Dunia yang Penuh Masalah—Cara untuk Hadapinya
Adakah anda berasa bahawa kehidupan anda makin terjejas akibat masalah yang sering berlaku di dunia? Adakah hal-hal ini berlaku di kawasan anda?
peperangan
epidemik
bencana alam
kemiskinan
prasangka
jenayah
Apabila ditimpa masalah, banyak orang rasa terkejut dan ingin berputus asa. Ada pula yang begitu terkejut sehingga tidak dapat memberikan apa-apa reaksi. Namun, rasa terkejut atau rasa kebas secara emosi yang berpanjangan akan membuat masalah bertambah rumit.
Semasa menghadapi masalah, anda perlu bertindak dengan segera untuk melindungi apa yang paling berharga bagi anda, iaitu orang tersayang, kesihatan, kerja, dan kebahagiaan anda.
Apakah yang dapat anda lakukan untuk mengurangkan kesan masalah dunia ini terhadap anda?