Ingatkah Anda?
Ingatkah Anda?
Sudahkah anda membaca isu-isu majalah pembelajaran yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:
• Yehuwa berkata kepada orang Lewi, “Aku, Tuhan, adalah warisanmu.” Apakah maksud kata-kata tersebut?
Setiap suku Israel mendapat warisan tanah, tetapi suku Lewi mendapat Yehuwa sebagai “warisan” mereka. (Bil. 18:20) Mereka tidak diberikan warisan tanah, tetapi mewarisi khidmat yang istimewa. Namun begitu, Yehuwa tetap menjaga keperluan asas orang Lewi. Hari ini, mereka yang berpeluang untuk memajukan Kerajaan Tuhan boleh berasa yakin bahawa Yehuwa juga akan menjaga keperluan asas mereka.—9/15, muka surat 7-8, 13.
• Apakah yang dapat membantu seorang Kristian untuk menentukan sama ada rekreasi yang dipilih adalah bermanfaat atau tidak?
Untuk menentukan sama ada rekreasi yang dipilih bermanfaat dan menyenangkan hati Tuhan, adalah baik jika kita bertanya: Apakah yang terlibat? Bilakah masa yang sesuai untuk berekreasi? Siapakah sahabat-sahabat saya?—10/15, muka surat 9-12.
• Bagaimanakah kisah di Amsal 7:6-23 membantu kita menghindari pornografi atau kecenderungan untuk melihat gambar lucah?
Ayat-ayat ini menceritakan tentang seorang pemuda yang sengaja berjalan dekat rumah seorang perempuan yang tidak bermoral. Wanita itu berjaya menggoda dia. Hari ini, adalah bijak jika kita menghindari laman Internet yang mengandungi gambar atau video yang lucah. Adalah penting bagi seseorang untuk berdoa kepada Yehuwa sebelum terjejak ke dalam jerat yang dipasang di Internet.—11/15, muka surat 9-10.