RENCANA PEMBELAJARAN 7
Jadilah Rendah Hati untuk Menggembirakan Yehuwa
‘Carilah Yehuwa, hai semua yang rendah hati di bumi. Berusahalah untuk menunjukkan kerendahan hati.’—ZEF. 2:3.
LAGU 80 ‘Rasakanlah Betapa Baiknya Yehuwa’
PENGENALAN *
1-2. (a) Bagaimanakah Bible menggambarkan Musa? Apakah yang dilakukannya? (b) Apakah sebab yang baik untuk memupuk kerendahan hati?
BIBLE menyatakan bahawa Musa ialah orang “yang paling rendah hati di seluruh bumi.” (Bil. 12:3) Adakah hal itu bermaksud Musa ialah seorang yang lemah, takut membuat keputusan, dan cepat mengalah apabila ditentang? Mungkin itulah tanggapan sesetengah orang terhadap orang yang rendah hati. Namun, tanggapan itu tidak tepat sama sekali. Musa ialah hamba Tuhan yang teguh dan berani. Dengan bantuan Yehuwa, dia menghadap Firaun yang berkuasa, memimpin kira-kira 3,000,000 orang menyeberangi padang gurun, dan membantu bangsa Israel mengalahkan musuh.
2 Kita tidak menghadapi cabaran yang dihadapi Musa, tetapi setiap hari, sesetengah orang atau situasi mungkin membuat kita berasa susah untuk bersikap rendah hati. Meskipun begitu, kita ada sebab yang baik untuk memupuk sifat ini. Yehuwa berjanji bahawa “orang yang rendah hati akan memiliki bumi.” (Mzm. 37:11) Adakah anda seorang yang rendah hati? Adakah orang lain berasa bahawa anda rendah hati? Sebelum menjawab soalan-soalan itu, mari kita meneliti maksud kerendahan hati.
APAKAH MAKSUD KERENDAHAN HATI?
3-4. (a) Kerendahan hati adalah seperti apa? (b) Apakah sifat-sifat yang diperlukan untuk menjadi orang yang rendah hati? Mengapakah sifat-sifat itu begitu penting?
3 Kerendahan hati * adalah seperti sebuah lukisan yang cantik. Sebagaimana sebuah lukisan terdiri daripada pelbagai jenis warna yang menarik, kerendahan hati juga terdiri daripada pelbagai sifat yang indah, seperti ketaatan, kelemahlembutan, dan keberanian. Mengapakah kita memerlukan sifat-sifat itu untuk menyenangkan hati Yehuwa?
4 Hanya orang yang rendah hati akan taat kepada kehendak Tuhan. Salah satu kehendak Tuhan ialah kita harus bersikap lemah lembut. (Mat. 5:5; Gal. 5:23) Apabila kita melakukan kehendak Tuhan, Syaitan akan sangat marah. Itulah sebabnya ramai orang dalam dunia Syaitan membenci kita, walaupun kita rendah hati dan lemah lembut. (Yoh. 15:18, 19) Oleh itu, kita memerlukan keberanian.
5-6. (a) Mengapakah Syaitan membenci orang yang rendah hati? (b) Apakah soalan-soalan yang akan kita jawab?
5 Orang yang tidak rendah hati pula bersikap sombong, tidak dapat mengawal kemarahan sendiri, dan tidak mentaati Yehuwa. Itulah perangai Syaitan! Dia membenci orang yang rendah hati, kerana sifat baik mereka mendedahkan kejahatannya. Bukan itu sahaja, mereka membuktikan bahawa dia ialah pendusta. Bagaimana? Orang yang rendah hati akan tetap menyembah Yehuwa, tidak kira apa pun yang dilakukan atau dikatakan Syaitan.—Ayb. 2:3-5.
6 Bilakah kita akan berasa susah untuk bersikap rendah hati? Mengapakah kita patut terus berusaha untuk memupuk kerendahan hati? Mari kita mengkaji teladan Musa, tiga orang pemuda Ibrani di Babilon, dan Yesus.
BILAKAH KERENDAHAN HATI KITA AKAN DIUJI?
7-8. Apakah reaksi Musa semasa orang lain tidak menghormatinya?
7 Semasa kita diberi kuasa: Kita mungkin berasa susah untuk bersikap rendah hati, terutamanya apabila seseorang di bawah jagaan kita tidak menghormati kita atau mempersoalkan keputusan kita. Pernahkah anda mengalami hal sebegitu? Jika seorang ahli keluarga berkelakuan sedemikian, apakah reaksi anda? Perhatikan contoh Musa.
