“Jangan Bergantung Kepada Pengertianmu Sendiri”
“Jangan Bergantung kepada Pengertianmu Sendiri”
‘Percayalah kepada Yehuwa dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.’—AMS. 3:5, ABB.
1, 2. (a) Apakah situasi yang mungkin kita alami? (b) Kita harus bergantung pada siapa semasa menghadapi kesusahan, membuat keputusan penting, atau melawan godaan? Mengapa?
MAJIKAN Cynthia * telah memberhentikan sebilangan pekerja di syarikatnya. Cynthia berasa bahawa tidak lama lagi dia juga akan diberhentikan. Apakah yang akan dilakukannya jika hal itu berlaku? Bagaimanakah dia dapat menampung keperluan hidup? Seorang saudari yang bernama Pamela berhasrat untuk berkhidmat di kawasan yang memerlukan lebih banyak penyiar, tetapi patutkah dia berbuat demikian? Seorang pemuda yang bernama Samuel melihat gambar lucah semasa kecil. Kini, dia berumur 20-an dan sedang bergelut agar tidak dikuasai semula oleh tabiat buruk itu. Apakah yang dapat membantunya?
2 Anda bergantung pada siapa semasa menghadapi kesusahan, membuat keputusan yang penting, atau melawan godaan? Adakah anda hanya bergantung pada diri sendiri? Atau adakah anda ‘menyerahkan kekhuatiran anda kepada Yehuwa’? (Mzm. 55:23) Bible menyatakan, “Tuhan memperhatikan orang salih, dan mendengar tangisan mereka.” (Mzm. 34:16, ABB) Ya, kita mesti percaya kepada Yehuwa dengan sepenuh hati dan tidak bergantung pada pengertian sendiri!—Ams. 3:5.
3. (a) Apakah yang akan kita lakukan jika kita bergantung pada Yehuwa? (b) Mengapakah sesetengah orang cenderung untuk bergantung pada pengertian sendiri?
3 Seseorang yang percaya kepada Yehuwa dengan sepenuh hati akan berusaha untuk melakukan segala sesuatu menurut kehendak-Nya. Untuk berbuat demikian, kita mesti sentiasa memohon bimbingan Tuhan melalui doa. Tetapi, ramai orang berasa susah untuk bergantung pada Yehuwa dengan sepenuhnya. Sebagai contoh, seorang saudari yang bernama Lynn mengaku, “Tidak senang bagi saya untuk percaya dan bergantung sepenuhnya pada Yehuwa.” Mengapa? Dia berkata, “Saya tidak mempunyai hubungan dengan bapa saya dan ibu saya tidak menjaga keperluan emosi dan fizikal saya. Jadi sejak muda lagi, saya terpaksa bergantung pada diri sendiri.” Latar belakang Lynn menyebabkan dia sukar untuk percaya sesiapa pun dengan sepenuhnya. Seorang yang berjaya dan mahir juga cenderung untuk bergantung pada diri sendiri. Seorang penatua yang bergantung pada pengalamannya mungkin akan mengendalikan hal ehwal sidang tanpa berdoa kepada Tuhan terlebih dahulu.
4. Apakah yang akan dibincangkan dalam rencana ini?
4 Apabila kita memohon bantuan Yehuwa, Dia menghendaki kita berusaha sedaya upaya dan mengikut arahan-Nya. Jadi, bilakah masanya kita harus mengharapkan penyelesaian daripada Yehuwa dan bilakah masanya kita harus berusaha menyelesaikan masalah sendiri? Semasa membuat keputusan, apakah yang harus kita ingat? Mengapakah kita perlu berdoa semasa melawan godaan? Kita akan membincangkan soalan-soalan ini dengan merenungkan beberapa contoh Bible.
Semasa Menghadapi Kesusahan
5, 6. Apakah yang dilakukan oleh Hizkia apabila dia diancam oleh raja Asyur?
5 Mengenai Raja Hizkia dari Yehuda, Bible menyatakan, “Raja Hizkia taat kepada Tuhan, dan tidak pernah membantah-Nya. Dengan sungguh-sungguh baginda mentaati segala perintah yang telah diberikan oleh Tuhan dengan perantaraan Musa.” Ya, ‘Raja Hizkia percaya kepada Yehuwa, Tuhan Israel.’ (2 Raj. 18:5, 6, ABB) Raja Sanherib dari Asyur telah menghantar wakil-wakilnya, termasuk pegawai tingginya, serta pasukan askar yang besar ke Yerusalem. Askar Asyur telah menawan beberapa buah kota di Yehuda dan tumpuan Sanherib kini berpusat pada Yerusalem. Apakah yang dilakukan oleh Hizkia? Dia pergi ke Rumah Yehuwa dan mula berdoa, ‘Selamatkanlah kami daripada orang Asyur, ya Yehuwa, Tuhan kami supaya semua bangsa di dunia tahu bahawa Engkau, Yehuwa satu-satunya Tuhan.’—2 Raj. 19:14-19, ABB.
