalem? (b) Bagaimanakah Yehuwa menjawab doa Nehemia?
9 Bayangkan perasaan Nehemia apabila dia tiba di Yerusalem. Kota itu seakan-akan tiada perlindungan dan orang Yahudi sangat tawar hati. Sewaktu pembinaan semula tembok Yerusalem dimulakan, para penentang mengancam untuk mematahkan semangat orang Yahudi. Adakah Nehemia juga berasa tawar hati? Tidak! Seperti Musa, Asa, dan umat Tuhan yang setia, Nehemia selalu meminta pertolongan Yehuwa. Dia juga melakukan hal sedemikian dalam situasi ini. Walaupun keadaan orang Yahudi sukar, Yehuwa menjawab doa Nehemia. Tuhan telah menggunakan tangan-Nya yang berkuasa untuk menguatkan orang Yahudi. (Baca Nehemia 1:10; 2:17-20; 6:9.) Adakah anda juga percaya bahawa Yehuwa akan melakukan demikian bagi umat-Nya hari ini?
YEHUWA AKAN MENGUATKAN TANGAN ANDA
10, 11. (a) Bagaimanakah Syaitan berusaha mematahkan semangat kita? (b) Bagaimanakah Yehuwa menguatkan kita? (c) Bagaimanakah anda telah meraih manfaat daripada pendidikan dan latihan teokratik?
10 Kita tahu bahawa Si Iblis berusaha untuk menghentikan aktiviti Kristian kita. Dia menggunakan dusta serta ancaman daripada pihak berkuasa, pemimpin agama, dan orang murtad. Apakah matlamatnya? Dia ingin kita berhenti melakukan kerja penyebaran. Namun, Yehuwa ingin dan mampu menguatkan kita menerusi daya aktif-Nya. (1 Taw. 29:12) Maka, adalah penting untuk mendapatkan bantuan daya aktif supaya kita dapat menghadapi cabaran yang dilontarkan oleh Syaitan dan dunianya. (Mzm. 18:40; 1 Kor. 10:13) Kita juga bersyukur kerana memiliki Firman Tuhan yang merupakan hasil daya aktif Tuhan. Selain itu, fikirkan makanan rohani yang kita terima setiap bulan. Kata-kata di Zakharia 8:9, 13 (baca) disebut apabila Rumah Tuhan di Yerusalem sedang dibina semula dan kata-kata itu sangat sesuai bagi kita.
11 Kita juga dikuatkan menerusi pendidikan rohani yang diberikan semasa perjumpaan, perhimpunan, konvensyen, dan sekolah teokratik Kristian. Pendidikan sebegini memberi kita dorongan, membantu kita menetapkan matlamat rohani dan melaksanakan tanggungjawab Kristian kita. (Mzm. 119:32) Adakah anda meraih kekuatan daripada pendidikan sebegini?
12. Bagaimanakah anda boleh tetap kuat secara rohani?
12 Yehuwa telah membantu orang Israel mengalahkan orang Amalek dan orang Etiopia. Dia juga memberi Nehemia dan sahabatnya kekuatan untuk membuat kerja pembinaan. Begitu juga, Tuhan dapat membantu kita untuk berdiri teguh walaupun 1 Ptr. 5:10) Kita tidak berharap Yehuwa melakukan mukjizat bagi kita. Sebaliknya, kita perlu mencurahkan usaha. Maksudnya, kita harus membaca Bible setiap hari, membuat persiapan dan menghadiri perjumpaan, melakukan pembelajaran peribadi dan penyembahan keluarga, serta bergantung pada Yehuwa menerusi doa. Yehuwa menguatkan kita menerusi aktiviti sebegini. Maka, janganlah biarkan hal lain mengganggu aktiviti rohani kita. Jika anda berasa bahawa anda perlu membaiki mana-mana aspek ini, mintalah bantuan Yehuwa. Lihatlah bagaimana daya aktif-Nya dapat ‘menguatkan anda dan memberi anda keinginan dan kekuatan untuk bertindak.’ (Flp. 2:13) Namun, bagaimanakah anda boleh menguatkan tangan orang lain?
menghadapi tentangan, sikap acuh tak acuh orang lain, dan kerisauan agar kita dapat menjalankan aktiviti penyebaran. (MENGUATKAN TANGAN YANG TERKULAI
13, 14. (a) Bagaimanakah seorang saudara dikuatkan selepas isterinya meninggal? (b) Bagaimanakah kita dapat menguatkan orang lain?
13 Yehuwa memberi kita persaudaraan sedunia untuk menggalakkan kita. Rasul Paulus berkata, “Kuatkanlah tangan yang terkulai dan lutut yang gementar. Teruslah membuat jalan yang lurus bagi kaki kamu.” (Ibr. 12:12, 13) Banyak orang pada abad pertama menerima kekuatan rohani sebegini. Begitu juga dengan hari ini. Selepas seorang saudara kehilangan isterinya, dia mengalami situasi lain yang pedih. Dia berkata, “Saya sedar bahawa kita tidak boleh memilih jenis cabaran yang dihadapi, bahkan masanya atau kekerapannya. Namun, doa dan pembelajaran peribadi adalah seperti jaket penyelamat bagi saya supaya tidak tenggelam secara rohani. Sokongan daripada saudara saudari membawa banyak kelegaan. Saya sedar bahawa adalah penting untuk memupuk hubungan yang akrab dengan Yehuwa sebelum cabaran melanda.”
