MENARA PENGAWAL—EDISI PEMBELAJARAN Jun 2019

Terbitan ini mengandungi rencana pembelajaran bagi 5 Ogos–1 September 2019

“Berwaspadalah agar Tidak Ada Sesiapa pun yang Memperhamba Kamu”!

Syaitan mahir memperdaya orang. Bagaimanakah dia mencuba mempengaruhi kita dan membuat kita meninggalkan Yehuwa?

Robohkan Pelbagai Fikiran yang Bercanggahan dengan Pengetahuan tentang Tuhan!

Fikiran kita dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, dan pendidikan kita. Bagaimanakah kita dapat mencabut fikiran salah yang telah “berurat berakar” dalam diri kita?

Bergantunglah pada Yehuwa semasa Anda Tertekan

Jika kita terlampau tertekan atau tertekan untuk masa yang panjang, hal itu dapat menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi kita. Kita dapat meraih manfaat dengan melihat bagaimana Yehuwa membantu hambanya pada masa lampau untuk menangani tekanan.

Bantulah Orang Lain untuk Menangani Tekanan

Lot, Ayub, dan Naomi merupakan hamba Yehuwa yang setia, tetapi mereka masih menghadapi masalah dan tekanan dalam hidup. Apakah yang dapat kita belajar daripada kisah mereka?

Cara Melindungi Diri daripada Jerat Syaitan

Ramai daripada hamba-hamba Tuhan telah dijerat oleh bahan lucah. Bagaimanakah kita dapat mengelakkan amalan yang najis ini?

Gulungan Kuno yang “Dibuka”

Pada tahun 1970, sebuah gulungan yang hangus telah ditemui di Ein Gedi, Israel. Baru-baru ini, melalui teknik imbasan 3D, gulungan itu dapat “dibuka.” Apakah kandungannya?