“Biarlah Cahaya Kamu Bersinar” untuk Memuji Yehuwa
“Biarlah cahaya kamu bersinar di hadapan orang lain supaya mereka . . . memuji Bapa kamu.”—MAT. 5:16.
1. Mengapakah kita mempunyai sebab untuk bergembira?
BETAPA gembiranya kita kerana umat Yehuwa terus membiarkan cahaya mereka bersinar! Tahun lalu, lebih daripada 10,000,000 pembelajaran Bible telah diadakan. Fikirkan juga jutaan orang yang datang ke Peringatan. Mereka dapat belajar tentang kurniaan tebusan yang mengungkapkan kasih Tuhan terhadap manusia.—1 Yoh. 4:9.
2, 3. (a) Apakah cabaran yang tidak menghalang kita daripada “bersinar seperti cahaya”? (b) Berdasarkan kata-kata Yesus di Matius 5:14-16, apakah yang akan kita bincangkan?
2 Di seluas dunia, umat Yehuwa menuturkan pelbagai jenis bahasa. Namun hal ini tidak menghalang kita daripada memuji Yehuwa sebagai sebuah keluarga yang bersatu padu. (Why. 7:9) Tidak kira apa pun bahasa ibunda kita atau di mana pun kita tinggal, kita dapat bersinar “seperti cahaya di dalam dunia ini.”—Flp. 2:15.
3 Kemajuan yang kita lihat, perpaduan yang kita nikmati, dan sikap kita yang sentiasa berjaga-jaga, semuanya dapat membawa Matius 5:14-16.
pujian kepada Yehuwa. Dalam rencana ini, kita akan bincang cara kita dapat membiarkan cahaya kita bersinar dalam tiga aspek tersebut.—BacaBANTU ORANG MENYEMBAH YEHUWA
4, 5. (a) Selain menginjil, bagaimanakah kita dapat membiarkan cahaya kita bersinar? (b) Apakah hasil baik yang diraih semasa kita menunjukkan sikap yang mesra? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
4 Rencana “Light in the Darkness,” dalam terbitan The Watch Tower 1 Jun 1925 menyatakan bahawa tiada sesiapa pun dapat tetap setia kepada Tuhan pada hari-hari terakhir jika mereka tidak mengambil “peluang untuk membiarkan cahaya mereka bersinar.” Rencana itu juga menjelaskan, “Mereka harus mengumumkan berita baik kepada orang di seluruh bumi dan hidup dalam cahaya.” Jelaslah, kita harus melakukan kerja penyebaran dan kerja menjadikan orang murid Yesus. (Mat. 28:19, 20) Selain itu, kita dapat memuliakan Yehuwa melalui perbuatan kita. Apabila kita memberikan senyuman mesra dan mengucapkan salam kepada orang, mereka akan dibantu untuk berfikiran positif tentang kita dan Tuhan yang kita sembah.
5 Yesus berkata kepada muridnya, “Semasa kamu memasuki rumah orang, berikanlah salam.” (Mat. 10:12) Di kawasan penyebaran Yesus, penghuni rumah biasanya akan menjemput orang yang tidak dikenali ke dalam rumah. Hari ini, orang di banyak tempat biasanya risau atau tidak suka melihat orang yang tidak dikenali di depan rumah mereka. Tetapi keramahan dan senyuman mesra kita akan membantu penghuni rumah berasa lebih selesa. Tidakkah anda setuju bahawa jika kita tunjukkan sikap sebegini semasa menggunakan rak mudah alih, orang akan berasa lebih senang untuk berbual dengan kita atau mengambil bahan bacaan kita?
6. Bagaimanakah sepasang suami isteri meluaskan kerja penyebaran mereka?
6 Sepasang suami isteri yang lanjut usia di England tidak dapat menginjil dari rumah ke rumah dengan kerap akibat masalah kesihatan. Jadi, mereka membiarkan cahaya mereka bersinar di luar rumah sendiri. Memandangkan mereka tinggal berdekatan sekolah, mereka mempamerkan bahan bacaan Bible di atas meja di luar rumah semasa ramai ibu bapa datang untuk menjemput anak. Banyak orang mengambil brosur-brosur dan buku “Pertanyaan Kaum Muda” (Questions Young People Ask—Answers That Work) Jilid 1 dan 2. Seorang saudari perintis dari sidang mereka juga sering menyertai mereka. Sikap saudari itu yang mesra dan kesungguhan pasangan itu telah mendorong seorang bapa untuk menerima pembelajaran Bible.
