Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Diri Sendiri?

Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Diri Sendiri?

MENGAPA PENTING UNTUK MENGHORMATI DIRI SENDIRI

Orang yang menghormati diri sendiri dapat menghadapi cabaran hidup dengan yakin. Mereka tidak cepat berputus asa.

  • Kajian menunjukkan bahawa orang yang memandang rendah terhadap diri mudah berasa khuatir, murung, dan mengalami masalah gangguan pemakanan. Mereka lebih cenderung menyalahgunakan alkohol dan mengambil dadah.

  • Orang yang menghargai diri sendiri tidak akan membandingkan diri dengan orang lain. Oleh itu, mereka lebih mudah menjalin persahabatan yang erat dengan orang di sekeliling mereka. Sebaliknya, orang yang memandang rendah terhadap diri sendiri lebih suka mengkritik orang lain, dan hal itu akan menjejaskan persahabatan mereka.

  • Orang yang menghormati diri sendiri dapat menghadapi masalah dengan tabah. Mereka tidak mudah berputus asa. Orang yang kurang harga diri pula sering menganggap cabaran sebagai halangan dan cepat berputus asa.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

Pilihlah sahabat yang akan menggalakkan anda. Carilah kawan yang bersikap hormat, mengambil berat terhadap anda, dan yang akan menggalakkan anda.

“Sahabat sejati sentiasa menunjukkan kasih; sahabat sejati bagaikan saudara kandung yang dapat diharapkan pada masa kesusahan.”​—Amsal 17:17.

Bantu orang lain. Jika anda berbuat baik terhadap orang lain, termasuk mereka yang tidak dapat membalas kebaikan anda, anda akan rasai kebahagiaan yang sejati. Anda akan gembira dan puas biarpun orang lain tidak melihat perbuatan baik anda.

“Lebih berbahagia memberi daripada menerima.”​—Kisah 20:35.

Bantu anak anda memiliki harga diri. Satu cara untuk berbuat demikian adalah dengan membiarkan mereka menyelesaikan masalah sendiri, sejauh mana yang mereka mampu. Dengan itu, mereka akan belajar cara menghadapi dan mengatasi kesusahan. Pengalaman hidup sebegini akan membina harga diri mereka dan membawa manfaat seumur hidup.

“Ajarilah anak haluan yang harus ditempuhnya; maka sampai tua pun dia tidak akan menyimpang daripada haluan itu.”​—Amsal 22:6.

APA YANG SEDANG KAMI LAKUKAN

Perjumpaan dan program pembelajaran Bible yang diaturkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa membantu orang meningkatkan mutu hidup dan harga diri mereka.

PERJUMPAAN KAMI

Semasa perjumpaan kami, terdapat ceramah Bible yang sering membincangkan cara untuk membina harga diri. Perjumpaan kami diadakan setiap minggu, dan sesiapa sahaja pun boleh menghadirinya dengan percuma. Di perjumpaan kami, anda akan belajar hal seperti . . .

  • mengapa anda berharga bagi Tuhan

  • cara mengetahui tujuan hidup anda

  • cara memupuk persahabatan yang kukuh dan kekal

Dengan menghadiri perjumpaan, anda juga akan mendapat kawan sejati yang “saling memperhatikan.”​—1 Korintus 12:​25, 26.

Untuk maklumat lanjut tentang perjumpaan kami, cari video Apakah yang Berlaku di Dewan Perjumpaan? di jw.org

KURSUS PEMBELAJARAN BIBLE KAMI

Kami menawarkan kursus pembelajaran Bible yang percuma dengan menggunakan buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! Buku ini mengandungi ayat-ayat Bible, penjelasan yang logik, soalan yang merangsang fikiran, video yang menyentuh hati, dan gambar yang cantik. Kursus pembelajaran Bible kami membantu orang meningkatkan mutu hidup dan harga diri.

Untuk melihat manfaat yang dapat diraih daripada belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa, cari video Mengapa Belajar Bible? di jw.org