Pengalaman
Berbelas Kasihan terhadap Semua Orang
Pada suatu hari, seorang saudari dari New Zealand telah menonton video “Saling Memperhatikan.” Video itu membincangkan bagaimana belas kasihan Yehuwa bukan sahaja perasaan di hati, tetapi juga ditunjukkan melalui perbuatan. (Yes. 63:7-9) Saudari itu memutuskan untuk meniru teladan Yehuwa dan membantu orang lain. Pada hari yang sama, semasa membeli-belah, dia nampak seorang wanita yang tinggal di jalanan dan memberitahu wanita itu bahawa dia akan membelikan makanan untuknya. Semasa saudari itu kembali untuk menghantar makanan, dia menginjil kepada wanita itu dengan menggunakan risalah Adakah Kita Akan Terus Menderita?
Wanita itu mula menangis. Dia menjelaskan bahawa dia dibesarkan sebagai Saksi, tetapi sudah lama meninggalkan kebenaran. Baru-baru ini, dia berdoa meminta bantuan agar dapat kembali kepada Yehuwa. Saudari kita memberi wanita tersebut senaskhah Bible dan menawarkan pembelajaran Bible. a
Kita dapat meniru teladan Yehuwa dan berbelas kasihan terhadap semua orang, termasuk saudara-mara dan rakan seiman kita. Selain itu, kita juga dapat menunjukkan belas kasihan kepada orang lain dengan menggunakan setiap kesempatan untuk menginjil kepada mereka.
a Untuk mengetahui cara membantu penyiar yang tidak aktif, lihat rencana “Kembalilah kepada Aku” dalam majalah Menara Pengawal terbitan Jun 2020.