Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Usaha Anda Memang Berbaloi!

Usaha Anda Memang Berbaloi!

Usaha Anda Memang Berbaloi!

PENYEMBAHAN KELUARGA dan pembelajaran Bible sangat penting jika anda mahu mendidik anak dengan “ajaran dan nasihat Tuhan.” (Ef. 6:4) Jika anda bergelar ibu atau bapa, anda tentu tahu bahawa anak-anak senang menjadi bosan. Bagaimanakah anda dapat menangkap perhatian mereka? Mari kita lihat apa yang dilakukan oleh sesetengah ibu bapa.

George, dari California, A.S., berkata, “Semasa anak-anak kami lebih kecil, saya dan isteri mencuba untuk mempelbagaikan kaedah dan topik pembelajaran. Adakalanya kami akan berpakaian seperti watak Bible dan melakonkan cerita daripada Buku Cerita Bible Saya. Kami bahkan membuat pedang, tongkat raja, bakul, dan barang lain yang diperlukan. Kami juga memainkan permainan Bible ‘tekalah siapa saya’ serta mencipta permainan Bible yang mempunyai soalan-soalan dengan kesukaran yang berbeza. Kami juga mengadakan projek seperti membina bahtera Nuh dan melukis garis masa peristiwa Bible. Masa lain pula kami mengadakan sesi melukis watak atau cerita Bible. Tidak lama lagi, kami akan melukis perlengkapan senjata rohani yang digambarkan di Efesus 6:11-17, dan setiap ahli keluarga akan menjelaskan satu bahagian. Kaedah-kaedah ini membantu kami menikmati pembelajaran keluarga kami.”

Debi, seorang ibu di Michigan, A.S., berkata, “Saya dan suami menghadapi masalah untuk menyentuh hati anak perempuan kami semasa dia berumur tiga tahun. Pada suatu hari, ketika membaca cerita tentang Ishak dan Ribka daripada Buku Cerita Bible Saya, saya menggunakan dua patung untuk memainkan watak mereka. Sekarang, anak saya memberikan perhatian sepenuhnya! Dalam bulan-bulan yang berikut, dua patung itu memegang banyak watak Bible. Selepas membaca sebuah kisah, anak kami akan menggeledah rumah untuk mencari alat permainan atau benda lain yang boleh digunakan untuk kisah itu. Dia seperti mencari harta karun! Kotak kasut dan reben merah menjadi rumah Rahab dengan tali merahnya. Ular permainan yang panjangnya 1.5 meter dililitkan pada sebatang penyapu dan menjadi ular tembaga yang disebut di Bilangan 21:4-9. Semua alat ini disimpan dalam sebuah beg yang besar. Anak kami sering kali akan duduk di ruang tamu dan menyelongkar ‘beg cerita Biblenya.’ Kami berasa sangat gembira semasa melihat dia melakonkan cerita-cerita ini!”

Sekadar mengadakan sesi mingguan ini tidak cukup untuk menyemat hasrat menyembah Yehuwa dalam jiwa mereka. Tetapi penyembahan keluarga dan pembelajaran Bible boleh menjadi batu loncatan bagi pengajaran rohani lain. Meskipun tidak mudah untuk membesarkan anak, usaha anda memang berbaloi!