Pelihara Sikap Positif dalam Sidang
Pelihara Sikap Positif dalam Sidang
‘Semoga Tuan Yesus Kristus memberkati [“sikap,” NW] kamu semua.’—FLP. 4:23.
BAGAIMANAKAH KITA DAPAT MENGGALAKKAN SIKAP YANG POSITIF DALAM SIDANG . . .
semasa bergaul dengan saudara saudari?
menerusi semangat membara dalam kerja penyebaran?
dengan melaporkan salah laku yang serius?
1. Mengapakah sidang di Filipi dan Tiatira dipuji?
ORANG Kristian abad pertama di Filipi miskin. Tetapi mereka murah hati dan sangat mengasihi rakan seiman. (Flp. 1:3-5, 9; 4:15, 16) Dalam ayat terakhir di buku Filipi, Paulus memuji mereka, ‘Semoga Tuan Yesus Kristus memberkati [“sikap,” NW] kamu semua.’ (Flp. 4:23) Sikap yang serupa diperlihatkan di sidang Tiatira. Oleh itu, Yesus memberitahu mereka, ‘Aku mengetahui semua yang sudah kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu saling mengasihi, kamu setia, kamu saling menolong, dan kamu tabah menanggung penderitaan. Aku tahu bahawa kamu sekarang melakukan lebih banyak kerja berbanding dahulu.’—Why. 2:19.
2. Bagaimanakah sikap kita mempengaruhi sikap sidang?
2 Dalam cara yang sama, setiap sidang Saksi-Saksi Yehuwa hari ini memperlihatkan sikap, atau semangat tertentu. Sesetengah sidang sangat ramah. Sidang lain pula dikenali kerana menjalankan kerja penyebaran dengan semangat membara dan menggalakkan khidmat sepenuh masa. Jika kita masing-masing memupuk sikap yang positif, kita dapat menyumbang kepada kemajuan rohani dan perpaduan sidang. (1 Kor. 1:10) Sebaliknya, sikap yang negatif akan menyumbang kepada kelelahan rohani, sikap endah tak endah, dan mengizinkan salah laku dalam sidang. (1 Kor. 5:1; Why. 3:15, 16) Apakah sikap sidang anda? Bagaimanakah anda dapat menggalakkan sikap positif dalam sidang?
GALAKKAN SIKAP YANG POSITIF
3, 4. Bagaimanakah kita dapat ‘bersyukur kepada Yehuwa dalam perhimpunan umat-Nya’?
3 Penulis mazmur menyanyi kepada Yehuwa, “Aku Mzm. 35:18, ABB) Pemazmur memuji Yehuwa dengan bersemangat ketika bersama penyembah Tuhan yang lain. Perjumpaan kita, termasuk Pembelajaran Majalah, memberi kita peluang untuk menyatakan iman melalui komen. Tanyalah diri, “Adakah saya menghargai peluang untuk memberikan komen semasa perjumpaan? Adakah saya membuat persediaan rapi dan memberikan komen yang bermakna? Sebagai ketua keluarga, adakah saya membantu anak-anak saya untuk membuat persiapan dan mengajar mereka cara untuk memberi komen dengan menggunakan kata-kata sendiri?”
akan bersyukur kepada-Mu dalam perhimpunan umat-Mu, aku akan memuji Engkau dalam pertemuan mereka.” (4 Nyanyian dapat mencerminkan keyakinan kita terhadap Yehuwa. Daud berkata, ‘Ya Tuhan, aku sungguh yakin kepada-Mu; aku hendak menyanyi dan memuji Engkau!’ (Mzm. 57:8, ABB) Lagu-lagu yang digunakan semasa perjumpaan memberi kita peluang untuk menyanyikan pujian kepada Yehuwa dengan penuh yakin. Jika kita belum pandai menyanyikan sesetengah lagu, kita boleh berlatih semasa malam Penyembahan Keluarga. Semoga kita bertekad untuk ‘menyanyikan pujian bagi Tuhan seumur hidup kita.’—Mzm. 104:33.
