RENCANA PEMBELAJARAN 1
Tetap Bertenang dan Percaya kepada Yehuwa
AYAT TAHUNAN 2021: “Jika kamu bertenang dan percaya kepada-Ku, kamu akan dikuatkan.”—YES. 30:15.
LAGU 3 Engkaulah Sumber Kekuatan, Harapan, dan Keyakinan
PENGENALAN *
1. Seperti Raja Daud, apakah soalan yang mungkin kita tanya?
KITA semua ingin menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera. Tiada orang suka berasa khuatir, tetapi kita tidak dapat lari daripada perasaan itu. Sesetengah hamba Yehuwa mungkin berasa seperti Raja Daud yang bertanya, “Sampai bilakah aku harus berasa khuatir? Haruskah aku bersedih hati saban hari?”—Mzm. 13:2.
2. Apakah yang akan kita bincangkan dalam rencana ini?
2 Kita memang akan berasa khuatir dari masa ke masa, tetapi kita dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan perasaan khuatir. Dalam rencana ini, kita akan membincangkan beberapa hal yang dapat membuat kita berasa khuatir. Kemudian, kita akan membincangkan enam perkara yang dapat membantu kita tetap tenang semasa menghadapi masalah.
HAL-HAL YANG DAPAT MEMBUAT KITA BERASA KHUATIR
3. Apakah hal-hal yang dapat membuat kita berasa khuatir, dan dapatkah kita mengawal hal-hal itu?
3 Terdapat banyak hal yang dapat membuat kita berasa khuatir, dan sesetengah hal itu berada di luar kawalan kita. Sebagai contoh, kita tidak dapat mengawal kadar kenaikan harga makanan, pakaian, dan kos tempat tinggal. Kita juga tidak dapat mengawal seberapa kerap rakan sekerja atau rakan sekolah akan mencuba menggoda kita untuk melakukan sesuatu yang tidak jujur atau tidak bermoral. Selain itu, kita tidak dapat menghentikan jenayah di kawasan tempat tinggal kita. Kita menghadapi masalah sebegini kerana kebanyakan orang di dunia ini tidak hidup menurut prinsip Bible. Syaitan, tuhan dunia ini, tahu bahawa “kekhuatiran hidup sistem dunia ini” Mat. 13:22; 1 Yoh. 5:19) Maka tidak hairanlah dunia ini penuh dengan masalah yang menimbulkan kekhuatiran.
dapat membuat orang berhenti menyembah Yehuwa. (4. Apakah yang mungkin berlaku jika kita terlalu khuatir tentang masalah kita?
4 Semasa dilanda masalah, kita mungkin berasa begitu khuatir sehingga tidak dapat memikirkan hal-hal lain. Sebagai contoh, kita mungkin risau pendapatan kita tidak cukup untuk menjaga keperluan kita. Kita juga mungkin risau kita akan jatuh sakit dan tidak dapat bekerja atau dibuang kerja. Selain itu, kita mungkin risau kita akan melanggar hukum Tuhan semasa digoda. Tambahan lagi, Syaitan akan membuat konco-konconya menyerang umat Tuhan tidak lama lagi. Jadi, kita mungkin risau tentang apa yang harus kita lakukan semasa diserang. Namun, adakah salah untuk berasa khuatir tentang hal-hal sebegini?
5. Mengapakah Yesus berkata, “Jangan khuatir lagi”?
5 Yesus memberitahu murid-muridnya, “Jangan khuatir lagi.” (Mat. 6:25) Adakah kata-katanya bermaksud bahawa kita langsung tidak boleh berasa khuatir? Sudah pasti tidak! Fikirkan contoh hamba-hamba Yehuwa yang setia pada masa lalu. Mereka pun berasa khuatir, tetapi mereka tidak kehilangan perkenan Yehuwa. * (1 Raj. 19:4; Mzm. 6:3) Yesus sebenarnya berkata begitu untuk melegakan hati kita. Dia tidak mahu kita terlalu khuatir tentang keperluan hidup sehingga mengabaikan ibadat kita kepada Tuhan. Jadi, apakah yang dapat kita lakukan semasa kita berasa khuatir?—Lihat kotak “ Cara Melakukannya.”
ENAM PERKARA YANG MEMBANTU KITA TETAP TENANG
6. Menurut Filipi 4:6, 7, apakah yang dapat membantu menenangkan hati kita?
6 (1) Sering berdoa. Semasa kita berasa khuatir, kita dapat berdoa meminta bantuan Yehuwa. (1 Ptr. 5:7) Yehuwa akan menjawab doa kita dan memberi kita “kesejahteraan daripada Tuhan, yang jauh lebih unggul daripada apa yang dapat difahami oleh manusia.” (Baca Filipi 4:6, 7.) Melalui kuasa suci-Nya, Yehuwa dapat membantu menenangkan hati kita yang resah.—Gal. 5:22.