14 Harun dan Hur secara harfiah menyokong tangan Musa semasa pertempuran. Kita juga boleh mencari peluang untuk menyokong dan memberikan bantuan praktikal kepada orang lain. Siapakah yang perlu dibantu? Mereka yang lanjut usia, mempunyai masalah kesihatan, menghadapi tentangan keluarga, mengalami perasaan sepi, atau kehilangan orang tersayang. Kita juga boleh menguatkan kaum muda yang digoda untuk melakukan dosa atau yang ingin berjaya dalam dunia ini dari segi pendidikan, kewangan, atau kerjaya. (1 Tes. 3:1-3; 5:11, 14) Carilah peluang untuk menunjukkan keprihatinan kepada orang di Dewan Perjumpaan, dalam aktiviti penyebaran, semasa makan bersama, atau semasa berbual menerusi telefon.
15. Apakah kesan kata-kata positif terhadap rakan seiman?
15 Selepas kemenangan Asa, Nabi Azarya menggalakkannya dan rakyatnya dengan berkata, “Kamu mesti tabah dan berani. Pekerjaan yang kamu lakukan akan diberikan ganjaran.” (2 Taw. 15:7) Hal ini menggerakkan Asa untuk membuat banyak perubahan agar penyembahan sejati dipulihkan. Begitu juga, kata-kata positif anda dapat membawa kesan yang besar terhadap orang lain. Dengan demikian, anda dapat membantu mereka untuk berkhidmat kepada Yehuwa dengan bersungguh-sungguh. (Ams. 15:23) Semasa perjumpaan, ingatlah bahawa anda dapat menggalakkan orang lain dengan mengangkat tangan dan memberikan komen yang membina.
16. Seperti Nehemia, bagaimanakah para penatua menguatkan tangan orang dalam sidang? Berikan contoh bagaimana rakan seiman telah menguatkan anda.
16 Dengan bantuan Yehuwa, Nehemia dan sahabatnya dikuatkan untuk melaksanakan tugas mereka. Mereka habis membina tembok Yerusalem dalam masa 52 hari sahaja! (Neh. 2:18; 6:15, 16) Nehemia tidak hanya menyelia pembinaan itu. Dia melibatkan diri dalam pembinaan tembok Yerusalem. (Neh. 5:16) Begitu juga, banyak penatua meniru teladan Nehemia dengan membantu dalam projek pembinaan, atau membersihkan dan menyelenggarakan Dewan Perjumpaan. Dengan bekerja bersama rakan seiman dalam kerja penyebaran dan membuat kunjungan penggembalaan, penatua menguatkan orang yang tawar hati.—Baca Yesaya 35:3, 4.
“JANGANLAH MEMBIARKAN TANGAN KAMU MENJADI LENGUH”
17, 18. Apabila kita menghadapi masalah atau berasa khuatir, apakah yang perlu kita ingat?
17 Kita dapat memupuk perpaduan dalam kalangan saudara saudari semasa berganding bahu berkhidmat kepada Yehuwa. Hal ini dapat membina persahabatan yang kekal dan menguatkan iman satu sama lain terhadap berkat-berkat yang akan dibawa oleh Kerajaan Tuhan. Apabila kita menguatkan saudara saudari, kita dapat membantu mereka melawan perasaan tawar hati dan terus mengekalkan pandangan positif terhadap masa depan. Dengan demikian, kita juga dibantu untuk berfokus kepada hal-hal rohani dan segala janji Yehuwa akan menjadi nyata bagi kita. Ya, kita memang dapat dikuatkan.
18 Kita telah melihat bagaimana Yehuwa membantu dan melindungi umat-Nya yang setia pada masa lalu. Hal ini tentu menguatkan iman dan kepercayaan kita terhadap-Nya. Jadi, apabila menghadapi tekanan dan masalah, ‘janganlah biarkan tangan anda menjadi lenguh’! Teruslah hampiri Yehuwa melalui doa dan biarlah tangan-Nya yang berkuasa menguatkan anda dan membimbing anda untuk meraih berkat-Nya.—Mzm. 73:23, 24.
^ per. 5 Zefanya 3:16, 17, (NW): “Pada hari itu, Aku akan berkata kepada Yerusalem, ‘Hai Sion, janganlah gentar. Janganlah membiarkan tangan kamu menjadi lenguh. Aku, Yehuwa, Tuhan kamu, menyertai kamu. Aku perkasa dan Aku akan menyelamatkan kamu. Aku akan bergembira kerana kamu, dan berpuas hati kerana kasih-Ku terhadap kamu. Aku akan bersorak dengan riang kerana kamu.’”