5, 6. Bagaimanakah kita boleh bermurah hati dan bersikap ramah? Bagaimanakah hal ini akan membantu sidang?
5 Satu lagi cara untuk memupuk kasih dalam sidang adalah dengan menyambut orang dengan ramah. Paulus menulis kepada orang Kristian Ibrani, “Hendaklah kita sentiasa saling mengasihi. Janganlah segan menyambut orang.” (Ibr. 13:1, 2) Mungkin kita boleh menjemput penyelia lawatan serta isterinya, atau pekhidmat sepenuh masa yang lain untuk makan bersama. Fikirkan juga balu, keluarga tunggal, atau individu lain yang akan digalakkan jika kita menjemput mereka dari semasa ke semasa untuk makan bersama atau menyertai penyembahan keluarga kita.
6 Paulus menyuruh Timotius menasihati ahli sidang “supaya berbuat baik, supaya rajin berbuat kebajikan, murah hati, 1 Tim. 6:17-19, ABB) Paulus sedang menggalakkan rakan seimannya agar memupuk kemurahan hati. Semasa kegawatan ekonomi, kita masih boleh bermurah hati. Contohnya, kita boleh membantu saudara saudari yang memerlukan pengangkutan ke perjumpaan atau kerja penyebaran. Apa pula yang boleh dilakukan oleh saudara saudari yang menerima bantuan sebegini? Mereka boleh menggalakkan sikap yang positif dalam sidang dengan menghargai bantuan yang diberi. Misalnya mereka boleh memberikan sedikit wang untuk membantu menampung kos pengangkutan. Tambahan lagi, jika kita meluangkan lebih banyak masa bersama saudara saudari, tidakkah hal ini menunjukkan bahawa kita mengasihi mereka? Berusahalah untuk berbuat baik kepada “saudara-saudara kita yang seiman” dan berkongsi masa dan harta benda kita dengan rela hati. Dengan ini, kita akan lebih mengasihi mereka serta menggalakkan sikap yang ramah dan positif dalam sidang.—Gal. 6:10.
dan suka memberi. Dengan jalan ini mereka mengumpulkan harta yang akan menjadi asas yang kukuh untuk masa depan. Dengan demikian mereka akan mendapat hidup kekal iaitu hidup sejati.” (7. Bagaimanakah orang yang tidak membongkar perkara peribadi orang lain membantu memelihara sikap yang baik dalam sidang?
7 Kita juga dapat mengukuhkan ikatan kasih sidang dengan menjadi sahabat yang setia. (Baca Amsal 18:24.) Sahabat yang setia tidak akan menghebohkan hal-hal peribadi kawannya. Kasih kita dengan saudara saudari akan bertambah dalam kerana kita dapat saling mempercayai dan meluahkan isi hati. Semoga kita menjadi sahabat yang boleh dipercayai dan yang dapat menyimpan rahsia. Dengan ini, sidang akan menjadi seperti keluarga yang penyayang.—Ams. 20:19.
JALANKAN KERJA PENYEBARAN DENGAN BERSEMANGAT
8. Apakah nasihat yang diberikan kepada sidang di Laodikia, dan mengapa?
8 Yesus berkata kepada sidang di Laodikia, ‘Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu tidak sejuk dan tidak panas juga. Alangkah baiknya jika kamu salah satu daripadanya. Tetapi kerana kamu suam-suam kuku, aku akan meludahkan kamu.’ (Why. 3:15, 16, ABB) Orang Laodikia melakukan kerja penyebaran tanpa bersemangat. Sikap ini mungkin telah menjejaskan hubungan mereka. Itulah sebabnya Yesus menasihati mereka, ‘Aku menegur dan menghukum orang yang aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa.’—Why. 3:19, ABB.