7. Apakah yang harus kita ingat semasa berdoa?
7 Semasa berdoa, beritahulah Yehuwa secara spesifik masalah anda dan perasaan anda. Jika masalah anda mungkin dapat diselesaikan, mintalah kebijaksanaan supaya anda dapat mencari jalan penyelesaian dan mintalah kekuatan untuk bertindak. Jika masalah itu tidak mungkin dapat diselesaikan, mintalah bantuan Yehuwa agar anda tidak terlalu risau tentangnya. Apabila kita berdoa secara spesifik, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana Yehuwa menjawab doa kita. Namun, jika doa kita tidak dijawab dengan segera, janganlah kita putus asa. Ingatlah bahawa Yehuwa bukan sahaja mahu kita berdoa secara spesifik, tetapi juga berdoa dengan tekun.—Luk. 11:8-10.
8. Semasa berdoa, apakah hal lain yang patut kita sebutkan?
8 Semasa berdoa untuk melemparkan kekhuatiran anda kepada Yehuwa, janganlah lupa untuk mengucapkan syukur juga. Adalah baik untuk memikirkan segala berkat yang kita nikmati bahkan semasa kita sedang bergelut dengan masalah. Namun, bagaimana pula jika kita tidak dapat mengungkapkan perasaan kita kepada Yehuwa? Janganlah risau. Yehuwa masih akan menjawab 2 Taw. 18:31; Rm. 8:26.
doa kita biarpun kita hanya mampu berkata, “Tolonglah saya!”—9. Apakah cara untuk mendapatkan keselamatan yang sejati?
9 (2) Bergantung pada kebijaksanaan Yehuwa, bukan kebijaksanaan diri sendiri. Pada abad kelapan SM, penduduk Yehuda diancam oleh tentera Assyria. Mereka tidak mahu ditawan oleh tentera Assyria, jadi mereka meminta bantuan daripada Mesir. (Yes. 30:1, 2) Yehuwa mengingatkan mereka bahawa mereka hanya akan mengundang masalah jika mereka bergantung pada Mesir. (Yes. 30:7, 12, 13) Kemudian, melalui Yesaya, Yehuwa memberitahu umat-Nya cara untuk mendapatkan keselamatan yang sejati. Dia berfirman, “Jika kamu bertenang dan percaya kepada-Ku, kamu akan dikuatkan.”—Yes. 30:15b.
10. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita percaya kepada Yehuwa?
10 Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita percaya kepada Yehuwa? Fikirkan beberapa situasi berikut: Katakan anda ditawarkan pekerjaan yang gajinya lumayan, tetapi akan memakan banyak masa anda dan mengganggu rutin rohani anda. Atau, katakan rakan sekerja anda menunjukkan minat terhadap anda, tetapi dia bukan penyembah Tuhan yang sudah dibaptis. Atau, katakan seorang ahli keluarga anda berkata bahawa dia tidak akan menerima anda sebagai ahli keluarganya lagi jika anda terus menyembah Yehuwa. Dalam ketiga-tiga situasi itu, apakah yang akan anda lakukan? Anda mungkin berasa susah untuk membuat keputusan, tetapi Yehuwa pasti memberi anda bimbingan yang anda perlukan. (Mat. 6:33; 10:37; 1 Kor. 7:39) Namun, persoalannya ialah adakah anda akan percaya kepada Yehuwa dan mengikut bimbingan-Nya?
11. Apakah kisah Bible yang dapat membantu kita tetap tenang semasa menghadapi tentangan?
11 (3) Belajar daripada contoh baik dan contoh buruk. Terdapat banyak kisah Bible yang menunjukkan pentingnya untuk tetap tenang dan percaya kepada Yehuwa. Semasa mengkaji kisah-kisah itu, perhatikan apa yang membantu hamba-hamba Tuhan untuk tetap tenang semasa menghadapi tentangan yang kuat. Sebagai contoh, semasa Majlis Orang Yahudi melarang para rasul untuk menginjil, mereka tidak berasa takut. Sebaliknya, mereka berkata, “Kami mesti patuh kepada Tuhan sebagai pemerintah dan bukannya kepada manusia.” (Kis. 5:29) Para rasul kemudiannya dicambuk, tetapi mereka masih tidak berasa takut. Mengapa? Mereka tahu bahawa Yehuwa sedang menyokong mereka dan berkenan kepada mereka. Oleh itu, mereka terus menyebarkan berita baik. (Kis. 5:40-42) Fikirkan contoh Stefanus pula. Semasa dia hampir mati, dia masih begitu tenang sehingga “wajahnya kelihatan seperti wajah malaikat.” (Kis. 6:12-15) Mengapa? Dia yakin bahawa Yehuwa berkenan kepadanya.
