‘Menumpukan Fikiran pada Daya Aktif Membawa Kehidupan dan Kedamaian’
“Orang yang hidup menurut bimbingan daya aktif Tuhan, fikiran mereka asyik tertumpu pada hal-hal yang selaras dengan daya aktif Tuhan.”—RM. 8:5.
LAGU: 57, 52
1, 2. Mengapakah kaum terurap berminat terhadap Roma bab 8?
ANDA mungkin telah membaca Roma 8:15-17 semasa Peringatan kematian Yesus. Petikan itu menjelaskan bagaimana kaum terurap tahu bahawa mereka mempunyai harapan untuk naik ke syurga. Roma 8:1 berkata bahawa mereka “hidup bersatu dengan Kristus Yesus.” Tetapi adakah Roma bab 8 hanya ditujukan kepada kaum terurap? Atau adakah orang Kristian lain juga mendapat manfaat daripadanya?
2 Roma bab 8 ditulis khasnya kepada kaum terurap. Mereka telah menerima “daya aktif Tuhan” dan ‘menanti-nantikan masanya Tuhan menjadikan mereka anak angkat-Nya yang dibebaskan daripada tubuh yang berdosa.’ (Rm. 8:23) Pada masa depan, mereka akan menjadi anak-anak Tuhan di syurga. Oleh sebab mereka dibaptis dan dosa mereka diampunkan melalui tebusan, mereka sekarang ‘mendapat perkenan Tuhan’ dan dipanggil anak-anak rohani Tuhan.—Rm. 3:23-26; 4:25; 8:30.
3. Mengapakah mereka yang mempunyai harapan untuk hidup kekal di bumi juga boleh mendapat manfaat daripada nasihat dalam Roma bab 8?
3 Namun, dalam Roma bab 4, Paulus menulis tentang seorang lelaki yang bukan terurap tetapi “mendapat perkenan Tuhan.” Lelaki yang setia ini ialah Abraham. Dia hidup lama sebelum Yesus mati sebagai tebusan. (Baca Roma 4:20-22.) Hari ini, orang Kristian yang mempunyai harapan untuk hidup kekal di bumi juga “mendapat perkenan Tuhan.” Maka, mereka boleh mendapat manfaat daripada nasihat dalam Roma bab 8.
4. Apakah soalan yang akan kita pertimbangkan semasa membaca Roma 8:21?
4 Di Roma 8:21, terdapat jaminan bahawa dunia baharu pasti akan tiba. Ayat itu menjanjikan bahawa “ciptaan dapat dibebaskan daripada menjadi hamba tubuh yang boleh musnah lalu menikmati kebebasan dan kemuliaan sebagai anak-anak Tuhan.” Jadi persoalannya, adakah kita akan mendapat ganjaran itu? Nasihat dalam Roma bab 8 dapat membantu kita untuk meraih ganjaran itu.
MENUMPUKAN FIKIRAN PADA KEINGINAN TUBUH
5. Apakah yang disebut oleh Paulus di Roma 8:4-13?
5 Baca Roma 8:4-13. Roma bab 8 menyebut tentang sekumpulan orang yang hidup “menurut keinginan tubuh yang berdosa” dan satu lagi kumpulan yang “hidup menurut bimbingan daya aktif Tuhan.” Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa Paulus sedang merujuk kepada orang yang berada dalam kebenaran dan orang yang bukan dalam kebenaran. Namun, Paulus menulis kepada “orang di Roma yang dikasihi oleh Tuhan, dan yang dipanggil untuk menjadi umat-Nya yang suci.” (Rm. 1:7) Maka, kedua-dua kumpulan ini sebenarnya merupakan orang Kristian. Jadi, apakah perbezaan antara mereka?
6, 7. (a) Bagaimanakah istilah “tubuh” digunakan dalam Bible? (b) Apakah maksud “keinginan tubuh” di Roma 8:4-13?
6 Apakah yang sedang dimaksudkan oleh Paulus dengan ungkapan “keinginan tubuh”? Bible menggunakan perkataan “tubuh” dalam banyak cara. Kadangkala perkataan itu merujuk kepada badan atau daging kita. (Rm. 2:28; 1 Kor. 15:39, 50) Hal itu juga boleh merujuk kepada hubungan kekeluargaan. Contohnya, Yehuda memberitahu adik-beradiknya mengenai Yusuf dengan berkata, “Janganlah kita sakiti dia kerana dia tetap adik kita, darah daging kita.”—Kej. 37:27, NW.
Roma bab 7 membantu kita untuk memahami istilah “keinginan tubuh” yang terdapat di Roma 8:4-13. Paulus berkata, ‘Semasa kita hidup menurut keinginan tubuh, nafsu berdosa bekerja dalam tubuh kita.’ (Rm. 7:5) Maka, mereka yang “hidup menurut keinginan tubuh” sebenarnya ‘asyik menumpukan fikiran pada keinginan yang berdosa.’ Mereka dipengaruhi atau berfokus kepada keinginan yang salah, tidak kira dari segi perbuatan seks atau hal lain.
