Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Orang Lain?

Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Orang Lain?

MENGAPA PENTING UNTUK MENGHORMATI ORANG LAIN

Sikap hormat dapat meleraikan situasi yang tegang dan membantu agar keadaan tidak menjadi lebih keruh.

  • Bible kata, “Jawapan yang lemah lembut meredakan kemarahan, tetapi kata-kata yang pedas membangkitkan kemurkaan.” (Amsal 15:1) Kata-kata dan tindakan yang kasar biasanya menyebabkan masalah menjadi lebih besar, seperti menuangkan minyak ke atas api.

  • Yesus kata, “Apa yang melimpah dalam hati, itulah yang akan diucapkan oleh mulut.” (Matius 12:34) Kata-kata yang tidak hormat mungkin berpunca daripada masalah dalam hati, iaitu perasaan kita terhadap orang yang berlainan bangsa, kaum, atau kedudukan.

    Dalam sebuah tinjauan yang melibatkan lebih daripada 32,000 orang di 28 negara, 65 peratus orang berkata bahawa mereka tidak pernah melihat sikap kurang hormat dan kurang sopan yang begitu teruk seperti sekarang.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

Tidak kira di sekolah atau tempat kerja, hormatilah semua orang biarpun pandangan mereka berbeza. Carilah titik persamaan apabila adanya perbezaan. Dengan demikian, anda dapat menjauhi sikap mengkritik atau suka menghakimi.

“Jangan lagi menghakimi orang lain supaya kamu tidak dihakimi.”​—Matius 7:1.

Layanlah orang lain sepertimana anda mahu dilayan. Jika anda bertimbang rasa dan tidak berat sebelah, kemungkinan besar orang lain pun akan layan anda dalam cara yang sama.

“Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, mesti kamu lakukan juga untuk mereka.”​—Lukas 6:31.

Sudi mengampuni. Janganlah bersangka buruk jika seseorang mengatakan atau melakukan sesuatu yang menyakiti hati anda.

“Orang yang berpengertian lambat naik marah, dan dia dipuji kerana mengampunkan kesalahan.”​—Amsal 19:11.

APA YANG SEDANG KAMI LAKUKAN

Di mana sahaja Saksi-Saksi Yehuwa tinggal atau kerja, kami berusaha menunjukkan sikap hormat dan menggalakkan orang lain untuk melakukan hal yang sama.

Kami mengongsi ajaran Bible secara percuma kepada semua orang, tetapi kami tidak memaksa orang untuk menerima kepercayaan atau pandangan kami. Sebaliknya, kami mengikut nasihat Bible untuk mengongsi mesej kami “dengan lemah lembut dan hormat yang mendalam.”​—1 Petrus 3:15; 2 Timotius 2:24.

Kami menolak sikap diskriminasi dan mengalu-alukan orang daripada pelbagai latar belakang untuk datang ke perjumpaan kami dan belajar Bible. Kami berusaha untuk bersikap toleransi dan ‘menghormati segala macam orang.’​—1 Petrus 2:17.

Kami menghormati pihak berkuasa di negara kami. (Roma 13:1) Kami mematuhi undang-undang dan membayar cukai. Walaupun kami tetap neutral dalam hal politik, kami menghormati keputusan orang lain.