Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal tahun ini dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Apakah manfaatnya jika kita meluangkan masa untuk bercakap kepada Yehuwa, mendengar firman Yehuwa, dan berfikir tentang Yehuwa?

Kita akan membuat keputusan yang lebih bijak, menjadi guru yang lebih mahir, memiliki iman yang lebih kuat, dan semakin mengasihi Yehuwa.​—w22.01, ms. 30-31.

Mengapakah kita perlu belajar untuk mempercayai Yehuwa dan orang yang dilantik oleh-Nya?

Sekaranglah masanya untuk mempercayai Tuhan dan tidak mempersoalkan arahan dan keputusan yang dibuat oleh para penatua. Dengan itu, semasa kesengsaraan besar, kita akan bersedia mematuhi bahkan arahan yang nampaknya pelik atau tidak masuk akal.​—w22.02, ms. 4-6.

Mengapakah malaikat itu memberitahu Zakharia tentang “tali unting yang dipegang [Gabenor] Zerubabel”? (Za. 4:8-10)

Penglihatan ini meyakinkan umat Tuhan bahawa biarpun Rumah Tuhan yang sedang dibina tidak seindah Rumah Tuhan yang dahulu, kerja pembinaan itu akan disiapkan dan menyenangkan hati Tuhan.​—w22.03, ms. 16-17.

Bagaimanakah kita dapat menjadi contoh baik dari segi percakapan? (1 Tim. 4:12)

Kita akan bercakap dengan hormat dan lemah lembut semasa menginjil, bernyanyi dengan sepenuh hati dan kerap memberikan komen di perjumpaan, bercakap benar, mengucapkan kata-kata yang membina, dan mengelakkan kata-kata hinaan.​—w22.04, ms. 6-9.

Mengapakah binatang buas di Wahyu 13:1, 2 memiliki keempat-empat ciri yang dimiliki secara berasingan oleh empat binatang buas (kerajaan) di Daniel bab 7?

Binatang buas di Wahyu 13 tidak melambangkan satu kerajaan tertentu, seperti Roma. Sebaliknya, binatang buas itu melambangkan semua kuasa politik yang menguasai manusia.​—w22.05, ms. 9.

Apakah satu cara penting untuk menunjukkan bahawa kita yakin Tuhan akan menegakkan keadilan?

Jika orang lain menghina kita, menyinggung perasaan kita, atau berdosa terhadap kita, kita berusaha membuang perasaan marah dan dendam terhadap mereka, dan menyerahkan semua masalah kita ke dalam tangan Yehuwa. Dia akan melenyapkan semua kesan buruk yang disebabkan oleh dosa.​—w22.06, ms. 10-11.

Apakah yang harus diingat oleh saudara yang mengucapkan doa di perjumpaan?

Mereka tidak patut menggunakan doa untuk menasihati sidang atau membuat pengumuman, dan mereka tidak perlu mengucapkan ‘doa yang panjang.’ (Mat. 6:7)​—w22.07, ms. 24-25.

Apakah maksud “orang yang berbuat jahat akan bangkit dan dihakimi”? (Yoh. 5:29)

Hal itu tidak bermaksud mereka akan dihukum atas kehidupan mereka yang lampau. Mereka akan dihakimi, atau dinilai, berdasarkan sikap dan kelakuan mereka selepas dibangkitkan.​—w22.09, ms. 18.

Apakah pengumuman yang mendebarkan yang dibuat oleh J. F. Rutherford semasa konvensyen pada September 1922?

Semasa konvensyen di Cedar Point, Ohio, A.S., dia mengumumkan, “Raja kita sudah memerintah! Kamulah wakil-wakilnya. Maka, umumkan, umumkan, umumkan Raja kita dan Kerajaannya!”​—w22.10, ms. 3-5.

Menurut Yesaya bab 30, apakah tiga cara Tuhan membantu kita bertabah?

Dia (1) mendengar dan menjawab doa kita, (2) memberi kita bimbingan, dan (3) memberkati kita sekarang dan pada masa depan.​—w22.11, ms. 9.

Mengapakah kita dapat menyimpulkan bahawa Mazmur 37:10, 11, 29 menggambarkan apa yang berlaku pada masa kuno dan apa yang akan berlaku pada masa depan?

Kata-kata Daud menggambarkan kemakmuran di Israel kuno, contohnya semasa pemerintahan Salomo. Yesus memetik ayat 11 semasa menyebut tentang firdaus pada masa depan. (Mat. 5:5; Luk. 23:43)​—w22.12, ms. 8-10, 14.