7 Kata-kata Paulus di8. Mengapakah amaran mengenai hidup “menurut keinginan tubuh” sesuai juga ditujukan kepada kaum terurap?
8 Mengapakah Paulus memberikan amaran kepada kaum terurap mengenai bahaya hidup “menurut keinginan tubuh”? Mengapakah semua orang Kristian hari ini juga memerlukan amaran ini? Hal ini kerana mana-mana orang Kristian boleh mula hidup menurut keinginan tubuh. Contohnya, Paulus mengatakan bahawa sesetengah rakan seiman di Roma menjadi “hamba kepada keinginan sendiri.” Mereka mungkin mengutamakan perbuatan seks, makanan, minuman, atau hal-hal lain. (Rm. 16:17, 18; Flp. 3:18, 19; Yud. 4, 8, 12) Pada suatu ketika, seorang saudara di Korintus “berbuat cabul dengan isteri bapanya.” (1 Kor. 5:1) Maka, tidak hairanlah Tuhan menyuruh Paulus untuk memberikan amaran kepada orang Kristian supaya tidak ‘menumpukan fikiran pada keinginan yang berdosa.’—Rm. 8:5, 6.
9. Amaran Paulus di Roma 8:6 tidak bermaksud apa?
9 Amaran yang disebut juga berguna pada hari ini. Walaupun seorang Kristian telah menyembah Tuhan selama bertahun-tahun, dia mungkin mula menumpukan mindanya kepada keinginan tubuh. Namun, adakah Paulus bermaksud bahawa kita langsung tidak boleh berfikir tentang perkara seperti makanan, pekerjaan, rekreasi, atau hubungan romantik antara suami isteri? Sudah tentu tidak. Hal-hal sedemikian merupakan perkara yang biasa dalam kehidupan seorang penyembah Tuhan. Contohnya, Yesus juga menikmati makanan dan dia memberi makan kepada orang lain. Dia juga menikmati rekreasi. Paulus juga menyebut mengenai
hubungan intim yang sesuai dalam perkahwinan.10. Apakah maksud istilah ‘menumpukan fikiran’ di Roma 8:5, 6?
10 Jadi apakah yang dimaksudkan Paulus apabila dia mengatakan ‘menumpukan fikiran’ pada keinginan tubuh? Kata Yunani yang digunakan Paulus bermaksud berfokus sepenuhnya kepada sesuatu dan merancang hal itu. Seorang cendekiawan mengatakan bahawa kata-kata di Roma 8:5 merujuk kepada mereka yang selalu “meminati, berbual, mengejar, dan mengagung-agungkan keinginan tubuh.” Mereka mengizinkan haluan hidup mereka ditentukan oleh keinginan tubuh.
11. Apakah yang mungkin menjadi keutamaan dalam hidup kita?
11 Orang Kristian di Roma memang perlu memeriksa diri untuk melihat apa sebenarnya keutamaan hidup mereka. Kehidupan mereka mungkin telah tertumpu pada keinginan tubuh. Kita juga harus mempertimbangkan hal ini. Tanyalah diri, “Apakah hal yang paling saya minat? Apakah hal yang selalu saya bualkan? Apakah yang sering saya lakukan setiap hari?” Ada yang sedar bahawa mereka mengutamakan hal-hal seperti mencuba pelbagai jenis wain, menghias rumah, mencari fesyen baharu, melaburkan duit, merancang percutian, dan lain-lain. Hal-hal sedemikian tidak salah dan merupakan perkara yang biasa dalam kehidupan. Contohnya, Yesus pernah membuat wain, dan Paulus memberitahu Timotius untuk meminum “sedikit wain.” (1 Tim. 5:23; Yoh. 2:3-11) Namun, adakah Yesus dan Paulus selalu berbual dan mengagung-agungkan wain? Adakah hal itu menjadi keutamaan mereka? Tidak. Bagaimana pula dengan kita? Apakah keutamaan hidup kita?
12, 13. Mengapakah penting untuk mempertimbangkan apa yang kita tumpukan dalam fikiran?
12 Paulus memberikan amaran bahawa menumpukan fikiran pada keinginan tubuh “membawa kematian.” (Rm. 8:6) Haluan sebegitu boleh menyebabkan kematian secara rohani sekarang dan secara fizikal pada masa depan. Namun, Paulus tidak bermaksud bahawa seseorang tentu akan mengalami kematian sedemikian jika dia mula ‘menumpukan fikiran pada keinginan yang berdosa.’ Seseorang boleh membuat perubahan. Fikirkan contoh lelaki yang tidak bermoral di Korintus yang telah menuruti “keinginan yang berdosa” sehingga dia disingkirkan. Walaupun demikian, lelaki itu telah berubah dan berhenti hidup menurut keinginan berdosa dan kembali ke haluan yang benar.—2 Kor. 2:6-8.
