Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PROJEK PEMBELAJARAN

Orang yang Berfikiran Rohani Membuat Keputusan yang Bijak

Orang yang Berfikiran Rohani Membuat Keputusan yang Bijak

Baca Kejadian 25:​29-34 untuk mengetahui sama ada Esau dan Yakub membuat keputusan yang bijak atau tidak.

Kajilah konteksnya dengan lebih mendalam. Apakah yang berlaku sebelum itu? (Kej. 25:​20-28) Apakah yang berlaku selepas itu?​—Kej. 27:​1-46.

Kajilah butirannya dengan lebih mendalam. Pada zaman itu, apakah hak dan kewajipan anak sulung?​—Kej. 18:​18, 19; w10-IN 1/5 13.

  • Adakah orang yang memegang hak sebagai anak sulung selalunya menjadi nenek moyang Mesias? (w17.12 14-15)

Kenal pasti dan terapkan pengajarannya. Mengapakah Yakub lebih menghargai hak sebagai anak sulung berbanding Esau? (Ibr. 12:​16, 17; w03-IN 15/10 28-29) Apakah perasaan Yehuwa terhadap mereka berdua, dan mengapa? (Mal. 1:​2, 3) Apakah yang dapat dilakukan Esau agar dapat membuat keputusan yang lebih bijak?

  • Tanyalah diri: “Bagaimanakah saya dapat menunjukkan bahawa saya menghargai hal-hal rohani dalam aktiviti mingguan saya, contohnya semasa saya menjadualkan penyembahan keluarga?”