6 Hizkia telah bertindak selaras dengan doanya. Bahkan sebelum dia ke Rumah Tuhan untuk berdoa, dia mengarahkan rakyatnya supaya tidak membalas celaan pegawai tinggi Sanherib. Hizkia juga menghantar beberapa orang wakil kepada nabi Yesaya untuk mendapat nasihatnya. (2 Raj. 18:36; 19:1, 2) Ya, Hizkia mengambil langkah-langkah berpatutan yang selaras dengan kehendak Tuhan; dia tidak mendapatkan bantuan daripada orang Mesir ataupun daripada bangsa-bangsa jiran. Hizkia percaya kepada Yehuwa dan tidak bergantung pada pengertian sendiri. Selepas malaikat Yehuwa membunuh 185,000 orang askar Sanherib, Sanherib “berundur dari sana” dan pulang ke Niniwe.—2 Raj. 19:35, 36.
7. Mengapakah kita boleh mendapat kelegaan hati daripada doa yang diucapkan oleh Hana dan Yunus?
7 Hana, isteri Elkana, yang berasa susah hati kerana dia mandul juga bersandar kepada Yehuwa. (1 Sam. 1:9-11, 18) Nabi Yunus diselamatkan daripada perut seekor ikan yang besar selepas dia berdoa, “Ya Tuhan, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu, dan Engkau menjawab aku. Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan, permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.” (Yun. 2:1, 2, 10, ABB) Tidak kira betapa teruknya penderitaan kita, kita boleh berseru kepada Tuhan untuk meminta pertolongan-Nya. Tidakkah hal ini melegakan hati kita?—Baca Mazmur 55:2, 17.
8, 9. Doa Hizkia, Hana, dan Yunus menunjukkan mereka mengutamakan apa, dan apakah pengajarannya bagi kita?
8 Contoh Hizkia, Hana, dan Yunus juga memberi kita pengajaran yang sangat penting. Perhatikan bahawa meskipun mereka berasa sayat hati dan tertekan, doa mereka menyingkapkan bahawa mereka tidak mengutamakan diri sahaja atau sekadar mahu mendapat kelegaan daripada masalah yang dihadapi; mereka lebih mementingkan nama Tuhan, ibadat Tuhan, dan pelaksanaan kehendak-Nya. Semasa nama Yehuwa dicela dan dicaci, Hizkia berasa sakit hati. Hana berjanji akan memberikan anaknya yang didambakan untuk berkhidmat di khemah suci Yehuwa di Silo. Dan Yunus berkata, “Aku akan menunaikan segala janjiku.”—Yun. 2:9.
9 Semasa kita menderita dan berdoa untuk bantuan Tuhan, kita harus memeriksa niat hati kita. Adakah kita hanya mementingkan diri dan mahu dibebaskan daripada masalah yang dihadapi, atau adakah tujuan Yehuwa dekat di hati? Penderitaan yang dialami mungkin menyebabkan kita asyik memikirkan kepentingan sendiri sehingga perkara-perkara rohani diketepikan. Semasa berdoa kepada Yehuwa, kita harus berdoa supaya nama-Nya disucikan dan kedaulatan-Nya ditegakkan. Jika kita berbuat demikian, kita dapat mengekalkan pandangan yang positif meskipun doa kita tidak dijawab dalam cara yang diharapkan. Kadangkala Yehuwa mungkin tidak menyingkirkan masalah kita dengan serta-merta. Tetapi Dia menjawab doa kita dengan memberi Yesaya 40:29; Mazmur 121:1, 2.
kita kekuatan untuk menanggung kesusahan.—BacaSemasa Membuat Keputusan
10, 11. Apakah yang dilakukan oleh Yosafat semasa dia perlu membuat keputusan yang besar?
10 Bagaimanakah anda membuat keputusan yang penting dalam kehidupan? Adakah anda memutuskan sesuatu dahulu dan kemudian berdoa kepada Yehuwa untuk memberkati keputusan itu? Perhatikan contoh Yosafat, raja Yehuda. Kuasa Moab dan Amon bergabung untuk menyerang Yehuda, dan para penduduk tidak dapat bertahan di bawah serangan mereka. Apakah yang dilakukan oleh Yosafat?
