Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PROJEK PEMBELAJARAN

Orang yang Setia Menunaikan Ikrar Mereka

Orang yang Setia Menunaikan Ikrar Mereka

Baca Hakim-Hakim 11:​30-40 untuk belajar pentingnya menunaikan ikrar daripada kisah Yefta dan anak perempuannya.

Kajilah konteksnya dengan lebih mendalam. Bagaimanakah orang Israel yang setia memandang ikrar mereka kepada Yehuwa? (Bil. 30:2) Bagaimanakah Yefta dan anak perempuannya menunjukkan bahawa mereka beriman kepada Yehuwa?​—Hak. 11:​9-11, 19-24, 36.

Kajilah butirannya dengan lebih mendalam. Apakah yang dijanjikan Yefta kepada Yehuwa? Apakah maksud ikrarnya? (w16.04 7 ¶12) Apakah pengorbanan yang dibuat oleh Yefta dan anak perempuannya untuk memenuhi ikrar Yefta? (w16.04 7-8 ¶14-16) Apakah sesetengah ikrar yang dibuat oleh orang Kristian hari ini?​—w17.04 5-8 ¶10-19.

Kenal pasti pengajarannya. Tanyalah diri:

  • “Apakah yang dapat membantu saya menunaikan ikrar pembaktian saya?” (w20.03 13 ¶20)

  • “Apakah pengorbanan yang boleh saya buat agar dapat melakukan lebih banyak untuk Yehuwa?”

  • “Apakah yang dapat menguatkan tekad saya untuk menunaikan ikrar perkahwinan saya?” (Mat. 19:​5, 6; Ef. 5:​28-33)