8 Yehuwa melantik Musa sebagai pemimpin bangsa Israel dan memilihnya untuk menulis hukum-hukum bagi mereka. Yehuwa menyatakan dengan jelas bahawa Dia menyokong Bil. 12:1-13) Mengapakah Musa menunjukkan reaksi sedemikian?
Musa. Meskipun begitu, Miryam dan Harun, iaitu kakak dan abang kandung Musa, mengkritiknya dan berkata bahawa dia tidak memilih isteri dengan bijak. Adakah Musa menjadi marah dan mencuba membalas dendam? Tidak. Musa tidak cepat tersinggung, dan dia bahkan merayu agar Yehuwa menyembuhkan Miryam daripada penyakit kusta. (9-10. (a) Apakah yang diajarkan Yehuwa kepada Musa? (b) Bagaimanakah penatua dan ketua keluarga dapat mengikut teladan Musa?
9 Musa telah dilatih oleh Yehuwa. Sekitar 40 tahun lalu, semasa Musa masih dalam keluarga Firaun, dia tidak rendah hati. Pernah sekali, dia naik marah dan membunuh seorang lelaki kerana berasa bahawa perbuatan lelaki itu tidak adil. Musa menyangka bahawa Yehuwa akan setuju dengan perbuatannya. Namun, selama 40 tahun berikutnya, Yehuwa mengajar Musa bahawa sekadar memiliki keberanian tidak cukup untuk memimpin orang Israel. Musa juga perlu menjadi rendah hati, dan untuk berbuat demikian, dia perlu bersikap taat dan lemah lembut. Musa berjaya memupuk sifat-sifat itu lalu menjadi seorang penyelia yang baik.—Kel. 2:11, 12; Kis. 7:21-30, 36.
10 Para penatua dan ketua keluarga, tirulah teladan Musa. Janganlah ambil hati jika orang lain tidak menghormati anda. Sebaliknya, jika anda berbuat silap, akuinya dengan rendah hati. (Pkh. 7:9, 20) Taatilah arahan Yehuwa semasa menangani masalah, dan pastikan anda sentiasa menjawab dengan lemah lembut. (Ams. 15:1) Penatua dan ketua keluarga yang berbuat demikian akan menggembirakan Yehuwa, membawa kedamaian, dan menjadi teladan dari segi kerendahan hati.
11-13. Apakah yang dapat kita belajar daripada teladan tiga orang lelaki Ibrani?
11 Semasa kita dianiaya: Sejak dahulu lagi, umat Yehuwa telah dianiaya. Pihak berkuasa mungkin menuduh kita sebagai penjenayah, tetapi sebenarnya mereka menentang kita kerana kita “patuh kepada Tuhan sebagai pemerintah dan bukannya kepada manusia.” (Kis. 5:29) Kita mungkin dihina, dipenjarakan, atau diseksa, tetapi dengan adanya bantuan Yehuwa, kita akan tetap bertenang dan tidak membalas dendam.
12 Mari kita meneliti teladan tiga orang lelaki Ibrani yang ditawan ke Babilon, iaitu Hanania, Misael, dan Azarya. * Raja Babilon menyuruh mereka bersujud di depan sebuah patung emas yang besar, tetapi dengan lemah lembut, mereka menjelaskan sebabnya mereka tidak akan berbuat demikian. Semasa raja mengugut hendak membuang mereka ke dalam relau api, mereka bertekad untuk mentaati Tuhan tidak kira Yehuwa akan segera menyelamatkan mereka atau tidak. Akhirnya, Yehuwa telah menyelamatkan mereka. (Dan. 3:1, 8-28) Mereka membuktikan bahawa orang yang rendah hati memang berani, kerana tiada raja, ugutan, atau hukuman, yang dapat mengubah tekad mereka untuk menyembah Yehuwa sahaja.—Kel. 20:4, 5.
13 Semasa kesetiaan kita kepada Tuhan diuji, bagaimanakah kita dapat meniru tiga orang lelaki Ibrani itu? Kita tetap rendah hati dan percaya bahawa Yehuwa pasti menjaga kita. (Mzm. 118:6, 7) Apabila dituduh, kita menjawab dengan lemah lembut dan hormat. (1 Ptr. 3:15) Tambahan lagi, kita enggan melakukan apa-apa yang akan merosakkan persahabatan kita dengan Bapa kita yang pengasih.
14-15. (a) Apakah yang mungkin terjadi semasa kita tertekan? (b) Bagaimanakah Yesaya 53:7, 10 menunjukkan bahawa Yesus tetap rendah hati meskipun tertekan?
