Adakah Anda Menjunjung Tinggi Firman Yehuwa?
“Kamu telah mendengar lalu menerimanya, . . . sebagai perkhabaran daripada Tuhan. Perkhabaran itu benar-benar daripada Tuhan.”—1 TES. 2:13.
LAGU: 114, 113
1-3. Apakah yang mungkin berlaku antara Euodia dan Sintikhe? Bagaimanakah masalah sebegitu boleh dielakkan? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
UMAT Yehuwa menjunjung tinggi Firman Tuhan, iaitu Bible. Oleh sebab kita tidak sempurna, kita memerlukan nasihat Bible. Apakah reaksi kita kepada nasihat ini? Fikirkan contoh saudari-saudari terurap pada abad pertama, iaitu Euodia dan Sintikhe. Masalah serius tercetus antara mereka berdua. Apakah masalah itu? Bible tidak memberitahu. Namun, bayangkan jika masalah ini yang berlaku.
2 Katakan Euodia menjemput beberapa saudara saudari ke rumahnya untuk makan dan bergaul bersama. Namun, Sintikhe tidak dijemput. Apabila Sintikhe mengetahui tentang jamuan itu, dia mungkin berfikir, “Saya tak percaya Euodia tidak menjemput saya! Saya fikir kami ini kawan baik.” Sintikhe berasa tersisih dan mula menaruh syak wasangka terhadap Euodia. Jadi Sintikhe mengadakan jamuan dan menjemput saudara saudari yang sama kecuali Euodia! Masalah antara Euodia dan Sintikhe Flp. 4:2, 3.
mungkin dapat menjejaskan kedamaian sidang. Walaupun Bible tidak memberitahu apa yang akhirnya berlaku kepada mereka, nampaknya mereka berdua menerima nasihat Paulus.—3 Hari ini, umat Yehuwa mungkin menghadapi situasi sebegini dalam sidang. Namun masalah sebegini boleh diselesaikan, bahkan dielakkan jika kita mengikut nasihat dalam Firman Tuhan. Kita akan menerapkan nasihat Bible jika kita menghormati Firman Yehuwa.—Mzm. 27:11.
BIBLE MENASIHATI KITA UNTUK MENGAWAL EMOSI
4, 5. Apakah nasihat Bible yang membantu kita mengawal emosi?
4 Bukanlah senang untuk mengawal emosi kita apabila kita berasa dihina atau dilayan dengan tidak adil. Jika kita diperlakukan dengan buruk kerana latar belakang, warna kulit, atau perbezaan fizikal, kita mungkin berasa kecewa dan marah. Hati kita akan lebih terluka jika kita dilayan sebegini oleh rakan seiman! Bagaimanakah nasihat Firman Tuhan membantu kita menghadapi sikap buruk ini yang ditunjukkan oleh manusia yang tidak sempurna?
5 Sejak manusia diciptakan, Yehuwa memerhatikan hubungan antara manusia. Dia mengambil berat tentang emosi dan perbuatan kita. Apabila kita berasa kecewa atau marah, kita mungkin bercakap atau melakukan sesuatu yang kita akan menyesal pada kemudian hari. Betapa bijaknya jika kita menerapkan nasihat Bible untuk mengawal kemarahan kita dan tidak cepat tersinggung! (Baca Amsal 16:32; Pengkhutbah 7:9.) Sudah tentu, kita semua harus berusaha untuk memupuk sikap rela mengampuni dan tidak berasa kecil hati. Mengampuni orang lain adalah penting bagi Yehuwa dan Yesus. (Mat. 6:14, 15) Adakah anda perlu lebih rela mengampuni orang atau berusaha untuk mengawal emosi anda?
6. Apakah yang mungkin berlaku jika kita gagal mengawal emosi?
6 Orang yang gagal mengawal emosi biasanya berasa marah. Akibatnya, orang lain mungkin tidak mahu mendekatinya. Orang sedemikian boleh membawa pengaruh negatif terhadap sidang. Dia mungkin cuba menyembunyikan kebenciannya, tetapi pemikiran negatif yang terpendam itu ‘akan menjadi nyata.’ (Ams. 26:24-26) Para penatua akan membantu orang tersebut untuk memahami bahawa kebencian dan perasaan dendam tidak patut wujud dalam organisasi Tuhan. Hal ini diterangkan dengan jelas dalam Firman Yehuwa. (Im. 19:17, 18; Rm. 3:11-18) Tidakkah anda setuju?
