Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Apakah jenis dosa yang dibincangkan Yesus dalam nasihat di Matius 18:15-17?

Dia sedang membincangkan hal yang melibatkan dosa yang dapat diselesaikan secara individu. Tetapi dosa itu merupakan dosa serius yang boleh melibatkan penyingkiran. Contohnya, dosa itu mungkin merangkumi penipuan atau merosakkan reputasi seseorang melalui fitnah.​—w16.05, ms. 7.

Bagaimanakah anda boleh mendapat lebih banyak manfaat daripada pembacaan Bible?

Anda boleh membaca dengan fikiran terbuka supaya dapat mencari pengajaran yang boleh diterapkan; tanya soalan seperti, “Bagaimanakah saya dapat menggunakan maklumat ini untuk membantu orang?”; dan menggunakan alat penyelidikan untuk mencari maklumat tentang ayat Bible yang dibaca.​—w16.05, ms. 24-26.

Adakah salah untuk bersedih apabila orang tersayang meninggal sedangkan ada harapan pembangkitan?

Walaupun seorang Kristian beriman terhadap harapan pembangkitan, dia masih akan merindui orang yang meninggal. Abraham meratapi kematian Sara. (Kej. 23:2) Seraya masa berlalu, kesedihan kita boleh beransur-ansur kurang.​—wp16.3, ms. 4.

Siapakah yang dilambangkan oleh orang yang membawa alat untuk menulis dan enam orang lelaki yang membawa senjata dalam Yehezkiel bab 9?

Mereka ialah tentera di syurga yang telah membinasakan Yerusalem dan akan memusnahkan sistem Syaitan yang jahat semasa Armagedon. Lelaki yang “membawa alat untuk menulis” melambangkan Yesus Kristus yang membubuh tanda pada dahi orang yang akan diselamatkan.​—w16.06, ms. 16-17.

Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang Kristian untuk menyederhanakan hidup?

Ketahui keperluan anda, kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, sediakan bajet mengikut kemampuan, jangan simpan barang yang tidak perlu, langsaikan hutang, kurangkan kerja sekular, dan rancang cara meluaskan khidmat anda.​—w16.07, ms. 10.

Menurut Bible, apakah yang lebih bernilai daripada emas atau perak?

Ayub 28:12, 15 menunjukkan bahawa kebijaksanaan daripada Tuhan lebih bernilai daripada emas atau perak. Seraya anda mencarinya, berusahalah untuk bersikap rendah hati dan mengekalkan iman yang kuat.—w16.08, ms. 18-19.

Adakah sesuai bagi seorang saudara untuk menyimpan janggut?

Dalam budaya tertentu, janggut yang dijaga dengan rapi boleh diterima dan hal ini tidak menghalang orang daripada menerima mesej Kerajaan Tuhan. Namun sesetengah saudara mungkin memilih untuk tidak memiliki janggut. (1 Kor. 8:9) Di kawasan atau budaya yang lain, adalah tidak sesuai bagi saudara untuk menyimpan janggut.​—w16.09, ms. 21.

Mengapakah kita boleh mempercayai kesahihan catatan Bible mengenai kisah Daud lawan Goliat?

Goliat hanyalah sekitar 20 cm lebih tinggi daripada orang tertinggi dalam rekod zaman moden. Daud memang wujud kerana para arkeologi menjumpai bahan tulisan kuno yang menyebut “rumah milik Daud.” Selain itu, Yesus pernah menyebut tentang Daud. Semua tempat yang disebut dalam kisah ini juga benar-benar wujud.​—wp16.4, ms. 13.

Bagaimanakah pengetahuan, pengertian, dan hikmat berbeza?

Seseorang yang mempunyai pengetahuan mengumpulkan maklumat atau fakta. Seseorang yang mempunyai pengertian dapat melihat bagaimana suatu fakta berkait dengan fakta yang lain. Seseorang yang mempunyai hikmat berupaya menerapkan pengetahuan dan pengertian dalam cara yang praktikal.​—w16.10, ms. 18.