Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tahukah Anda?

Tahukah Anda?

Adakah prinsip dalam Hukum Musa benar-benar digunakan untuk mengadili kes orang Israel kuno?

ADA KALANYA, ya. Perhatikan contoh ini: Ulangan 24:14, 15 menyatakan, “Jangan menipu pekerja upahan yang miskin dan yang berada dalam kesusahan, sama ada dia merupakan orang sebangsa kamu atau orang asing . . . Jika kamu tidak membayar upahnya, dia akan mengadu kepada Yehuwa tentang kamu dan kamu akan dinyatakan berdosa.”

Pecahan tembikar yang mengandungi rayuan pekerja ladang itu

Terdapat catatan tentang kes sedemikian dari abad ketujuh SM pada sekeping pecahan tembikar yang ditemui berhampiran Asdod. Catatan itu, yang mungkin ditulis untuk seorang pekerja ladang yang nampaknya gagal memenuhi kuota gandum yang dituntut, berbunyi, “Selepas hamba [pekerja itu] selesai menyimpan hasil tuaian beberapa hari lalu, Hoshayahu anak Shobay telah mengambil jubah hamba. . . . Semua rakan hamba yang bekerja bersama hamba di bawah panas terik dapat mengesahkan . . . keterangan hamba. Hamba tidak bersalah. . . . Biarpun gabenor berasa bahawa jubah hamba tidak harus dikembalikan atas dasar keadilan, tolonglah hamba atas dasar belas kasihan! Janganlah berdiam diri kerana jubah hamba telah dirampas.”

Simon Schama, seorang sejarawan, mengatakan bahawa rayuan itu “bukan sahaja mencerminkan perasaan seorang pekerja yang terdesak . . . tetapi juga menunjukkan bahawa dia tahu sedikit sebanyak tentang hukum Bible, terutamanya peraturan dalam buku Imamat dan Ulangan yang melindungi orang miskin daripada ditindas.”