YEHUWA SEDANG MEMBIMBING KITA
7, 8. (a) Bagaimanakah Yehuwa membimbing organisasi-Nya di bumi? (b) Apakah arahan-arahan yang terkandung dalam Firman Tuhan, dan mengapa kita harus mentaatinya?
7 Yehuwa membimbing mereka yang menjadi sebahagian daripada organisasi-Nya di bumi. Bagaimana? Dia melantik Kristus sebagai “kepala sidang,” dan Kristus melantik “hamba yang setia dan bijaksana” untuk mengajar dan membimbing umat Tuhan. (Mat. 24:45-47; Ef. 5:23) Seperti badan pimpinan pada abad pertama, hamba ini menerima dan menghormati Firman Tuhan. (Baca 1 Tesalonika 2:13.) Apakah arahan atau bimbingan dalam Bible yang memberikan manfaat kepada kita?
8 Bible mengarahkan kita untuk menghadiri perjumpaan secara tetap. (Ibr. 10:24, 25) Bible juga menggalakkan kita untuk sependapat dalam pemahaman Bible kita. (1 Kor. 1:10) Selain itu, kita digalakkan untuk mengutamakan Kerajaan Tuhan dalam kehidupan. (Mat. 6:33) Ayat-ayat Bible juga menekankan bahawa kita mempunyai tanggungjawab dan peluang istimewa untuk menginjil dari rumah ke rumah, di tempat awam, dan secara tidak formal. (Mat. 28:19, 20; Kis. 5:42; 17:17; 20:20) Bible mengarahkan para penatua untuk mengekalkan kebersihan rohani sidang. (1 Kor. 5:1-5, 13; 1 Tim. 5:19-21) Yehuwa juga memberitahu umat-Nya bahawa mereka mesti bersih secara fizikal dan rohani.—2 Kor. 7:1.
9. Apakah satu-satunya saluran yang digunakan untuk membantu kita memahami Firman Tuhan?
9 Sesetengah orang berasa bahawa mereka sendiri boleh memahami isi Bible tanpa bantuan orang. Namun, Yesus telah melantik “hamba yang setia” sebagai satu-satunya saluran untuk memberikan makanan rohani. Sejak tahun 1919, Yesus Kristus telah menggunakan hamba ini untuk membantu para pengikutnya memahami dan mengikut bimbingan Firman Tuhan. Dengan mentaati arahan yang terkandung dalam Bible, kita dapat memupuk kebersihan, kedamaian, dan perpaduan sidang. Kita boleh menanya diri, “Adakah saya setia kepada saluran yang digunakan oleh Yesus pada hari ini?”
KENDERAAN YEHUWA YANG PANTAS!
10. Bagaimanakah organisasi Tuhan di syurga digambarkan dalam buku Yehezkiel?
10 Bible memberitahu kita tentang organisasi Yehuwa di syurga. Contohnya, Yehezkiel mendapat penglihatan tentang kenderaan Yehuwa yang mewakili organisasi-Nya di syurga. (Yeh. 1:4-28) Yehuwa boleh mengawal kenderaan-Nya untuk pergi ke mana sahaja yang diinginkan-Nya. Organisasi Tuhan di bumi pula dipimpin oleh organisasi-Nya di syurga. Sememangnya, kenderaan Yehuwa ini bergerak dengan pantas! Fikirkan perubahan-perubahan yang dialami oleh organisasi kita sepanjang 10 tahun yang lepas. Yehuwalah yang menyebabkan semua perubahan itu. Tidak lama lagi, kedaulatan Yehuwa akan ditegakkan dan nama-Nya akan disucikan. Hal ini akan berlaku apabila Kristus dan malaikat di syurga datang untuk melenyapkan kejahatan di bumi!
11, 12. Apakah yang sedang dilaksanakan oleh organisasi Yehuwa hari ini?
