Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Dapatkah anda menjawab soalan-soalan daripada terbitan-terbitan Menara Pengawal tahun 2019?

Apakah maksud janji Tuhan: “Semua senjata yang dihasilkan untuk melawanmu akan menjadi tidak berguna”? (Yes. 54:17)

Yehuwa akan melindungi kita daripada “kemarahan orang yang zalim.” (Yes. 25:4, 5) Musuh kita tidak dapat mendatangkan kecelakaan yang kekal.​—w19.01, ms. 6-7.

Bagaimanakah Tuhan mencerminkan keadilan-Nya semasa Dia berurusan dengan orang Kanaan dan orang Israel yang tidak setia?

Tuhan menghukum orang yang melakukan perbuatan seks yang menjijikkan atau yang berbuat jahat kepada wanita dan kanak-kanak. Dia memberkati orang yang mentaati-Nya dan yang berlaku adil.​—w19.02, ms. 22-23.

Apakah yang patut kita lakukan apabila orang yang tidak seiman mengucapkan doa?

Kita boleh tetap berdiam diri dan bersikap hormat. Kita tidak akan mengambil bahagian dalam doa itu dengan berkata “amin,” dan kita juga tidak akan berpegang tangan dengan orang lain semasa doa. Kita boleh mengucapkan doa sendiri dalam hati.​—w19.03, ms. 31.

Seberapa seriuskah penderaan seksual kanak-kanak?

Orang yang mendera kanak-kanak secara seksual telah berdosa terhadap mangsa, sidang, pihak berkuasa, dan Tuhan. Jika undang-undang menyatakan bahawa tuduhan tentang penderaan seksual kanak-kanak harus dilaporkan kepada pihak berkuasa, para penatua akan mematuhinya.​—w19.05, ms. 9-10.

Bagaimanakah anda dapat mengubah hati dan minda anda?

Langkah-langkah utama ialah berdoa kepada Yehuwa, membuat perenungan dan memeriksa diri, dan memilih pergaulan dengan bijak.​—w19.06, ms. 11.

Bagaimanakah kita dapat bersedia sekarang untuk menghadapi penganiayaan?

Kita perlu mengukuhkan hubungan kita dengan Yehuwa. Yakin bahawa Yehuwa mengasihi kita dan sama sekali tidak akan meninggalkan kita. Baca Bible setiap hari, dan berdoa dengan kerap. Percaya bahawa berkat yang dijanjikan Kerajaan Tuhan pasti menjadi kenyataan. Hafal ayat-ayat kegemaran dan lagu pujian.​—w19.07, ms. 2-4.

Bagaimanakah kita dapat membantu ahli keluarga kita agar mereka diselamatkan?

Kita perlu memahami perasaan mereka, memberikan kesaksian melalui kelakuan baik kita, bersabar, dan baik hati tetapi berpendirian teguh.​—w19.08, ms. 15-17.

Menurut janji Yesus di Matius 11:28, bagaimanakah kita disegarkan?

Kita mempunyai penyelia yang pengasih, rakan yang terbaik, dan kerja yang terbaik.​—w19.09, ms. 23.

Bagaimanakah Tuhan dapat memberi kita keinginan dan kekuatan untuk bertindak? (Flp. 2:13)

Apabila kita membaca Firman Tuhan dan merenungkannya, Tuhan akan memberi kita keinginan dan kekuatan untuk melakukan kehendak-Nya. Kuasa suci-Nya dapat meningkatkan keupayaan kita.​—w19.10, ms. 21.

Apakah yang perlu kita lakukan sebelum membuat keputusan yang penting?

Kita perlu membuat penyelidikan dengan teliti, berdoa memohon kebijaksanaan, memeriksa niat hati kita, menetapkan langkah-langkahnya, dan berpandangan realistik.​—w19.11, ms. 27-29.

Adakah ajaran bahawa manusia ada roh yang tidak dapat mati berasal daripada dusta yang diucapkan oleh Syaitan kepada Hawa?

Tidak. Syaitan tidak memberitahu Hawa bahawa tubuhnya akan mati tetapi rohnya akan hidup di tempat lain. Semua ajaran palsu telah dilenyapkan semasa Banjir Besar. Kepercayaan tentang roh yang tidak dapat mati nampaknya bermula sebelum Tuhan mencerai-beraikan orang yang membina menara Babel.​—w19.12, ms. 15.