Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Apakah yang Anda Percayai?

Apakah yang Anda Percayai?

“Alam semesta wujud dengan sendirinya.”​—The Grand Design, diterbitkan pada 2010, ditulis oleh ahli fizik Stephen Hawking dan Leonard Mlodinow.

“Tuhan menciptakan langit dan bumi.”​—Bible, Kejadian 1:1.

Adakah alam semesta dan hidupan diciptakan oleh Tuhan atau wujud secara kebetulan? Pandangan dua orang ahli fizik yang disebutkan di awal rencana ini sangat berbeza daripada pandangan Bible. Kedua-dua pandangan ini mempunyai penyokong masing-masing dan hangat diperdebatkan dalam banyak buku yang popular dan rancangan TV. Meskipun begitu, terdapat ramai orang yang tidak pasti pandangan mana yang betul.

Guru-guru di sekolah anda mungkin mengajar bahawa alam semesta dan hidupan wujud secara kebetulan dan bahawa Pencipta tidak wujud. Namun, adakah mereka dapat membuktikan kepada anda bahawa Pencipta tidak wujud? Anda juga mungkin pernah mendengar pemimpin agama mengajar bahawa Pencipta memang wujud. Namun, dapatkah mereka membuktikannya kepada anda? Atau adakah mereka hanya menyuruh anda menerima ajaran itu tanpa menyelidiki buktinya?

Anda mungkin pernah memikirkan soalan sebegini, dan anda mungkin rasa tiada orang yang tahu sama ada Pencipta wujud atau tidak. Anda juga mungkin terfikir satu lagi soalan: Adakah jawapannya penting?

Majalah ini akan membincangkan beberapa bukti yang telah meyakinkan ramai orang bahawa Pencipta memang wujud. Selain itu, kita akan melihat mengapa penting untuk mengetahui asal usul alam semesta dan hidupan di bumi.