DUNIA YANG PENUH MASALAH
2 | Urus Kewangan dengan Bijak
MENGAPA PENTING
Ramai orang perlu bekerja keras untuk mendapatkan keperluan hidup. Sedihnya, apabila bencana atau masalah berlaku, lebih susah bagi orang untuk mendapatkan keperluan seharian. Mengapa?
-
Kos hidup semakin meningkat, termasuk kos makanan dan tempat tinggal.
-
Kadar pengangguran meningkat atau gaji berkurang.
-
Bencana mungkin merosakkan atau memusnahkan tempat berniaga, rumah, atau aset lain. Hal ini menyebabkan ramai orang jatuh miskin.
Apa yang Perlu Anda Tahu
-
Jika anda pandai mengurus wang, anda akan lebih bersedia menghadapi krisis.
-
Ingatlah bahawa pendapatan, simpanan, dan harta milik bukanlah jaminan yang terbaik, kerana nilainya mungkin merosot.
-
Wang tidak dapat membeli hal-hal seperti kebahagiaan dan keluarga yang bersatu padu.
Apa yang Dapat Anda Lakukan Sekarang
Bible kata: “Jika kita mempunyai makanan dan pakaian, kita akan berpuas hati.”—1 Timotius 6:8.
Jika kita mengurangkan keinginan dan berpuas hati dengan keperluan seharian, kita akan berasa gembira. Hal ini penting jika pendapatan kita berkurang.
Anda mungkin perlu mengubah gaya hidup. Jika perbelanjaan anda lebih besar daripada pendapatan anda, situasi kewangan anda akan menjadi semakin teruk.