11 Fikirkan apa yang sedang dilaksanakan oleh organisasi Tuhan di bumi pada hari ini. Pembinaan. Ratusan pekerja sukarela yang rajin sedang membantu pembinaan ibu pejabat Saksi-Saksi Yehuwa di Warwick, New York, A.S. Di bawah pimpinan Bahagian Reka Bina Sedunia, ribuan pekerja sukarela sedang membina Dewan Perjumpaan dan menaik taraf pejabat cawangan. Kita sangat bersyukur kerana mereka bekerja dengan begitu keras! Yehuwa juga memberkati penyembah-Nya di serata dunia yang dengan rendah hati dan setia memberikan sumbangan kewangan bagi projek pembinaan sebegini.—Luk. 21:1-4.
Yes. 2:2, 3) Terdapat Sekolah Latihan Perintis, Sekolah Latihan Penginjil, Sekolah Gilead, Sekolah untuk Anggota Bethel Baru, Sekolah untuk Penyelia Litar dan Isteri Mereka, Sekolah untuk Penatua Sidang, Sekolah Bible untuk Saudara Terlantik, dan Sekolah untuk Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Isteri Mereka. Yehuwa sangat suka mendidik umat-Nya! Pendidikan rohani juga disebarkan melalui laman web kita, jw.org yang mempunyai bahan bacaan dalam ratusan bahasa. Laman web ini mempunyai bahagian berita dan bahagian khas untuk kanak-kanak dan keluarga. Pernahkah anda menggunakan jw.org semasa menginjil dan penyembahan keluarga?
12 Pendidikan. Fikirkan pelbagai sekolah yang menggalakkan pendidikan rohani. (SETIA KEPADA YEHUWA DAN SOKONG ORGANISASI-NYA
13. Apakah tanggungjawab kita sebagai penyembah Yehuwa yang setia?
13 Kita berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada organisasi Yehuwa! Kita tahu tentang kehendak dan piawaian Tuhan. Maka kita bertanggungjawab untuk melakukan apa yang betul dan mendukung kedaulatan-Nya. Seraya tahap moral dunia semakin merosot, kita mesti meneladani Yehuwa dan “membenci kejahatan.” (Mzm. 97:10) Kita tidak ingin menjadi orang yang “memutarbalikkan yang baik dan yang jahat.” (Yes. 5:20) Oleh sebab kita ingin menyenangkan hati Tuhan, kita bertekad untuk mengekalkan kebersihan secara jasmani, moral, dan rohani. (1 Kor. 6:9-11) Kita mengasihi Yehuwa dan mempercayai-Nya. Kita menunjukkan kesetiaan kepada-Nya dengan hidup selaras dengan piawaian Tuhan yang tercatat dalam Firman-Nya. Kita berusaha untuk melakukan hal itu di rumah, sidang, tempat kerja, sekolah, dan di mana-mana sahaja. (Ams. 15:3) Apakah cara lain kita dapat membuktikan kesetiaan kita kepada Tuhan?
14. Bagaimanakah ibu bapa Kristian menunjukkan kesetiaan kepada Tuhan?
14 Membesarkan anak. Ibu bapa Kristian setia kepada Yehuwa dengan melatih anak mereka menurut Firman Tuhan. Ibu bapa tidak patut dipengaruhi oleh budaya tempatan mengenai cara membesarkan anak. Semangat dunia tidak patut wujud dalam keluarga Kristian. (Ef. 2:2) Seorang ayah Kristian tidak patut berfikir, “Di negara kita, wanitalah yang mendidik anak.” Bible dengan jelas memberitahu kita tentang hal ini. Bible berkata, “Bapa-bapa, . . . teruslah besarkan [anak anda] dengan disiplin dan nasihat [arahan; bimbingan] daripada Yehuwa.” (Ef. 6:4, nota kaki) Ibu bapa yang setia kepada Tuhan ingin anak-anak mereka menjadi seperti Samuel kerana Yehuwa menyertainya semasa dia membesar.—1 Sam. 3:19.
15. Bagaimanakah kita menunjukkan kesetiaan kepada Yehuwa semasa membuat keputusan penting?
15 Membuat keputusan. Semasa membuat keputusan penting dalam kehidupan, satu cara kita menunjukkan kesetiaan kepada Tuhan adalah dengan mencari nasihat daripada Firman Tuhan dan organisasi-Nya. Untuk menjelaskan kepentingan berbuat demikian, mari kita lihat satu cabaran yang dihadapi oleh banyak ibu bapa. Sesetengah ibu bapa mempunyai kebiasaan untuk menghantar bayi yang baru lahir ke kampung halaman untuk dijaga oleh ahli keluarga. Dengan demikian, ibu bapa boleh terus bekerja dan mencari duit. Sememangnya, hal itu merupakan keputusan peribadi. Tetapi kita harus ingat bahawa Tuhan ingin kita bertanggungjawab atas keputusan kita. (Baca Roma 14:12.) Adakah bijak untuk membuat keputusan mengenai keluarga dan kehidupan kita tanpa melihat nasihat Bible terlebih dahulu? Sudah tentu tidak! Kita perlu bantuan Bapa kita di syurga kerana kita tidak dapat menentukan jalan hidup kita.—Yer. 10:23.
