Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Manfaat daripada Bimbingan Yehuwa

Manfaat daripada Bimbingan Yehuwa

PILIHAN BIJAK DI POLAND

“SAYA berumur 15 tahun semasa dibaptis, dan enam bulan kemudian saya mula berkhidmat sebagai perintis sokongan. Selepas setahun, saya memohon untuk menceburi khidmat perintis biasa. Apabila saya tamat sekolah menengah, saya ingin berkhidmat di tempat yang lebih memerlukan penyiar. Saya ingin berpindah dari kampung halaman dan daripada nenek saya yang bukan seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Betapa sedihnya apabila penyelia litar berkata bahawa tugasan saya adalah di kampung halaman saya! Saya cuba tidak menunjukkan perasaan saya. Tetapi saya kecewa dan cuba merenungkan apa yang dikatakan oleh penyelia litar itu. Saya memberitahu teman menginjil saya, ‘Saya berasa diri saya seperti Yunus. Namun akhirnya Yunus pergi ke Niniwe. Maka, saya juga ingin berkhidmat di tempat yang ditugaskan.’”

“Kini, saya sudah merintis di kampung halaman saya selama empat tahun. Saya sedar bahawa adalah bijak untuk mengikut bimbingan yang diberi. Sikap negatif saya merupakan masalah saya. Tetapi saya kini meraih sukacita. Dalam masa sebulan, saya mempunyai 24 orang pelajar Bible. Saya berterima kasih kepada Yehuwa kerana saya juga memulakan pembelajaran Bible dengan nenek saya yang dahulunya seorang penentang.”

HASIL YANG GEMBIRA DI FIJI

Seorang pelajar Bible di Fiji perlu memilih sama ada menghadiri konvensyen atau menemani suaminya menghadiri majlis hari jadi saudara-mara. Suaminya membenarkannya menghadiri konvensyen. Pelajar Bible itu memberitahu suaminya bahawa dia akan pergi ke majlis hari jadi selepas konvensyen. Apabila pelajar Bible balik dari konvensyen, dia berasa bahawa adalah baik untuk mengelakkan situasi yang boleh menjejaskan kerohaniannya. Jadi, dia memutuskan untuk tidak hadir.

Pada masa yang sama, apabila suaminya memberitahu saudara-mara bahawa isterinya akan menyertai mereka selepas menghadiri “perjumpaan Saksi,” saudara-mara suami itu berkata, “Dia tidak akan datang. Saksi-Saksi Yehuwa tidak merayakan hari jadi!” *

Oleh itu, suami pelajar Bible itu berasa bangga kerana dia berpegang teguh pada kepercayaannya dan mendengar hati nuraninya. Kesetiaannya telah membuka peluang untuk memberikan kesaksian kepada suaminya dan orang lain. Hasilnya, suami pelajar Bible itu menerima pembelajaran Bible dan mula menghadiri perjumpaan bersamanya.

^ per. 7 Lihat “Pertanyaan Pembaca” dalam majalah Menara Pengawal terbitan 15 Disember 2001 dalam bahasa Indonesia.