7. Bagaimanakah anda dapat membantu pelarian di kawasan anda?
7 Kebelakangan ini, ramai orang telah menjadi pelarian dan tinggal di negara asing. Apakah yang dapat anda lakukan untuk membantu mereka mengenal Yehuwa dan tujuan-Nya? Mula-mula, cubalah belajar mengucapkan salam dalam bahasa yang sering digunakan oleh mereka. Melalui aplikasi JW Language, anda dapat belajar mengucapkan salam dan beberapa ungkapan yang mungkin menarik minat mereka. Kemudian, anda boleh menunjukkan video dan bahan bacaan dalam bahasa mereka di jw.org.—Ul. 10:19.
8, 9. (a) Apakah bantuan praktikal yang kita terima semasa perjumpaan pertengahan minggu? (b) Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu anak mereka untuk mengambil bahagian semasa perjumpaan?
8 Dengan pengasih, Yehuwa telah menyediakan
Perjumpaan Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita untuk membantu kita menjadi mahir dalam kerja penyebaran. Arahan praktikal yang kita terima semasa perjumpaan ini membantu kita berasa lebih yakin untuk membuat kunjungan kembali dan mengadakan pembelajaran Bible.9 Orang baharu yang menghadiri perjumpaan kita dapat melihat bahawa anak-anak kita mengambil bahagian semasa perjumpaan. Ibu bapa, bantulah anak anda untuk membiarkan cahaya mereka bersinar dengan mengajar mereka memberikan komen dengan kata-kata sendiri. Ungkapan mereka yang ringkas dan ikhlas pernah menarik minat sesetengah orang terhadap kebenaran.—1 Kor. 14:25.
KUKUHKAN PERPADUAN
10. Bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan dalam keluarga?
10 Satu lagi cara untuk membiarkan cahaya anda bersinar adalah dengan mengukuhkan perpaduan dalam keluarga dan sidang anda. Ibu bapa dapat berbuat demikian dengan mengadakan program Penyembahan Keluarga yang tetap. Banyak keluarga menonton Siaran JW bersama-sama dan kemudiannya membincangkan cara menerapkan apa yang dipelajari. Semasa mengadakan penyembahan keluarga, ingatlah bahawa bimbingan yang diperlukan anak kecil dan remaja adalah berbeza. Maka, berusahalah agar setiap ahli keluarga anda mendapat manfaat daripada penyembahan keluarga anda.—Mzm. 148:12, 13.
11-13. Bagaimanakah kita semua boleh menyumbang kepada perpaduan dalam sidang?
11 Bagaimanakah kaum muda dapat menyumbang kepada perpaduan sidang? Jika anda orang muda, cubalah menunjukkan minat terhadap orang yang lebih tua. Dengan hormat, anda boleh meminta mereka menceritakan pengalaman mereka dalam khidmat kepada Yehuwa. Anda akan digalakkan, dan mereka juga akan didorong untuk terus membiarkan cahaya mereka bersinar. Selain itu, kita semua boleh berusaha untuk mengalu-alukan orang baharu yang menghadiri perjumpaan supaya mereka berasa selesa. Kita boleh menyapa mereka, memberikan senyuman yang mesra, membantu mereka mencari tempat duduk, dan memperkenalkan mereka kepada orang lain.
12 Jika anda ditugaskan untuk mengendalikan perjumpaan sebelum kerja Im. 19:32.
penyebaran, cubalah membantu orang tua untuk menikmati kerja penyebaran. Anda boleh memastikan mereka mempunyai kawasan penyebaran yang sesuai, atau buat aturan agar mereka bekerja bersama orang muda yang dapat memberikan bantuan fizikal kepada mereka. Tunjukkanlah keprihatinan kepada mereka yang ada masalah kesihatan dan yang mempunyai keterbatasan. Kebaikan yang anda tunjukkan akan menggalakkan orang tua atau muda, yang berpengalaman atau kurang berpengalaman, untuk terus menginjil dengan giat.—13 Orang Israel bersukacita kerana dapat menyembah Yehuwa bersama-sama. Pemazmur berkata, “Alangkah baiknya dan indahnya apabila semua saudara hidup bersatu padu!” (Baca Mazmur 133:1, 2.) Dia menyamakan perpaduan itu seperti minyak yang menyenangkan dan menyegarkan. Bagaimanakah anda dapat menyumbang kepada perpaduan sidang? Bertekadlah untuk menunjukkan kebaikan hati. Jika anda sudah melakukannya, kami ingin memuji anda dan menggalakkan anda agar ‘membuka hati anda lebar-lebar’ supaya melakukannya dengan lebih menyeluruh dan lebih kerap.—2 Kor. 6:11-13.
