Lompat ke kandungan

Dia Menemui Tujuan Hidup

Dia Menemui Tujuan Hidup

Laporan Penginjil Kerajaan Tuhan

Dia Menemui Tujuan Hidup

YESUS kata dia mengenal biri-birinya. (Yohanes 10:14) Oleh itu, orang yang ikhlas, mencintai kedamaian, dan mengasihi apa yang benar akan dibimbing untuk menjadi pengikut Yesus. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita dari Belgium yang akhirnya menemui tujuan hidup. Inilah kisahnya:

“Dulu saya murung dan fikir mahu bunuh diri. Tapi suatu hari, Saksi-Saksi Yehuwa mengetuk pintu rumah saya. Semasa mereka beritahu saya bahawa semua masalah dalam dunia akan ini dilenyapkan, saya rasa gembira. Tapi saya tidak suka bila dengar bahawa Tuhanlah yang akan membawa semua perubahan ini. Mengapa? Lapan tahun sebelumnya, saya sudah berhenti pergi gereja sebab orang di sana bermuka dua. Namun selepas bercakap dengan para Saksi, saya sedar mereka mengajarkan kebenaran dan bahawa saya perlukan Tuhan dalam hidup saya.

“Sedihnya tidak lama kemudian, saya tidak dapat menghubungi para Saksi. Saya rasa tertekan dan menghisap dua kotak rokok setiap hari. Saya juga mula ambil dadah dan guna ilmu sihir untuk berhubung dengan datuk saya yang sudah meninggal. Akibatnya, saya diserang oleh roh-roh jahat selama beberapa bulan. Pengalaman itu buat saya sangat takut dan saya tidak berani bersendirian pada waktu malam.

“Suatu hari semasa saya bersiar-siar, saya ikut jalan yang jarang saya guna dan saya nampak sebuah bangunan yang sangat besar. Saya terkejut bila nampak banyak orang di sana. Rupa-rupanya Saksi-Saksi Yehuwa sedang membina Dewan Perjumpaan. Saya teringat Saksi yang pernah datang ke rumah saya, dan saya fikir betapa bagusnya keadaan dunia ini jika semua orang hidup seperti mereka.

“Saya mahu dikunjungi para Saksi lagi, jadi saya beritahu beberapa pekerja pembinaan di sana. Saya juga berdoa kepada Tuhan. Sepuluh hari kemudian, Saksi yang mengunjungi saya dahulu datang ke rumah saya. Dia tanya jika saya mahu sambung pembelajaran Bible, dan saya terus setuju. Saya juga terima jemputannya untuk menghadiri perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa. Sebenarnya sudah lama saya mencari orang yang begitu gembira dan mengasihi satu sama lain. Itulah suasana yang saya lihat di perjumpaan itu!

“Sejak itu, saya menghadiri semua perjumpaan. Dalam masa kira-kira tiga minggu, saya berjaya berhenti hisap rokok. Saya juga buang semua buku yang berkaitan dengan astrologi dan muzik yang memuja Syaitan. Hasilnya saya tidak lagi diganggu roh jahat. Saya berusaha untuk ikut piawaian Yehuwa, dan tiga bulan kemudian saya mula menyertai kerja penyebaran. Saya dibaptis enam bulan kemudian, dan saya menjadi perintis sokongan dua hari selepas saya dibaptis.

“Saya bersyukur kepada Yehuwa atas segala yang telah Dia lakukan untuk saya. Kini hidup saya ada tujuan. Sememangnya nama Yehuwa ialah menara yang kukuh dan tempat perlindungan saya. (Amsal 18:10) Saya rasa seperi pemazmur yang menulis Mazmur 84:10, ‘Lebih baik sehari di halaman Rumah-Mu daripada seribu hari di tempat lain! Aku lebih rela berdiri di pintu gerbang Rumah Tuhanku, daripada tinggal di khemah orang yang jahat.’”

Wanita yang tulus hati ini menemui tujuan dalam hidup. Semua orang yang sedang mencari Yehuwa juga dapat menikmati hal yang sama.