9. Bagaimanakah sikap kita terhadap kerja penyebaran mempengaruhi semangat dalam sidang?
9 Semangat membara yang diperlihatkan semasa menjalankan kerja penyebaran dapat menggalakkan sikap yang positif dalam sidang. Tujuan sidang-sidang diorganisasikan adalah untuk mencari orang yang berhati jujur dan membantu mereka membuat kemajuan rohani. Oleh itu, kita mahu meniru Yesus dan menjalankan kerja ini dengan penuh bersemangat. (Mat. 28:19, 20; Luk. 4:43) Semakin besar semangat kita dalam kerja penyebaran, semakin kukuh perpaduan kita. Semasa menginjil bersama saudara saudari yang beriman dan meneliti cara mereka menerangkan kebenaran Bible, tidakkah anda tergerak untuk mengasihi serta menghormati mereka? Tambahan lagi, apabila kita ‘bekerja bersama-sama untuk Tuhan,’ kita akan lebih bersatu.—1 Kor. 3:9; baca 1 Korintus 1:10.
10. Bagaimanakah usaha kita untuk menginjil dengan lebih mahir dapat mempengaruhi semangat sidang?
10 Jika kita berusaha untuk menginjil dengan lebih mahir, memperlihatkan kasih, dan mengajar dengan lebih berkesan, orang lain akan merasai kebaikannya dan kita akan lebih bersemangat dalam aktiviti penyebaran. (Mat. 9:36, 37) Semangat yang kita perlihatkan boleh menyemarakkan semangat orang lain juga. Yesus memastikan murid-muridnya mempunyai teman kerja penyebaran. (Luk. 10:1) Maka, mereka mendapat galakan dan latihan yang diperlukan. Semangat mereka juga semakin membara. Kita tentu suka bekerja dengan penyiar yang bersemangat kerana hal ini akan menggalakkan kita.—Rm. 1:12.
JANGAN BERSUNGUT DAN BERDOSA
11. Apakah sikap yang diperlihatkan oleh sesetengah orang Israel pada zaman Musa, dan apakah kesannya?
11 Hanya beberapa minggu selepas bangsa Israel ditubuhkan, mereka mula bersungut dan berasa tidak puas hati. Hal ini menyebabkan mereka memberontak menentang Yehuwa dan wakil-wakil-Nya. (Kel. 16:1, 2) Kesannya? Hanya segelintir orang Israel dapat memasuki Tanah yang Dijanjikan. Bahkan Musa pun tidak dapat memasuki Tanah yang Dijanjikan kerana reaksinya terhadap sikap buruk orang Israel! (Ul. 32:48-52) Dewasa ini, apakah yang dapat kita lakukan agar tidak dijerat oleh sikap yang negatif?
12. Bagaimanakah kita boleh menjauhi tabiat merungut?
12 Kita harus berwaspada agar tidak memupuk tabiat merungut. Bagaimana? Kita perlu memupuk kerendahan hati dan hormat untuk saudara yang mengambil pimpinan. Pada masa yang sama, kita perlu memilih pergaulan dan hiburan dengan bijak. Kita juga tidak mahu meluangkan terlalu banyak masa dengan teman kerja, rakan sekolah, orang yang bersikap negatif, dan orang yang cenderung untuk berdikari daripada Yehuwa.—Ams. 13:20.
13. Apakah masalah rohani lain yang boleh timbul akibat tabiat merungut?
13 Jika saudara saudari dalam sebuah sidang mempunyai tabiat merungut, masalah rohani lain juga boleh timbul. Contohnya, tabiat merungut boleh menjejaskan keamanan dan perpaduan sidang. Jika kita merungut tentang rakan seiman, kita boleh menyakiti hati mereka dan bahkan terlibat dalam perbuatan fitnah dan mengumpat. (Im. 19:16; 1 Kor. 5:11) Sesetengah orang yang merungut pada abad pertama sebenarnya sedang ‘menghina kuasa Tuhan’ dan mencaci saudara terlantik di sidang. (Yud. 8, 16) Perbuatan mereka tidak diperkenankan Tuhan.
