Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Apakah empat cara untuk bernyanyi dengan lebih baik?

Peganglah buku nyanyian tinggi-tinggi. Bernafaslah dengan betul dan bukalah mulut lebar-lebar untuk bernyanyi dengan lantang.​—w17.11, ms. 5.

Apakah ciri-ciri istimewa lokasi dan jalan yang menuju ke kota perlindungan di Israel?

Terdapat enam buah kota perlindungan di serata Israel, dan jalan-jalan yang menuju ke situ juga dalam keadaan baik. Maka orang dapat mencari perlindungan dengan lebih mudah dan cepat.​—w17.11, ms. 14.

Mengapakah korban tebusan Yesus ialah hadiah yang terbaik daripada Tuhan?

Tebusan memuaskan keinginan kita untuk terus hidup, dan memenuhi keperluan kita untuk dibebaskan daripada dosa dan kematian. Tuhan mengasihi keturunan Adam lalu menyediakan tebusan semasa kita masih berdosa.​—wp17.6, ms. 6-7.

Apakah kaitan Mazmur 118:22 dengan pembangkitan Yesus?

Yesus ditolak sebagai Mesias dan dibunuh. Dia perlu dibangkitkan agar dapat menjadi “batu penjuru yang utama.”​—w17.12, ms. 9-10.

Adakah semua nenek moyang Mesias memiliki hak sebagai anak sulung?

Nenek moyang Mesias tidak semestinya merupakan anak sulung dalam keluarga. Daud bukan anak sulung Isai, tetapi dia menjadi nenek moyang Mesias.​—w17.12, ms. 14-15.

Apakah sesetengah prinsip Bible tentang kesihatan?

Orang yang menghidap penyakit tertentu harus diasingkan. Sesiapa yang menyentuh mayat mesti membersihkan diri. Najis manusia harus ditanam jauh dari tempat tinggal. Sunat dilakukan pada hari kelapan bayi dilahirkan, iaitu waktu yang terbaik untuk pembekuan darah.​—wp18.1, ms. 7.

Mengapakah orang Kristian patut ada kasih yang seimbang terhadap diri sendiri?

Kita perlu mengasihi orang lain sepertimana kita mengasihi diri sendiri. (Mrk. 12:31) Suami harus “mengasihi isteri seperti mengasihi tubuh sendiri.” (Ef. 5:28) Namun, kita tidak patut mempunyai cinta yang tidak sihat terhadap diri sendiri.—w18.01, ms. 23.

Apakah beberapa langkah untuk maju secara rohani?

Kita perlu mempelajari Bible, merenungkannya, dan menerapkannya. Kita juga perlu membiarkan minda dan hati kita dibimbing kuasa suci Tuhan, dan rela terima bantuan orang.​—w18.02, ms. 26.

Mengapakah astrologi dan tilik nasib bukan kunci untuk mengetahui masa depan?

Terdapat banyak sebab, tetapi sebab utama adalah kerana Bible mengutuk dua amalan itu.​—wp18.2, ms. 4-5.

Apakah sepatutnya pandangan kita tentang menerima jemputan makan?

Jika kita menerima jemputan, kita patut menepati janji. (Mzm. 15:4) Kita tidak patut membatalkannya dengan sesuka hati kerana tuan rumah pasti telah bekerja keras untuk menyediakan makanan.​—w18.03, ms. 18.

Apakah yang dapat dipelajari saudara terlantik daripada Timotius?

Timotius sangat prihatin terhadap orang lain dan mengutamakan hal rohani. Dia bekerja keras untuk Tuhan dan menerapkan apa yang dipelajari. Dia juga terus melatih dirinya dan bergantung pada kuasa suci Yehuwa. Para penatua dan orang lain dapat meniru teladannya.​—w18.04, ms. 13-14.