14 Semasa kita tertekan: Terdapat banyak perkara yang dapat membuat kita berasa tertekan. Kita mungkin berasa tertekan sebelum menduduki peperiksaan, melakukan kerja tertentu, atau menjalani rawatan. Ketika kita tertekan, memang susah untuk bersikap rendah hati. Hal-hal yang biasa pun mungkin membuat kita berasa geram sehingga kata-kata kita mula menjadi tajam dan pedas. Jika anda pernah berasa tertekan, fikirkanlah contoh Yesus.
15 Menjelang akhir kehidupannya di bumi, Yesus sangat tertekan. Dia tahu bahawa dia akan diseksa dengan kejam lalu dibunuh. (Yoh. 3:14, 15; Gal. 3:13) Beberapa bulan sebelum kematiannya, Yesus berkata bahawa dia sungguh resah. (Luk. 12:50) Beberapa hari sebelum dia dibunuh, Yesus berkata, “Sekarang aku sangat sedih.” Perhatikan bagaimana doa yang diucapkannya dengan penuh perasaan menunjukkan kerendahan hati dan ketaatannya: “Bapa, selamatkanlah aku daripada saat penderitaan ini. Namun, untuk saat inilah aku datang ke bumi. Ya Bapa, muliakanlah nama-Mu.” (Yoh. 12:27, 28) Apabila masanya tiba, Yesus menyerahkan dirinya kepada musuh-musuh Tuhan, lalu diseksa, dihina, dan dibunuh dengan kejam. Walaupun Yesus begitu tertekan dan menderita, dia tetap melakukan kehendak Tuhan dengan rendah hati. Tidakkah kita kagum dengan teladannya?—Baca Yesaya 53:7, 10.
16-17. (a) Bagaimanakah sahabat-sahabat Yesus menguji kerendahan hatinya? (b) Bagaimanakah kita dapat meniru Yesus?
16 Pada malam terakhir kehidupan Yesus di bumi, dia pasti sangat tertekan. Jika dia tidak setia, jutaan orang akan kehilangan peluang untuk hidup selama-lamanya. (Rm. 5:18, 19) Lebih teruk lagi, nama Bapanya akan dicela. (Ayb. 2:4) Namun, pada malam itu juga, sahabat-sahabat akrab Yesus telah menguji kerendahan hatinya. Sebelum itu, Yesus pernah menegur mereka beberapa kali kerana bertengkar tentang siapa yang terbesar, tetapi pada malamnya yang terakhir bersama mereka, para rasul bertengkar lagi tentang hal yang sama, padahal Yesus baru sahaja mengajar mereka pentingnya bersikap rendah hati! Meskipun demikian, Yesus tetap tenang dan tidak naik marah. Dengan tegas tetapi baik hati, Yesus mengingatkan mereka sekali lagi sikap yang harus dimiliki mereka. Kemudian, dia memuji sahabat-sahabatnya kerana sentiasa bersamanya.—Luk. 22:24-28; Yoh. 13:1-5, 12-15.
17 Apakah yang akan anda lakukan dalam situasi sedemikian? Tirulah Yesus dan teruslah Kol. 3:13) Kita akan mentaati perintah ini jika kita ingat bahawa kita semua akan melakukan dan mengatakan hal-hal yang menyakiti perasaan orang lain. (Ams. 12:18; Yak. 3:2, 5) Tambahan lagi, cubalah memuji orang lain atas sifat baik mereka.—Ef. 4:29.
bersikap rendah hati biarpun kita tertekan. Taatilah perintah Yehuwa untuk ‘terus bersabar terhadap satu sama lain.’ (MENGAPAKAH KITA INGIN TERUS MENUNJUKKAN KERENDAHAN HATI?
18. Bagaimanakah Yehuwa membantu orang yang rendah hati membuat keputusan yang bijak? Namun, apakah yang mesti dilakukan mereka?
18 Kita akan membuat keputusan yang lebih bijak. Yehuwa akan membantu kita untuk membuat pilihan yang bijak, hanya jika kita rendah hati. Dia berjanji untuk “mendengarkan rayuan orang yang rendah hati.” (Mzm. 10:17) Namun, Yehuwa bukan sahaja mendengarkan permintaan kita. Dia juga akan ‘membimbing orang yang rendah hati ke jalan yang benar, dan mengajar mereka untuk mengikut haluan-Nya.’ (Mzm. 25:9) Yehuwa membimbing kita melalui Bible, bahan bacaan, * video, dan perjumpaan yang disediakan oleh “hamba yang setia dan bijaksana.” (Mat. 24:45-47) Untuk mendapat manfaat daripada bimbingan Yehuwa, kita harus rendah hati dan mengakui bahawa kita memerlukan bantuan. Selain itu, kita perlu mengkaji maklumat yang diberikan Yehuwa dan rela menerapkan apa yang dipelajari.
19-21. Apakah kesilapan yang dilakukan Musa semasa di Kades? Apakah pengajarannya bagi kita?
