Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TIP PEMBELAJARAN

Melukis Menguatkan Ingatan

Melukis Menguatkan Ingatan

Seperti kebanyakan orang, anda mungkin berasa susah untuk ingat apa yang anda belajar. Namun, adakah anda mendapati bahawa anda dapat ingat perumpamaan Yesus dengan mudah? Oleh sebab anda dapat membayangkan apa yang diceritakan oleh Yesus, anda dapat mengingati pengajarannya dengan lebih mudah. Begitu juga, semasa membuat pembelajaran, jika anda mengubah perkataan menjadi gambaran, anda dapat mengingatinya dengan lebih baik. Satu cara untuk berbuat demikian adalah dengan melukis.

Sering kali, jika orang melukis hal baharu yang mereka pelajari, mereka dapat mengingatinya dengan lebih baik. Kaedah ini bukan sahaja berguna untuk mengingati perkataan, tetapi juga untuk mengingati konsep atau idea. Lukisan itu tidak semestinya perlu cantik. Lakaran yang ringkas pun sudah memadai. Kajian membuktikan bahawa kaedah pembelajaran ini berkesan khasnya untuk orang yang lebih tua.

Semasa sesi pembelajaran yang seterusnya, cubalah untuk lukis apa yang telah anda pelajari. Anda mungkin meraih hasil yang tidak dijangkakan!