11 Bible menyatakan, “Raja Yosafat takut lalu berdoa kepada Tuhan meminta petunjuk.” Dia memerintah semua di Yehuda untuk berpuasa dan mengumpulkan mereka “untuk minta pertolongan daripada Tuhan.” Dia berdiri di hadapan orang Yehuda dan Yerusalem dan merayu, ‘Engkaulah Tuhan kami! Hukumlah mereka, kerana kami tidak berdaya melawan tentera besar yang menyerang kami. Kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan, tetapi kami datang kepada-Mu meminta tolong.’ Yehuwa mendengar doa Yosafat dan menyelamatkan umat-Nya. (2 Taw. 20:3-12, 17, ABB) Semasa membuat keputusan, terutamanya keputusan yang boleh mempengaruhi hubungan kita dengan Yehuwa, kita patut bergantung pada Yehuwa dan bukannya pada pengertian sendiri.
12, 13. Bagaimanakah Daud menetapkan contoh yang baik semasa membuat keputusan?
12 Kadangkala kita menghadapi masalah yang pernah dihadapi dahulu. Nampaknya, kita dapat menyelesaikannya dengan mudah. Tetapi, apakah yang patut kita lakukan? Mari kita lihat kisah Raja Daud. Semasa orang Amalek menyerang kota Ziklag, mereka melarikan isteri-isteri dan anak-anak kepunyaan Daud dan anak buahnya. Daud menanya Yehuwa, “Haruskah aku mengejar perompak-perompak itu?” Yehuwa menjawab, “Kejarlah mereka. Engkau akan menyusul mereka dan menyelamatkan orang tawanan.” Daud menurut kata-kata Tuhan, dan dia “berjaya mengambil semula semua yang dirampas oleh orang Amalek.”—1 Sam. 30:7-9, 18-20.
13 Selepas serangan orang Amalek, orang Filistin pula menyerang Israel. Daud sekali lagi meminta bimbingan Yehuwa dan telah menerima jawapan yang jelas. “Seranglah!” jawab Tuhan. “Aku akan memberi engkau kemenangan.” (2 Sam. 5:18, 19) Tidak lama kemudian, orang Filistin sekali lagi menyerang Daud. Kali ini, apakah yang dilakukannya? Dia boleh berfikir, “Saya pernah mengalami dua situasi yang serupa sebelum ini. Saya akan menyerang musuh Tuhan seperti dahulu.” Tetapi Daud tidak bergantung pada pengalamannya. Dia sekali lagi meminta bimbingan Tuhan. Kali ini, arahan yang diberikan oleh Yehuwa berbeza dan Daud tentu berasa gembira kerana dia telah bergantung pada Yehuwa. (2 Sam. 5:22, 23) Jadi, apabila kita berdepan dengan masalah atau situasi yang pernah kita alami, kita harus berhati-hati agar tidak hanya bergantung pada pengalaman kita.—Baca Yeremia 10:23.
14. Apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada cara Yosua dan pemimpin Israel berurusan dengan orang Gibeon?
14 Kita semua, termasuk para penatua yang berpengalaman, adalah tidak sempurna. Oleh itu kita harus berwaspada agar tidak terlupa untuk meminta bimbingan Yehuwa semasa membuat keputusan. Perhatikan bagaimana Yosua dan pemimpin Israel bertindak apabila penduduk Gibeon menyamar sebagai orang yang datang dari tempat yang jauh. Tanpa mendapatkan bimbingan Yehuwa, Yosua dan pemimpin Israel telah membuat perjanjian damai dengan orang Gibeon. Walaupun Yehuwa tidak membatalkan perjanjian itu, Dia memastikan bahawa kesilapan mereka—iaitu kelalaian mereka untuk meminta bimbingan-Nya—dicatatkan dalam Bible bagi manfaat kita.—Yos. 9:3-6, 14, 15.