14, 15. (a) Apakah yang boleh berlaku kepada sidang jika kita menutup sebelah mata terhadap dosa serius? (b) Apakah yang patut dilakukan jika kita mendapat tahu bahawa seseorang terlibat dalam dosa yang disembunyikan?
14 Apakah yang patut dilakukan jika kita mendapat tahu bahawa seseorang terlibat dalam dosa yang tersembunyi, seperti ketagihan arak, melihat gambar lucah, atau berbuat cabul? (Ef. 5:11, 12) Jika kita menutup sebelah mata kepada salah laku sebegini, daya aktif Yehuwa tidak dapat memberkati sidang dan kedamaian sidang akan turut terjejas. (Gal. 5:19-23) Seperti sidang di Korintus, kita juga perlu menyingkirkan segala pengaruh buruk agar semangat sidang tetap sihat dan positif. Apakah yang dapat anda lakukan untuk menyumbang kepada kedamaian sidang?
15 Seperti yang telah dibincangkan, kita tidak patut membongkar maklumat sulit yang dipercayakan kepada kita, terutamanya jika orang lain meluahkan perasaan dan isi hati kepada kita. Tetapi jika seseorang melakukan dosa yang serius, para penatua di sidang harus dimaklumkan. (Baca Imamat 5:1.) Mula-mula, kita boleh menggalakkan saudara atau saudari berkenaan untuk mendapatkan bantuan para penatua. (Yak. 5:13-15) Jika dia tidak berbuat demikian selepas suatu jangka masa, kita bertanggungjawab untuk melaporkan salah laku tersebut.
16. Apabila kita melaporkan salah laku yang serius, bagaimanakah semangat sidang dipelihara?
16 Sidang merupakan tempat naungan rohani, maka kita mesti melindunginya dengan melaporkan salah laku yang serius. Jika orang yang terlibat dalam salah laku bertaubat dan menerima teguran dan pembetulan penatua, dia tidak akan menjejaskan semangat sidang. Tetapi bagaimana pula jika dia enggan bertaubat atau enggan mendengar teguran serta nasihat penatua? Dia akan disingkirkan daripada sidang. Apabila kita ‘tidak bergaul’ dengan orang seperti ini, semangat sidang akan dipelihara. (Baca 1 Korintus 5:11.) Ya, jika kita mahu memelihara semangat sidang dan melindungi kesejahteraan rakan seiman, kita masing-masing harus melaporkan salah laku yang serius dan bekerjasama dengan para penatua.
GALAKKAN SEMANGAT KEKITAAN
17, 18. Apakah yang dapat membantu kita memelihara perpaduan sidang?
17 Pengikut Yesus yang awal membantu menyemarakkan semangat kekitaan dalam sidang kerana mereka ‘menerima ajaran daripada rasul-rasul dengan tekun.’ (Kis. 2:42) Mereka menghargai nasihat Bible dan arahan yang diberikan oleh orang tua-tua. Hari ini, para penatua bekerjasama dengan hamba yang setia dan bijaksana. Hasilnya, semua dalam sidang digalakkan dan bersatu padu. (1 Kor. 1:10) Jika kita mematuhi arahan yang berteraskan Bible daripada organisasi Yehuwa dan mengikut bimbingan para penatua, kita menunjukkan bahawa kita sedang “berusaha sebaik-baiknya untuk hidup damai, supaya kesatuan yang diberikan oleh Roh [daya aktif Tuhan] tetap terpelihara.”—Ef. 4:3, ABB.
18 Maka, marilah kita berusaha untuk memelihara semangat yang sihat dan positif dalam sidang. Jika kita berbuat demikian, Yehuwa pasti akan memberkati sikap yang kita perlihatkan.—Flp. 4:23.
[Soalan Pembelajaran]
[Gambar pada muka surat 19]
Sediakan komen yang bermakna untuk menguatkan semangat sidang
[Gambar pada muka surat 20]
Berlatih menyanyi untuk menguatkan semangat sidang