Rencana Sampingan dalam Menara Pengawal
Banyak penyiar menggunakan JW Library® untuk membuat persiapan bagi perjumpaan. Cara penggunaannya senang kerana ada tab yang terus membawa kita ke rencana pembelajaran yang akan dipelajari. Namun, edisi pembelajaran Menara Pengawal sering mengandungi rencana sampingan yang juga sebahagian daripada makanan rohani yang kita perlukan. Jadi, bagaimanakah anda dapat menggunakan JW Library untuk mencari rencana-rencana ini dan meraih manfaat daripadanya?
Pada akhir setiap rencana pembelajaran dalam Menara Pengawal, terdapat bahagian “Pembacaan Tambahan.” Di bawah bahagian itu, anda boleh tekan pautan “Rencana lain dalam terbitan ini,” dan anda akan lihat isi kandungan terbitan itu. Perhatikan bahawa semua rencana pembelajaran ada nombor dan dilabel dengan jelas, manakala rencana lain pula ialah rencana sampingan. Tekan pautan rencana sampingan yang ingin anda baca.
Pada tab Laman Utama di JW Library di bahagian “Terkini,” muat turun setiap terbitan Menara Pengawal yang baharu. Buka majalah yang sudah dimuat turun dan lihat isi kandungan untuk memastikan anda meraih manfaat daripada semua rencana.