Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Senyuman Mesra Membawa Hasil Baik!

Senyuman Mesra Membawa Hasil Baik!

DUA orang wanita muda sedang berjalan di sebuah kawasan perniagaan di Bandar Raya Baguio, Filipina. Mereka ternampak sebuah rak kesaksian awam, tetapi tidak menghampirinya. Namun, Helen, saudari yang menjaga rak itu, memandang mereka dan tersenyum lebar. Dua orang wanita itu meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka masih ingat akan senyuman mesra Helen.

Kemudian, semasa dua orang wanita itu menaiki bas untuk pulang ke rumah, mereka ternampak tanda besar jw.org di sebuah Dewan Perjumpaan. Mereka teringat bahawa tanda itu juga terdapat pada rak kesaksian awam yang dilihat oleh mereka sebelum itu. Jadi, mereka turun dari bas untuk melihat Dewan Perjumpaan itu, dan mereka juga melihat jadual perjumpaan yang terdapat pada pagar dewan.

Dua orang wanita itu telah menghadiri perjumpaan yang seterusnya. Semasa mereka melangkah masuk ke dalam Dewan Perjumpaan, siapakah orang pertama yang dilihat mereka? Helen! Mereka segera mengenalinya kerana senyumannya yang mesra. Helen berkata, “Semasa mereka menghampiri saya, saya berasa sedikit risau.” Namun, mereka kemudiannya menjelaskan kepada Helen apa yang telah berlaku.

Dua orang wanita itu sangat menikmati perjumpaan dan pergaulan dengan saudara saudari. Semasa mereka melihat orang lain membersihkan Dewan Perjumpaan, mereka pun menawarkan diri untuk membantu. Salah seorang antara mereka telah meninggalkan Filipina, tetapi yang seorang lagi sudah mula menghadiri perjumpaan dan mempelajari Bible. Sesungguhnya, senyuman seorang penyiar telah membawa hasil yang baik!