19 Kita akan mengelakkan kesilapan. Fikirkan contoh Musa lagi. Selama puluhan tahun, dia rendah hati dan menggembirakan Yehuwa. Tetapi pada penghujung perjalanan orang Israel di padang belantara, Musa gagal menunjukkan kerendahan hati. Kakaknya Miryam, yang menyelamatkan nyawanya semasa di Mesir, baru sahaja meninggal dan dikebumikan di Kades. Sekali lagi, orang Israel mengadu bahawa mereka tidak dijaga dengan baik. Selama berpuluh-puluh tahun, Musa telah memimpin umat itu tanpa memikirkan kepentingan diri, dan dia telah digunakan oleh Yehuwa untuk melakukan begitu banyak mukjizat. Sungguhpun demikian, orang Israel “bersungut-sungut terhadap Musa” dan menyalahkannya kerana tidak menjumpai air.—Bil. 20:1-5, 9-11.
Mzm. 106:32, 33) Akibatnya, dia tidak diizinkan untuk memasuki Tanah yang Dijanjikan.—Bil. 20:12.
20 Ketika itu, Musa naik darah dan tidak lagi bersikap rendah hati. Yehuwa telah menyuruhnya bercakap kepada bukit batu, tetapi Musa memarahi orang Israel dan berkata bahawa dialah yang akan melakukan mukjizat. Kemudian, dia memukul bukit batu itu sebanyak dua kali, lalu air memancar keluar. Musa telah melakukan kesilapan yang besar kerana keangkuhan dan kemarahannya. (21 Apakah yang dapat kita pelajari daripada kisah itu? Pertama, kita perlu sentiasa berusaha untuk tetap rendah hati. Jika kita lalai biarpun untuk seketika, kita mungkin menjadi sombong lalu bercakap dan bertindak dengan bodoh. Kedua, kita akan berasa susah untuk tetap rendah hati semasa tertekan. Jadi, kita harus berusaha dengan lebih keras untuk menunjukkan sikap itu.
22-23. (a) Mengapakah kita perlu terus berusaha untuk menunjukkan kerendahan hati? (b) Apakah yang ditunjukkan melalui kata-kata di Zefanya 2:3?
22 Kita akan dilindungi. Tidak lama lagi, Yehuwa akan melenyapkan semua orang jahat di bumi. Hanya orang yang rendah hati akan terselamat dan menikmati kedamaian sejati. (Mzm. 37:10, 11) Anda akan menikmati berkat itu jika anda melakukan apa yang dinyatakan oleh Yehuwa di Zefanya 2:3. (Baca.)
23 Mengapakah Zefanya 2:3 mengatakan, “Mungkin kamu akan dilindungi”? Ayat itu tidak bermaksud bahawa Yehuwa tidak mampu melindungi orang yang dikasihi-Nya. Sebaliknya, ayat itu menunjukkan bahawa kita perlu melakukan sesuatu jika kita ingin dilindungi pada “hari kemurkaan Yehuwa” dan hidup selama-lamanya. Kita perlu berusaha sekarang untuk menjadi rendah hati dan menyenangkan hati Yehuwa.
LAGU 120 Tirulah Sifat Kristus yang Lemah Lembut
^ per. 5 Kerendahan hati tidak wujud secara semula jadi. Sebaliknya, sifat itu mesti dipupuk. Kita mungkin berasa senang untuk bersikap rendah hati semasa bersama orang yang suka akan kedamaian, tetapi hal itu tidak mudah ketika kita berdepan dengan orang yang sombong. Rencana ini akan membincangkan sesetengah cabaran yang perlu diatasi supaya kita dapat memupuk kerendahan hati.
^ per. 3 MAKSUD UNGKAPAN: Kerendahan hati. Orang yang rendah hati akan melayan orang lain dengan baik hati dan tetap bertenang biarpun orang lain cuba membuat mereka marah. Mereka tidak sombong atau angkuh, dan mereka menganggap orang lain lebih baik daripada diri mereka. Yehuwa bersikap rendah hati dengan menunjukkan kasih dan belas kasihan kepada mereka yang berkedudukan rendah.
^ per. 12 Orang Babilon memberi mereka bertiga nama baharu, iaitu Sadrakh, Mesakh, dan Abednego.—Dan. 1:7.
^ per. 18 Sebagai contoh, lihat rencana ‘Buatlah Keputusan yang Menghormati Tuhan’ dalam Menara Pengawal bahasa Indonesia, terbitan 15 April 2011.
^ per. 59 KETERANGAN GAMBAR: Yesus tidak naik marah apabila murid-muridnya bertengkar tentang siapa yang terbesar. Dia menasihati mereka dengan tenang.