13 Orang Kristian hari ini mungkin tidak melakukan dosa serius seperti lelaki Korintus itu. Memandangkan dia dapat berubah, maka orang Kristian hari ini pun boleh berubah. Sememangnya, amaran Paulus tentang akibat ‘menumpukan fikiran pada keinginan yang berdosa’ seharusnya mendorong orang Kristian untuk membuat apa sahaja perubahan yang diperlukan.
‘MENUMPUKAN FIKIRAN PADA DAYA AKTIF’
14, 15. (a) Menurut Paulus, kita harus menumpukan fikiran pada apa? (b) ‘Menumpukan fikiran pada daya aktif Tuhan’ tidak bermaksud apa?
14 Selepas memberikan amaran tentang ‘menumpukan fikiran pada keinginan yang berdosa,’ Paulus memberikan dorongan dengan berkata, ‘Menumpukan fikiran pada hal-hal yang selaras dengan daya aktif Tuhan membawa kehidupan dan kedamaian.’ Bagaimanakah kita boleh meraih ganjaran ini?
15 ‘Menumpukan fikiran pada hal-hal Mrk. 6:3; 1 Tes. 2:9.
yang selaras dengan daya aktif Tuhan’ tidak merujuk kepada cara pemikiran yang tidak realistik. Orang sebegini tidak hanya sentiasa bercakap tentang Bible, kasihnya terhadap Tuhan, dan harapan masa depan. Ingatlah, Paulus dan orang Kristian lain pada abad pertama menjalankan kehidupan yang agak biasa. Mereka makan dan minum, berkahwin dan menikmati kehidupan keluarga, serta bekerja untuk menyara diri.—16. Apakah keutamaan dalam kehidupan Paulus?
16 Namun, orang Kristian abad pertama tidak membenarkan perkara biasa dalam kehidupan untuk menjadi keutamaan mereka. Hidup mereka tidak berpusat pada hal itu. Walaupun Paulus bekerja sebagai pembuat khemah, catatan Bible menunjukkan bahawa dia mengutamakan kerja menginjil dan mengajar orang. (Baca Kisah 18:2-4; 20:20, 21, 34, 35.) Dia juga menggalakkan saudara saudari di Roma untuk berbuat demikian. Ya, kehidupan kita harus berpusat pada aktiviti rohani.—Rm. 15:15, 16.
17. Apakah hasilnya jika kita menumpukan fikiran pada hal-hal yang selaras dengan daya aktif Tuhan?
17 Apakah hasilnya jika kita menumpukan fikiran pada hal-hal yang selaras dengan daya aktif Tuhan? Roma 8:6 berkata bahawa “hal itu membawa kehidupan dan kedamaian.” Maksudnya, kita membenarkan minda kita dibimbing oleh daya aktif Tuhan. Kita ingin pemikiran kita selaras dengan pemikiran Tuhan. Dengan demikian, kita akan menikmati kehidupan yang bermakna sekarang dan kehidupan yang kekal pada masa depan.
18. Mengapakah kita menikmati kedamaian apabila menumpukan fikiran pada hal-hal yang selaras dengan daya aktif Tuhan?
18 Bible berkata, ‘Menumpukan fikiran pada hal-hal yang selaras dengan daya aktif Tuhan membawa kedamaian.’ Apakah maksudnya? Ramai orang mencari-cari ketenangan minda. Namun, orang Kristian menikmati ketenangan sebegini. Kita menikmati kedamaian dengan ahli keluarga serta ahli sidang. Memandangkan kita tidak sempurna, ada kalanya masalah timbul antara saudara saudari. Namun, kita mengikut nasihat Yesus yang berkata, “Berdamailah dahulu dengan saudaramu.” (Mat. 5:24) Adalah lebih senang untuk menerapkan nasihat ini jika kita ingat bahawa saudara saudari kita juga menyembah “Tuhan yang memberikan kedamaian.”—Rm. 15:33; 16:20.
19. Apakah kedamaian istimewa yang kita nikmati?
19 Jika kita ‘menumpukan fikiran pada hal-hal yang selaras dengan daya aktif Tuhan,’ kita juga menikmati kedamaian dengan Pencipta kita. Nabi Yesaya berkata, ‘Engkau, Yehuwa, memberikan kedamaian dan kesejahteraan kepada orang yang teguh hati, kerana mereka percaya kepada-Mu.’—Yes. 26:3; baca Roma 5:1.
20. Mengapakah kita bersyukur atas nasihat dalam Roma bab 8?
20 Tidak kira kita merupakan sebahagian daripada kaum terurap atau akan menikmati kehidupan kekal di bumi firdaus, kita bersyukur atas nasihat dalam Roma bab 8. Kita tidak ingin “keinginan yang berdosa” menjadi keutamaan dalam kehidupan kita. Sebaliknya, kita ingin ‘menumpukan fikiran pada hal-hal yang selaras dengan daya aktif Tuhan yang membawa kehidupan dan kedamaian.’ Dengan demikian, kita akan menikmati ganjaran yang kekal. Paulus menulis, “Kurniaan daripada Tuhan ialah kehidupan kekal melalui Kristus Yesus, Tuan kita.”—Rm. 6:23.