12. Menurut 1 Petrus 3:14 dan 4:14, mengapakah kita dapat berasa gembira semasa dianiaya?
12 Para rasul mempunyai bukti yang kukuh bahawa Yehuwa sedang menyokong mereka kerana mereka diberi kuasa untuk melakukan mukjizat. (Kis. 5:12-16; 6:8) Dewasa ini, kita tidak diberi kuasa sedemikian. Namun, melalui Bible, Yehuwa meyakinkan kita bahawa jika kita menderita kerana melakukan apa yang benar, Dia senang hati dengan kita dan akan memberi kita kuasa suci-Nya. (Baca 1 Petrus 3:14; 4:14.) Jadi, kita tidak perlu terlalu risau tentang apa yang harus kita lakukan jika kita dianiaya pada masa depan. Sebaliknya, kita ingin berusaha sedaya upaya sekarang untuk menguatkan keyakinan kita bahawa Yehuwa pasti menyokong dan menyelamatkan kita. Seperti orang Kristian abad pertama, kita mesti percaya kepada janji Yesus ini: “Aku akan memberi kamu kata-kata dan kebijaksanaan. Dengan demikian, meskipun semua penentang kamu berganding bahu, mereka tidak akan dapat melawan atau membantah kata-kata kamu.” Kita juga diberi jaminan ini: “Jika kamu tabah, nyawa kamu akan terpelihara.” (Luk. 21:12-19) Selain itu, ingatlah bahawa Yehuwa dapat mengingati segala sesuatu tentang para hamba-Nya yang setia. Jadi, biarpun mereka mati, Dia dapat membangkitkan mereka.
13. Apakah manfaatnya jika kita mengkaji kisah orang yang tidak bertenang dan tidak percaya kepada Yehuwa?
13 Kita juga dapat mengkaji kisah orang yang tidak bertenang dan tidak percaya kepada Yehuwa. Dengan itu, kita dapat mengelakkan kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Fikirkan contoh Raja Asa dari Yehuda. Semasa sepasukan askar yang besar menyerang negerinya, Asa bergantung pada Yehuwa, dan Yehuwa telah memberinya kemenangan. (2 Taw. 14:9-12) Namun, pada kemudian hari, semasa pasukan askar yang lebih kecil, yang dipimpin oleh Raja Baesa dari Israel, datang menyerangnya, Asa tidak bergantung pada Yehuwa seperti yang dilakukannya dahulu. Sebaliknya, dia mengupah orang Siria untuk membantunya. (2 Taw. 16:1-3) Selain itu, pada akhir hayat Asa, semasa dia sakit tenat, dia tidak meminta bantuan Yehuwa.—2 Taw. 16:12.
14. Apakah yang dapat kita pelajari daripada kesilapan Asa?
14 Pada mulanya, Asa bergantung pada Yehuwa semasa menghadapi masalah. Tetapi, pada kemudian hari, dia tidak lagi bergantung pada Tuhan. Sebaliknya, dia mencuba menyelesaikan masalah dengan kebijaksanaannya sendiri. Pada mulanya, keputusan Asa untuk meminta bantuan orang Siria nampaknya seperti keputusan yang bijak. Namun, keamanan yang dinikmati negeri Yehuda tidak bertahan lama. Yehuwa mengutus seorang nabi untuk memberitahu Asa, “Tuanku bergantung pada raja Siria, dan bukannya pada Yehuwa, Tuhan tuanku. Oleh itu, peluang untuk mengalahkan tentera raja Siria terlepas daripada tangan tuanku.” (2 Taw. 16:7) Apakah pengajarannya bagi kita? Kita mesti berhati-hati agar tidak terlalu yakin pada diri kita sendiri sehingga kita tidak bergantung pada bimbingan Firman Yehuwa. Jika kita sentiasa bertenang dan bergantung pada Yehuwa, bahkan semasa kita perlu membuat keputusan dengan segera, Dia pasti membantu kita berjaya.
