MENARA PENGAWAL—EDISI PEMBELAJARAN Mei 2020

Terbitan ini mengandungi rencana pembelajaran bagi 6 Julai–2 Ogos 2020.

“Raja Utara” pada Akhir Zaman

Rencana pembelajaran 19: 6-12 Julai 2020. Terdapat bukti bahawa nubuat Daniel tentang “raja utara” dan “raja selatan” sedang menjadi kenyataan. Mengapakah kita begitu pasti akan hal ini? Mengapakah kita perlu memahami nubuat ini secara terperinci?

Dua Raja yang Saling Berlawan pada Akhir Zaman

Nubuat tentang “raja utara” dan “raja selatan” juga berkaitan dengan nubuat-nubuat yang lain. Bagaimanakah nubuat-nubuat itu membuktikan bahawa sistem dunia ini akan berakhir tidak lama lagi?

Siapakah “Raja Utara” pada Zaman Ini?

Rencana pembelajaran 20: 13-19 Julai 2020. Siapakah “raja utara” pada zaman ini, dan bagaimanakah dia akan dimusnahkan? Jawapan kepada soalan-soalan ini akan menguatkan iman kita dan membantu kita bersedia menghadapi cubaan yang akan menimpa kita tidak lama lagi.

Adakah Anda Menghargai Kurniaan Tuhan?

Rencana pembelajaran 21: 20-26 Julai 2020. Maklumat dalam rencana ini akan membantu kita menghargai Yehuwa dan kurniaan-Nya. Maklumat itu juga akan membantu kita menjelaskan kepercayaan kita kepada orang yang meragui kewujudan Tuhan.

Hargailah Kurniaan-Kurniaan yang Tidak Dapat Dilihat

Rencana pembelajaran 22: 27 Julai–2 Ogos 2020. Rencana sebelumnya telah membincangkan beberapa kurniaan Tuhan yang dapat dilihat. Rencana ini pula akan membincangkan beberapa kurniaan Tuhan yang tidak dapat dilihat, dan cara kita dapat menunjukkan bahawa kita menghargainya. Rencana ini juga akan memperdalam penghargaan kita terhadap Yehuwa, Sumber segala kurniaan itu.