TIP PEMBELAJARAN
Cari Tempat yang Sesuai
Inginkah anda meraih lebih banyak manfaat semasa membuat pembelajaran peribadi? Cubalah tip-tip ini supaya anda dapat membuat pembelajaran peribadi di tempat yang sesuai:
-
Pilih lokasi yang baik. Seboleh-bolehnya, carilah tempat yang bersih, kemas, dan yang mempunyai pencahayaan yang baik. Anda boleh membuat pembelajaran peribadi di meja atau di tempat yang selesa di luar rumah.
-
Pilih tempat yang sunyi. Yesus memilih “suatu tempat yang sunyi” untuk berdoa “pada awal pagi.” (Mrk. 1:35) Jika anda tidak dapat mencari tempat yang sunyi, mintalah kerjasama ahli keluarga atau rakan serumah anda supaya mereka tidak mengganggu anda semasa anda membuat pembelajaran peribadi.
-
Kekalkan tumpuan anda. Elakkan hal yang boleh mengganggu perhatian anda. Jika anda menggunakan fon atau tablet untuk membuat pembelajaran, matikan notifikasi atau gunakan mod pesawat (airplane mode). Kalau anda teringat ada sesuatu yang perlu dilakukan, catatkannya dan lakukannya selepas sesi pembelajaran. Jika anda mula hilang tumpuan, berhenti sebentar untuk berjalan-jalan atau meregangkan otot.