14. Bagaimanakah anda dapat membiarkan cahaya kebenaran bersinar di kawasan tempat tinggal anda?
14 Bagaimanakah anda dapat membiarkan cahaya kebenaran bersinar di kawasan tempat tinggal anda? Kata-kata dan perbuatan baik anda mungkin membuat jiran anda ingin mempelajari kebenaran. Tanyalah diri, “Apakah pandangan jiran terhadap saya? Adakah kediaman saya kemas dan mengindahkan kawasan kami? Adakah saya sudi membantu orang lain?” Cubalah tanya Saksi lain bagaimana kebaikan hati dan kelakuan baik mereka telah mempengaruhi saudara-mara, jiran, rakan kerja, atau rakan sekolah. Anda pasti berpeluang mendengar pengalaman yang menggalakkan.—Ef. 5:9.
TERUSLAH BERJAGA-JAGA
15. Mengapakah kita perlu terus berjaga-jaga?
15 Untuk bersinar dengan lebih terang, sikap kita amat penting. Yesus berulang kali menggesa murid-muridnya, “Teruslah berjaga-jaga.” (Mat. 24:42; 25:13; 26:41) Jika kita rasa bahawa “kesengsaraan besar” masih lama lagi dan tidak akan tiba pada zaman kita, kita tidak akan menginjil dengan perasaan mendesak. (Mat. 24:21) Jika demikian, cahaya kita akan semakin malap dan bahkan mungkin padam.
16, 17. Bagaimanakah anda dapat terus berjaga-jaga?
16 Apabila keadaan dunia ini menjadi semakin buruk, kita perlu semakin berjaga-jaga. Yehuwa pasti akan bertindak pada masa yang terbaik. (Mat. 24:42-44) Sebelum masa itu tiba, teruslah bersabar dan berjaga-jaga. Bacalah Firman Tuhan setiap hari, dan sentiasa bersedia untuk berdoa. (1 Ptr. 4:7) Belajarlah daripada teladan saudara saudari yang terus bersinar dan berjaga-jaga. Contohnya anda dapat membaca pengalaman dalam rencana “Berpegang pada Jubah Seorang Yahudi Selama Tujuh Puluh Tahun,” yang terdapat dalam Menara Pengawal 15 April 2012, muka surat 18-21.
17 Penuhilah kehidupan anda dengan kegiatan dan pergaulan yang positif. Dengan itu, anda akan bersukacita dan berasa bahawa masa berlalu dengan cepat. (Ef. 5:16) Selama seratus tahun yang lalu, rakan seiman kita sibuk melakukan banyak kerja. Tetapi hari ini, Yehuwa sedang membimbing kita untuk melakukan jauh lebih banyak lagi. Cahaya kita kini bersinar pada tahap yang tidak pernah dibayangkan dahulu.
18, 19. Bagaimanakah penatua dapat membantu kita tetap berjaga-jaga dan menyembah Yehuwa dengan bersemangat? Berikan contoh.
Efesus 4:8, 11, 12.) Hargailah kurniaan ini. Semasa kunjungan mereka yang seterusnya, gunakanlah peluang itu untuk belajar daripada kebijaksanaan dan nasihat mereka.
18 Meskipun kita tidak sempurna, Yehuwa masih menerima ibadat kita. Dia telah memberikan “kurnia berupa manusia,” iaitu para penatua, untuk membantu kita. (Baca19 Sepasang suami isteri di England menghadapi masalah perkahwinan lalu meminta bantuan dua orang penatua. Si isteri berasa bahawa suaminya tidak mengambil pimpinan dalam ibadat, dan si suami mengaku bahawa dia bukan guru yang baik dan dia tidak mengadakan penyembahan keluarga dengan tetap. Para penatua menjemput pasangan itu untuk memikirkan teladan Yesus, yang menjaga murid-muridnya dan mengambil kira keperluan mereka. Dua orang penatua itu menggalakkan si suami untuk meniru teladan Yesus dan menggalakkan si isteri agar bersabar. Mereka juga memberikan beberapa cadangan praktikal supaya pasangan itu dapat mengadakan penyembahan keluarga bersama dua orang anak mereka. (Ef. 5:21-29) Kemudian, dua orang penatua itu memuji si suami atas usahanya dan menggalakkannya agar jangan putus asa dan bergantung pada kuasa suci Tuhan untuk menjadi ketua keluarga yang baik. Kasih dan sokongan para penatua telah membantu keluarga itu bersinar dengan terang.
20. Apakah hasilnya jika cahaya anda bersinar?
20 Pemazmur bernyanyi, “Berbahagialah kamu yang takut akan Yehuwa, yang hidup menurut kehendak-Nya.” (Mzm. 128:1) Anda akan bertambah bahagia apabila cahaya anda bersinar. Maka jemputlah orang lain untuk menyembah Tuhan, berusahalah untuk menyumbang kepada perpaduan, dan teruslah berjaga-jaga. Dengan itu, orang lain akan melihat perbuatan anda yang baik, dan didorong untuk memuji Bapa kita.—Mat. 5:16.