Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tip Penyelidikan

Tip Penyelidikan

Aktiviti Kanak-Kanak

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengajar anak mereka tentang Yehuwa. (Ef. 6:4) Untuk membantu ibu bapa, organisasi Yehuwa telah menerbitkan banyak bahan yang berguna. Bagaimanakah anda dapat menggunakan bahan-bahan ini untuk melatih anak anda?

  • Cari bahan yang ada. Ketahuilah apa yang terdapat di JW.ORG bagi kaum muda, termasuk video dan aktiviti bertulis. a Taip “Kanak-Kanak” atau “Remaja” dalam kotak carian.

  • Pilih bahan yang paling sesuai bagi anak-anak anda. Di bawah bahagian “Kanak-Kanak,” anda dapat memilih aktiviti yang bermanfaat untuk anak-anak anda. Untuk mencarinya, taip “Projek Penyembahan Keluarga” dalam kotak carian.

  • Penglibatan ibu bapa sangat penting. Jangan sekadar membiarkan anak anda menonton video-video atau menyiapkan aktiviti seorang diri. Sebaliknya, luangkanlah masa untuk membincangkan bahan-bahan itu bersama anak anda. Dengan demikian, anda sedang membantu anak anda membina persahabatan dengan Yehuwa.

a JW Library® kini mengandungi semua video untuk kaum muda tetapi bukan semua aktiviti bertulis dipaparkan.