Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pertanyaan Pembaca

Pertanyaan Pembaca

Semasa Syaitan memberitahu Hawa bahawa dia tidak akan mati setelah memakan buah larangan, adakah Syaitan sedang memperkenalkan ajaran bahawa manusia ada roh yang tidak dapat mati?

Tidak. Si Iblis tidak memberitahu Hawa bahawa jika dia memakan buah yang dilarang oleh Tuhan, tubuhnya akan mati tetapi rohnya akan hidup di tempat lain. Melalui seekor ular, Syaitan berkata bahawa jika Hawa memakan buah itu, dia “pasti tidak akan mati.” Maksud Syaitan ialah Hawa akan terus hidup di bumi, menikmati kehidupan yang lebih bahagia, dan tidak perlu mematuhi Tuhan.​—Kej. 2:17; 3:3-5.

Sekarang kita sudah tahu bahawa ajaran tentang manusia ada roh yang tidak dapat mati tidak diperkenalkan semasa di Taman Eden. Jadi, bilakah ajaran ini diperkenalkan? Kita tidak pasti. Namun, kita tahu bahawa semua ajaran palsu telah dilenyapkan semasa Banjir pada zaman Nuh, kerana semua orang yang terselamat, iaitu Nuh dan keluarganya, merupakan penyembah Yehuwa.

Maka, ajaran bahawa manusia ada roh yang tidak dapat mati pasti telah bermula selepas Banjir Besar. Kemudian, apabila Tuhan mengelirukan bahasa orang di Babel dan mencerai-beraikan mereka “ke seluruh bumi,” ajaran itu telah disebarkan. (Kej. 11:8, 9) Tidak kira bila ajaran palsu itu diperkenalkan, Syaitan Si Iblis, iaitu “bapa segala dusta,” merupakan dalang di sebalik ajaran itu, dan dia pasti gembira melihat ajaran itu tersebar luas.​—Yoh. 8:44.