16. Apakah keputusan seorang ibu apabila anaknya dilahirkan? Apakah yang membantunya membuat keputusan yang betul?
16 Seorang wanita telah melahirkan bayi lelaki semasa hidup di negara asing. Dia ingin menghantar bayinya ke kampung halaman untuk dijaga oleh datuk nenek bayi itu. Sekitar masa bayi itu dilahirkan, dia mula mempelajari Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Dia membuat kemajuan rohani yang baik dan sedar bahawa dia bertanggungjawab untuk membesarkan anak supaya anaknya menyembah Yehuwa. (Mzm. 127:3; Ams. 22:6) Seperti yang digalakkan oleh Alkitab, dia meluahkan isi hatinya kepada Yehuwa. (Mzm. 62:8, 9) Dia juga mengongsi perasaannya dengan guru Bible dan orang lain di sidang. Walaupun dia didesak oleh sanak saudara dan sahabat untuk menghantar bayinya ke kampung untuk dijaga oleh datuk nenek, dia memutuskan bahawa hal itu tidak patut dilakukan. Suaminya kagum dengan cara sidang menjaga isteri dan anaknya. Dia mula belajar Bible dan menghadiri perjumpaan dengan isteri dan anaknya. Bayangkan betapa gembira ibu itu apabila dia sedar bahawa Yehuwa mengabulkan doanya.
17. Apakah cadangan yang diberikan mengenai cara membantu pelajar Bible?
17 Mengikut arahan. Satu cara penting untuk menunjukkan kesetiaan kepada Tuhan adalah dengan mengikut arahan daripada organisasi-Nya. Sebagai contoh, fikirkan cadangan mengenai cara membantu pelajar Bible kita. Selepas memulakan pembelajaran Bible dengan menggunakan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?, kita digalakkan untuk membantu pelajar Bible mengenali organisasi Yehuwa. Kita boleh menunjukkan video Apakah yang Berlaku di Dewan Perjumpaan? dan membincangkan brosur Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa? Selepas kita habis mempelajari buku Ajaran Bible dengan pelajar Bible yang telah membuat kemajuan, kita digalakkan untuk mempelajari buku Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan walaupun dia sudah dibaptis. Organisasi Yehuwa memberikan arahan ini supaya pengikut Kristus yang baharu dapat “memantapkan iman” mereka. (Kol. 2:7) Adakah anda mengikut cadangan sebegini yang diberikan oleh organisasi Yehuwa?
18, 19. Apakah sebab-sebabnya kita bersyukur kepada Yehuwa?
18 Terdapat banyak sebab mengapa kita harus bersyukur kepada Yehuwa! Kita berhutang nyawa kepada-Nya dan tanpa Tuhan kita tidak mungkin wujud. (Kis. 17:27, 28) Dia telah memberi kita hadiah yang sangat bernilai iaitu Firman-Nya, Bible. Seperti orang Kristian di Tesalonika, kita gembira untuk menerima Bible sebagai perkhabaran daripada Tuhan.—1 Tes. 2:13.
19 Dengan adanya Firman Tuhan, kita dapat menghampiri Yehuwa dan Dia juga menghampiri kita. (Yak. 4:8) Bapa kita di syurga telah memberi kita peluang istimewa untuk menjadi sebahagian daripada organisasi-Nya. Kita memang menghargai berkat ini! Penulis mazmur bernyanyi, ‘Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi.’ (Mzm. 136:1) Dalam Mazmur 136, ungkapan “kasih-Nya kekal abadi” wujud sebanyak 26 kali. Dengan membuktikan kesetiaan kita kepada Yehuwa dan organisasi-Nya, kita akan merasai kebenaran ungkapan itu kerana kita akan menikmati hidup yang abadi.