Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan

Pengenalan

12 Rahsia Keluarga yang Bahagia

Kita sering mendengar tentang hal yang menyebabkan kehancuran keluarga, tetapi apakah yang membolehkan sebuah keluarga bahagia?

  • Antara tahun 1990 dengan 2015, kadar perceraian di Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda bagi mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas, dan meningkat tiga kali ganda bagi mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas.

  • Ibu bapa kini keliru: Ada pakar yang kata mereka perlu sentiasa memuji anak, manakala yang lain kata mereka perlu bersikap tegas.

  • Banyak anak muda memasuki alam dewasa tanpa kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.

Namun, hakikatnya ialah . . .

  • Perkahwinan dapat menjadi ikatan yang kekal dan bahagia.

  • Ibu bapa dapat belajar untuk mendisiplinkan anak atas dasar kasih.

  • Anak muda dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk menjadi orang dewasa yang berguna.

Bagaimana? Terbitan ini akan membincangkan 12 rahsia untuk keluarga yang bahagia.