Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tip Pembelajaran

Tip Pembelajaran

Tetapkan Keutamaan

Kita semua mempunyai masa yang terhad untuk membuat pembelajaran peribadi. Bagaimanakah kita dapat menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya? Pertama sekali, jangan tergesa-gesa. Jika anda mengkaji sedikit bahan secara mendalam, hal itu lebih baik daripada membaca banyak bahan secara sepintas lalu.

Kemudian, tetapkan keutamaan. (Ef. 5:15, 16) Perhatikan cadangan-cadangan berikut:

  • Baca Bible setiap hari. (Mzm. 1:2) Anda boleh membaca Bible mengikut jadual perjumpaan pertengahan minggu.

  • Buat persiapan bagi Pembelajaran Menara Pengawal dan perjumpaan pertengahan minggu. Sediakan komen.​—Mzm. 22:22.

  • Cubalah menyantap makanan rohani yang lain, seperti Menara Pengawal edisi umum, Sedarlah!, video, dan maklumat lain di jw.org.

  • Lakukan projek pembelajaran. Anda boleh membuat penyelidikan tentang masalah yang anda hadapi, pertanyaan yang timbul, atau topik Bible yang ingin anda dalami. Sila lihat bahagian “Mari Mengkaji Bible” di jw.org untuk cadangan-cadangan lain.