Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal tahun ini dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan teladan yang sempurna dalam cara melayan wanita?

Dia melayan wanita dengan adil dan tidak menganggap mereka kurang berharga berbanding lelaki. Dia mendengarkan mereka dan prihatin terhadap perasaan dan masalah mereka. Dia beri mereka tugas dan percaya bahawa mereka mampu melakukannya.​—w24.01, ms. 15-16.

Bagaimanakah kita dapat mengikut nasihat di Efesus 5:7 yang kata, “Janganlah kamu ada apa-apa hubungan dengan mereka”?

Rasul Paulus mengingatkan kita agar tidak bergaul dengan orang yang akan membuat kita susah berpegang pada standard Yehuwa, sama ada secara bersemuka atau di media sosial.​—w24.03, ms. 22-23.

Kita harus berwaspada terhadap cerita palsu apa?

Kita harus berwaspada terhadap cerita yang tidak sahih yang dikongsi oleh saudara saudari, e-mel daripada orang yang tidak dikenali, atau golong murtad yang berpura-pura berminat terhadap kebenaran.​—w24.04, ms. 12.

Apakah yang kita tahu dan tidak tahu tentang penghakiman Yehuwa terhadap Raja Salomo, penduduk Sodom dan Gomora, dan orang yang mati semasa Banjir Besar?

Kita tidak tahu jika Yehuwa memutuskan bahawa mereka tidak akan dibangkitkan. Namun kita tahu bahawa Yehuwa mengetahui segalanya tentang mereka dan amat berbelas kasihan.​—w24.05, ms. 3-4.

Oleh sebab Tuhan ialah “gunung batu,” kita yakin akan hal apa? (Ul. 32:4)

Yehuwa ialah tempat perlindungan kita. Dia dapat diharapkan dan pasti menunaikan semua janji-Nya. Tujuan dan sifat-sifat-Nya juga tidak berubah-ubah.​—w24.06, ms. 26-28.

Bagaimanakah anda dapat menyesuaikan diri dalam sidang baharu?

Bergantunglah pada bantuan Yehuwa. Janganlah membuat perbandingan dengan sidang lama anda. Bergiatlah dalam aktiviti sidang baharu anda, dan binalah persahabatan yang baharu.​—w24.07, ms. 26-28.

Apakah yang kita belajar daripada tiga perumpamaan Yesus di Matius bab 25?

Perumpamaan tentang biri-biri dan kambing menekankan pentingnya tetap setia. Perumpamaan tentang anak dara yang bijaksana dan anak dara yang bodoh menekankan pentingnya bersedia dan berjaga-jaga. Perumpamaan tentang talenta menekankan pentingnya bersikap rajin.​—w24.09, ms. 20-24.

Seberapa tinggikah anjung di Rumah Tuhan yang dibina Salomo?

Sesetengah terjemahan bagi 2 Tawarikh 3:4 kata tingginya ialah 120 hasta, atau 53 meter. Tetapi manuskrip lain yang lebih tepat kata “20 hasta,” atau sembilan meter. Ketinggian sembilan meter lebih masuk akal jika dibandingkan dengan ketebalan dinding Rumah Tuhan.​—w24.10, ms. 31.

Apakah maksud pembantu sidang mesti “mempunyai seorang isteri sahaja”? (1 Tim. 3:12)

Dia hanya boleh mengahwini seorang wanita dan mesti menjauhi perbuatan seks yang tidak bermoral. Dia tidak akan memberikan perhatian romantik kepada wanita lain.​—w24.11, ms. 19.

Bagaimanakah kita tahu bahawa kata-kata Yesus di Yohanes 6:53 dan semasa Perjamuan Malam Tuan merujuk kepada hal yang berbeza?

Kata-kata Yesus di Yohanes 6:53 diucapkan pada tahun 32 Masihi di Galilea, dan ditujukan kepada orang Yahudi yang belum beriman kepadanya. Kata-kata Yesus semasa Perjamuan Malam Tuan diucapkan setahun kemudian di Yerusalem dan ditujukan kepada orang yang akan memerintah bersamanya di syurga.​—w24.12, ms. 10-11.