Semasa Bergelut untuk Melawan Godaan
15. Jelaskan mengapa kita mesti berdoa semasa melawan godaan.
15 Oleh sebab “hukum dosa” tersemat dalam diri kita, kita harus bergelut untuk melawan kecenderungan untuk berdosa. (Rm. 7:21-25) Kita boleh menang dalam pertarungan ini. Bagaimana? Yesus memberitahu pengikutnya bahawa mereka mesti berdoa untuk melawan godaan. (Baca Lukas 22:40.) Walaupun nafsu atau fikiran yang salah tidak hilang selepas kita berdoa, kita mesti terus memohon kebijaksanaan daripada Tuhan. Kita diberi jaminan bahawa Tuhan memberikan kebijaksanaan “dengan murah hati dan dengan sukacita.” (Yak. 1:5) Yakobus juga menulis, “Adakah sesiapa yang sakit [secara rohani]? Hendaklah dia memanggil pemimpin-pemimpin jemaah, supaya mereka berdoa baginya dan menyapukan minyak zaitun padanya demi nama Tuhan. Doa yang diucapkan dengan iman, akan menyembuhkan orang sakit itu.”—Yak. 5:14, 15, ABB.
16, 17. Jika kita menginginkan bantuan semasa menghadapi godaan, bilakah masa yang paling sesuai untuk berdoa?
16 Kita tahu bahawa kita perlu berdoa untuk melawan godaan. Tetapi bilakah masa yang paling sesuai untuk berdoa? Lihatlah contoh pemuda yang disebut di Amsal 7:6-23. Pada suatu petang, dia sengaja berjalan dekat rumah seorang perempuan yang tidak bermoral. Dia ditipu oleh kata-kata manis perempuan itu dan mengikutnya seperti lembu yang akan disembelih. Mengapakah pemuda itu berada di situ? Bible menyatakan bahawa dia “bodoh,” iaitu dia kurang berpengalaman. Dia mungkin sedang bergelut untuk melawan nafsu yang salah. (Ams. 7:7) Bilakah dia sepatutnya berdoa? Walaupun dia boleh berdoa pada bila-bila masa, masa yang paling baik untuk berdoa adalah semasa nafsu atau fikiran yang salah mula-mula terlintas di mindanya.
17 Hari ini, seorang lelaki mungkin sedang melawan kecenderungan untuk melihat gambar lucah. Tetapi katakan dia sengaja melayari laman Internet yang mengandungi gambar atau video yang lucah. Tidakkah keadaannya mirip dengan pemuda di Amsal bab 7? Tindakannya memang mengundang masalah! Bagi melawan godaan untuk melihat gambar lucah, seseorang harus berdoa kepada Yehuwa sebelum menjejakkan kaki ke dalam jerat yang dipasang di Internet.
18, 19. (a) Mengapakah tidak senang untuk melawan godaan, tetapi bagaimanakah anda dapat berjaya menangani cabaran ini? (b) Apakah tekad anda?
18 Memang, pergelutan untuk melawan godaan atau mengatasi tabiat buruk tidaklah senang. Rasul Paulus menulis, ‘Keinginan manusia bertentangan dengan keinginan Roh [daya aktif] Tuhan, dan keinginan Roh [daya aktif] Tuhan bertentangan dengan keinginan Gal. 5:17) Untuk mengatasi cabaran ini, kita harus berdoa secara bersungguh-sungguh semasa nafsu atau fikiran yang salah mula-mula terlintas di minda. Kemudian, kita harus bertindak selaras dengan doa kita. ‘Tiap-tiap cubaan yang kita alami itu cubaan yang biasa dialami orang,’ dan dengan bantuan Yehuwa, kita dapat tetap setia kepada-Nya.—1 Kor. 10:13.
manusia.’ Oleh itu, “[kita] tidak dapat melakukan apa yang [kita] inginkan.” (19 Doa merupakan kurniaan menakjubkan yang dapat membantu kita semasa kita menghadapi kesusahan, membuat keputusan yang penting, atau melawan godaan. Apabila kita berdoa, kita menunjukkan bahawa kita bergantung pada Tuhan. Kita juga harus terus memohon daya aktif-Nya untuk mendapatkan bimbingan dan kekuatan yang diperlukan. (Luk. 11:9-13) Semoga kita sentiasa percaya kepada Yehuwa dan tidak bergantung pada pengertian sendiri!
[Nota kaki]
^ per. 1 Nama-nama telah diubah.
Ingatkah Anda?
• Bagaimanakah teladan Hizkia, Hana, dan Yunus membantu anda untuk percaya kepada Yehuwa?
• Bagaimanakah teladan Daud dan Yosua menekankan pentingnya untuk selalu bersandar pada Yehuwa semasa membuat keputusan?
• Bilakah masa yang paling sesuai untuk berdoa bagi melawan godaan?
[Soalan Pembelajaran]
[Gambar pada muka surat 9]
Bilakah masa yang paling sesuai untuk berdoa bagi melawan godaan?