Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Mengapakah ibu bapa yang berpindah ke negara lain harus mengambil kira bahasa anak-anak semasa membantu mereka secara rohani?

Anak-anak biasanya akan mempelajari bahasa tempatan di sekolah dan melalui pergaulan mereka. Terdapat kelebihan jika anak-anak mengenali beberapa bahasa. Ibu bapa harus berfikir tentang sidang yang paling sesuai untuk membantu anak remaja mereka memahami kebenaran dan maju secara rohani, sama ada sidang bahasa tempatan atau sidang bahasa ibunda. Ibu bapa Kristian harus mengutamakan kerohanian anak mereka.​—w17.05, ms. 9-11.

Sewaktu Yesus bertanya kepada Petrus, “Adakah kasihmu terhadapku lebih mendalam daripada kasihmu terhadap semua ini?” apakah maksud “semua ini”? (Yoh. 21:15)

Nampaknya Yesus sedang merujuk kepada ikan dan/​atau kerja sebagai nelayan. Selepas kematian Yesus, Petrus kembali menjadi nelayan. Orang Kristian harus memikirkan seberapa penting kerja sekular dalam kehidupan mereka.​—w17.05, ms. 22-23.

Mengapakah Abraham meminta isterinya untuk memperkenalkan diri sebagai adiknya? (Kej. 12:10-13)

Sara memang adik seayah Abraham. Jika Sara berkata bahawa dia isteri Abraham, Abraham mungkin dibunuh dan keturunan yang dijanjikan Yehuwa kepadanya tidak akan dilahirkan.​—wp17.3, ms. 14-15.

Bagaimanakah Elias Hutter membantu orang yang mahu belajar bahasa Ibrani?

Dia ingin membantu pelajar membezakan kata akar Ibrani daripada imbuhannya. Maka dia telah mencetak kata akar dengan huruf penuh, manakala imbuhan dicetak dengan huruf rangka. Bible New World Translation of the Holy Scriptures​—With References menggunakan teknik yang serupa di nota kaki.​—wp17.4, ms. 11-12.

Apakah prinsip yang patut mempengaruhi pandangan orang Kristian tentang menyimpan senjata api untuk mempertahankan diri daripada orang lain?

Tuhan menganggap nyawa itu suci. Yesus tidak menyuruh pengikutnya menggunakan pedang untuk mempertahankan diri. (Luk. 22:36, 38) Kita harus menempa pedang menjadi bajak. Nyawa lebih penting daripada harta benda. Kita menghormati hati nurani orang lain dan ingin menjadi teladan yang baik. (2 Kor. 4:2)​—w17.07, ms. 31-32.

Mengapakah catatan tentang awal kehidupan Yesus di buku Matius dan Lukas berbeza?

Matius bertumpu kepada Yusuf, seperti reaksinya apabila Maria mengandung dan bagaimana malaikat menyuruhnya untuk membawa keluarganya ke Mesir, dan kemudiannya kembali ke Israel. Lukas pula berfokus kepada Maria, seperti kunjungannya ke tempat Elisabet dan reaksinya semasa Yesus yang masih kecil berada di Rumah Tuhan.​—w17.08, ms. 32.

Apakah cabaran yang dihadapi Firman Tuhan?

Maksud sesetengah perkataan atau ungkapan dalam Bible berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan politik telah mempengaruhi bahasa seharian. Kerja terjemahan Bible ditentang.​—w17.09, ms. 19-21.

Adakah kita mempunyai malaikat pelindung?

Tidak. Yesus berkata kepada pengikutnya bahawa malaikat mereka sentiasa menghadap Tuhan. (Mat. 18:10) Maksudnya, malaikat prihatin terhadap mereka, bukannya melindungi setiap seorang daripada mereka.​—wp17.5, ms. 5.

Apakah jenis kasih yang paling luhur?

Kasih yang berasaskan prinsip yang benar (a·gaʹpe). Kasih ini bukan sekadar perasaan, tetapi juga mendorong seseorang untuk mengetepikan kepentingan diri dan bertindak demi kebaikan orang lain.​—w17.10, ms. 7.