15. Apakah yang dapat kita lakukan semasa membaca Bible?
15 (4) Menghafal ayat-ayat Bible. Semasa menemui ayat-ayat Bible yang menunjukkan pentingnya bertenang dan percaya kepada Yehuwa, cubalah menghafal ayat-ayat itu. Anda boleh membaca ayat-ayat itu dengan suara yang lantang atau menuliskannya supaya anda dapat membacanya berulang kali. Yehuwa menyuruh Yosua untuk membaca dan merenungkan kitab yang mengandungi Hukum secara kerap. Dengan itu, Yosua dapat bertindak dengan bijak dan dapat memimpin umat Tuhan dengan berani. (Yos. 1:8, 9) Terdapat banyak ayat Bible yang dapat membantu kita berasa tenang semasa menghadapi situasi yang biasanya akan membuat kita berasa risau dan takut.—Mzm. 27:1-3; Ams. 3:25, 26.
16. Bagaimanakah Yehuwa menggunakan sidang untuk membantu kita tetap bertenang dan percaya kepada-Nya?
16 (5) Bergaul dengan umat Tuhan. Yehuwa menggunakan saudara saudari untuk membantu kita tetap bertenang dan percaya kepada-Nya. Ibr. 10:24, 25) Selain itu, kawan karib di sidang dapat menggalakkan kita dan membantu mengurangkan kekhuatiran kita. Mereka dapat mendengar luahan hati kita dan mengucapkan “kata-kata yang membina.”—Ams. 12:25.
Semasa di perjumpaan, kita dibantu menerusi ceramah yang disampaikan dari pentas, komen para hadirin, dan perbualan yang kita nikmati bersama saudara saudari. (17. Menurut Ibrani 6:19, bagaimanakah harapan kita membantu kita tetap tenang semasa menghadapi masalah?
17 (6) Teguhkan harapan anda. Harapan kita “bagaikan sauh bagi jiwa kita,” yang membantu kita tetap tenang semasa kita menghadapi masalah atau berasa khuatir. (Baca Ibrani 6:19.) Jadi renungkanlah masa depan yang dijanjikan Yehuwa. Bayangkan diri anda di dunia baharu yang aman dan bebas daripada masalah dan kekhuatiran. (Yes. 65:17; Mi. 4:4) Anda juga dapat meneguhkan harapan anda dengan memberitahu orang lain tentang harapan dunia baharu. Oleh itu, berusahalah sedaya upaya untuk menginjil dan membantu orang menjadi murid Yesus. Dengan melakukan hal-hal itu, anda akan memiliki ‘harapan yang teguh dan pasti sampai ke akhir.’—Ibr. 6:11.
18. Apakah yang mungkin berlaku pada masa depan, dan bagaimanakah kita dapat menghadapinya?
18 Seraya akhir sistem dunia ini semakin dekat, kita akan menghadapi lebih banyak cabaran yang dapat membuat kita berasa khuatir. Ayat tahunan 2021 mengingatkan kita bahawa jika kita bergantung pada Yehuwa dan bukan pada kekuatan diri kita sendiri, kita akan dapat tetap bertenang meskipun menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, sepanjang tahun ini, semoga kita menunjukkan melalui perbuatan kita bahawa kita yakin terhadap janji Yehuwa ini: “Jika kamu bertenang dan percaya kepada-Ku, kamu akan dikuatkan.”—Yes. 30:15.
LAGU 8 Yehuwa Pelindungku
^ per. 5 Ayat tahunan 2021 menekankan pentingnya untuk percaya kepada Yehuwa seraya kita menghadapi situasi yang mencabar sekarang dan pada masa hadapan. Rencana ini akan membincangkan cara-cara yang praktikal untuk berbuat demikian.
^ per. 5 Sesetengah saudara dan saudari yang setia menderita kerana menghadapi masalah kebimbangan yang melampau. Kebimbangan yang melampau merupakan masalah kesihatan yang serius, yang berbeza daripada kekhuatiran yang disebut oleh Yesus.
^ per. 63 KETERANGAN GAMBAR: (1) Sepanjang hari, seorang saudari berdoa dengan bersungguh-sungguh tentang kekhuatirannya.
^ per. 65 KETERANGAN GAMBAR: (2) Semasa rehat tengah hari, dia membaca Firman Tuhan untuk mendapatkan kebijaksanaan.
^ per. 67 KETERANGAN GAMBAR: (3) Dia merenungkan contoh baik dan contoh buruk dalam Bible.
^ per. 69 KETERANGAN GAMBAR: (4) Dia menulis sebuah ayat yang ingin dihafalnya dan melekatkannya pada peti sejuk.
^ per. 71 KETERANGAN GAMBAR: (5) Dia menikmati pergaulan yang baik semasa menginjil.
^ per. 73 KETERANGAN GAMBAR: (6) Dia meneguhkan harapannya dengan merenungkan masa depan yang dijanjikan Tuhan.