Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

FRASA BIBLE

Diampuni sebelum Tebusan Dibayar

Diampuni sebelum Tebusan Dibayar

Dosa kita hanya dapat diampunkan dengan adanya korban tebusan yang dibayar dengan darah Yesus. (Ef. 1:7) Namun, Bible menyatakan, “[Tuhan] bersabar dan mengampunkan dosa-dosa yang dilakukan pada masa lampau,” iaitu sebelum Yesus memberikan tebusan. (Rm. 3:25) Bagaimanakah Yehuwa dapat berbuat demikian dan pada masa yang sama tetap berpegang pada standard keadilan-Nya?

Dari sudut pandangan Yehuwa, korban tebusan sudah dibayar sebaik sahaja Dia berjanji untuk menyediakan ‘keturunan’ yang akan menyelamatkan orang yang menyembah-Nya. (Kej. 3:15; 22:18) Tuhan yakin sepenuhnya bahawa apabila masa yang ditentukan-Nya tiba, Anak-Nya akan rela mengorbankan nyawanya sebagai tebusan. (Gal. 4:4; Ibr. 10:​7-10) Semasa di bumi, Yesus memiliki kuasa untuk mengampunkan dosa, bahkan sebelum tebusan dibayar. Yesus boleh melakukannya kerana dia tahu bahawa dia akan membayar korban tebusan dan menutupi dosa orang yang beriman.​—Mat. 9:​2-6.