Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kemurahan Hati Mendatangkan Sukacita!

Kemurahan Hati Mendatangkan Sukacita!

Kemurahan Hati Mendatangkan Sukacita!

ORANG Kristian awal di Filipi menyokong ibadat sejati dengan murah hati. Dalam suratnya yang terilham kepada mereka, rasul Paulus menulis, ‘Setiap kali aku teringat akan kamu, aku bersyukur kepada Tuhan. Setiap kali aku berdoa untuk kamu, aku berdoa dengan sukacita. Aku bersukacita kerana kamu telah menolong aku sehingga dapat mengkhabarkan berita baik itu, sejak hari pertama sehingga sekarang.’ (Flp. 1:3-5, ABB) Sebagai contoh, kemurahan hati Lidia tidak dilupakan Paulus. Selepas Lidia dan seisi rumahnya dibaptis, dia begitu murah hati sehingga mendesak Paulus dan rakan-rakannya untuk menetap di rumahnya.​—Kis. 16:14, 15.

Tidak lama kemudian, apabila Paulus mengunjungi saudara seiman di Tesalonika (kira-kira 160 km dari Filipi), sidang baru di Filipi telah menghantarnya bekalan sebanyak dua kali. (Flp. 4:15, 16) Beberapa tahun kemudian, orang Filipi dan orang Makedonia mengalami kesusahan yang berat dan “mereka sangat miskin.” Tetapi selepas mereka mendapat berita bahawa orang Kristian di Yerusalem memerlukan bantuan, mereka sangat ingin membantu. Paulus memberikan kesaksian bahawa hal ini sebenarnya ‘lebih daripada kemampuan’ mereka. Namun, dia menulis, ‘Mereka meminta dan merayu kepada kami supaya dibenarkan membantu umat Tuhan.’​—2 Kor. 8:1-4, ABB; Rm. 15:26.

Kira-kira sepuluh tahun selepas orang Filipi mula-mula memeluk agama Kristian, mereka masih memperlihatkan semangat murah hati. Selepas mereka mendapat khabar bahawa Paulus dipenjarakan di Roma, mereka menghantar Epafroditus sejauh 1,287 km mengharungi darat dan lautan untuk membawa bekalan yang diperlukan oleh Paulus. Memang jelas, orang Filipi mahu membantu Paulus agar dia dapat terus menguatkan saudara seiman dan menjalankan kerja penyebaran.​—Flp. 1:12-14; 2:25-30; 4:18.

Hari ini, orang Kristian sejati memandang tinggi penghormatan untuk menyokong kerja penyebaran. (Mat. 28:19, 20) Mereka menyokong kerja ini dengan menyumbangkan masa, tenaga, dan wang. Kotak di bawah menunjukkan beberapa cara anda dapat menyokong kerja ini.

[Kotak pada muka surat 22, 23]

CARA-CARA MEMBERI

SUMBANGAN UNTUK KERJA SEDUNIA

Banyak orang memperuntukkan sejumlah wang untuk dimasukkan ke dalam kotak yang berlabel “Kerja Sedunia.”

Setiap bulan, sidang-sidang mengirimkan sumbangan ke pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa. Sumbangan sukarela berupa wang juga dapat dihantar terus ke ibu pejabat sedunia Saksi-Saksi Yehuwa, atau ke pejabat cawangan negara anda. Cek-cek yang disumbangkan kepada pejabat cawangan tempatan harus dibuat atas nama “Watchtower.” Barang kemas atau barangan lain yang berharga juga boleh disumbangkan. Surat ringkas yang menyatakan bahawa barangan itu pemberian tanpa syarat patut dilampirkan bersama sumbangan tersebut.

SUMBANGAN BERSYARAT

Wang dapat diamanahkan kepada “Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania” dan akan dikembalikan apabila diminta. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat cawangan tempatan.

PERANCANGAN AMAL

Penderma perlu membuat perancangan awal untuk memberikan sumbangan. Selain wang yang disumbangkan tanpa syarat, terdapat cara-cara lain untuk menyumbang kepada kerja sedunia. Hal ini merangkumi:

Insurans: Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania dapat dinamakan sebagai benefisiari, atau penama polisi insurans hayat atau pelan persaraan/pencen.

Akaun bank: Akaun bank, deposit tetap, atau akaun pesara boleh diamanahkan atau dibayar kepada Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania setelah kematian pemiliknya, mengikut syarat-syarat bank tempatan.

Saham dan Bon: Saham dan bon boleh disumbangkan kepada Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania sebagai pemberian tanpa syarat atau Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania boleh dinamakan sebagai benefisiari apabila pemilik meninggal.

Hartanah: Hartanah boleh disumbangkan sebagai pemberian tanpa syarat. Semasa menderma hartanah kediaman, penderma boleh menyatakan bahawa dia ingin terus mendiaminya sehingga meninggal dunia. Sebelum membuat pemindahan hak milik, sila hubungi pejabat cawangan tempatan.

Wasiat dan Amanah: Hartanah atau wang dapat diwariskan kepada Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania. Surat wasiat yang sah di sisi undang-undang diperlukan, atau Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania dapat dinamakan sebagai benefisiari amanah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat cawangan tempatan.