Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TIP PEMBELAJARAN

Ulang Kaji Poin Utama

Ulang Kaji Poin Utama

Pernahkah anda berasa susah untuk ingat apa yang baru sahaja anda belajar? Kita semua pernah melaluinya. Untuk membantu kita ingat, kita boleh mengulang kaji poin utama.

Semasa anda melakukan pembelajaran, dari masa ke masa, berhentilah sejenak untuk memikirkan poin-poin utama. Perhatikan bagaimana Rasul Paulus membantu orang yang membaca suratnya. Dia menulis, “Inilah isi penting daripada apa yang kami katakan.” (Ibr. 8:1) Dengan berbuat demikian, Paulus membantu mereka untuk memahami apa yang hendak disampaikannya dan melihat kaitan antara setiap poin yang disebutnya.

Selepas membuat pembelajaran, cuba luangkan kira-kira 10 minit untuk fikir kembali poin-poin utama yang baru anda belajar. Jika anda tidak dapat ingatnya, lihatlah tajuk-tajuk kecil rencana atau ayat pertama setiap perenggan, kerana ayat itu biasanya mengandungi isi utama. Jika anda belajar sesuatu yang baharu, cuba jelaskannya dalam kata-kata sendiri. Dengan mengulang kaji poin utama, anda bukan sahaja dapat mengingatnya, tetapi juga lebih memahami cara menerapkannya dalam hidup anda.